بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA...

SESUNGGUHNYA sudah menjadi tanggungjawab semua umat muslimin untuk meneruskan amal ibadat masing-masing dalam kehidupan termasuklah setiap kali munculnya bulan barakah, Ramadan al-mubarak.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu mengerjakan puasa sebagaimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa."

Bagaikan menunggu tetamu yang istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh seluruh umat mukmin di seluruh pelosok dunia. Dalam sejarah Islam sendiri, Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa enam bulan sebelum tibanya Ramadan, Rasulullah telah mempersiapkan diri untuk menyambutnya.

Bahkan bermula Rejab membawa ke Syaaban, baginda telah mengajar para sahabat sebuah doa bagi mendapatkan keberkatan Syaaban sehingga munculnya Ramadan dalam keadaan yang lebih bersedia. Doa tersebut berbunyi: " Ya Allah berkatilah kami pada Syaaban dan sampaikan kami Ramadan."

Bersempena dengan kehadiran Ramadan pada tahun ini, elok kiranya kita sama-sama bermuhasabah bagi merenung sejenak sejauh manakah kita bersiap sedia untuk sama-sama menghayati fadilat Ramadan yang mencakupi aspek emosi, jasmani, rohani dan intelek kita sebagai seorang Muslim, khususnya dalam menjalani ibadat puasa.

Dalam hal ini cuba kita renungi catatan Imam al-Ghazali yang telah membahagikan tahap puasa orang mukmin melalui tiga tahap tertentu:

* Terbaik (khusus al-khusus) - Seseorang Islam yang berjaya mengawal puasanya daripada melakukan segala perkara yang membatalkan puasanya, bukan setakat makan dan minum tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan lain yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasanya.

* Khusus - Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan segala

perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri daripada maksiat batin.

* Umum - Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa jua perbuatan yang boleh membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat zahir dan batin.

Antara punca-punca yang menyebabkan ramai dalam kalangan umat Islam hari ini masih berada di tahap kedua dan ketiga sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Ghazali adalah disebabkan nilai dan mutu kehidupan seseorang itu sendiri yang masih berada di takuk lama, walaupun menyedari sedang meniti hari-hari dalam bulan yang begitu berkat dalam Islam.

Perbuatan seperti terlalu banyak bercampur dengan rakan-rakan yang melebihkan tumpuan dalam hal keduniaan, hanyut dalam kealpaan dan angan-angan, bergantung harap tidak kepada Allah SWT dengan sepenuhnya dan makan serta tidur yang berlebihan.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan, Allah akan mengampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama. (riwayat Bukhari)

Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dapat kita laksanakan dengan syumul, perkara utama yang harus didahulukan adalah menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

10 comments - "NIKMATI KEHADIRAN RAMADAN..."

Purnomo Jr delete icon 26 June 2014 at 19:36

semoga kita diberi kekuatan lahir dan bathin dalam menjalankan ibadah puasa nanti ya kak :)
amin

Vee Sandi delete icon 26 June 2014 at 20:12

berpuasa bermakna seluruh pacaindera juga perlu berpuasa ...

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 26 June 2014 at 20:33

selaamt berpuasa...

paridah delete icon 27 June 2014 at 06:14

Insya Allah dik Purnomo Jr..mudah2an...tq

paridah delete icon 27 June 2014 at 06:16

berpuasa dgn sebenarnya ya...tq Vee Sandi.

paridah delete icon 27 June 2014 at 06:18

selamat berpuasa Muhammad Khairuddin Lim...tq

nohas delete icon 27 June 2014 at 13:00

Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan al-Mubarak..

paridah delete icon 27 June 2014 at 14:54

SELAMAT BERPUASA Nohas n salam ramadan al-mubarak...tq

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 28 June 2014 at 03:35

Selamat berpuasa yer nanti :))

paridah delete icon 28 June 2014 at 07:22

selamat berpuasa zumal...tq

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”