بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..

BIASANYA KALAU TIRIS TU HALUS SAJA LUBANGNYA BERBANDING DENGAN YANG BOCOR.  BAIKLAH KALAU DIISTILAHKAN DIESEL BERSUBSIDI UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT NEGARA INI TELAH BOCOR KETEMPAT LAIN... .

Dahsyat dan menakutkan. Itulah yang boleh Awang rumuskan terhadap amalan rasuah dalam kalangan agensi penguatkuasaan sehingga membawa ketirisan besar kepada negara.

Paling ketara isu manipulasi dan penyeludupan diesel bersubsidi. Berdasarkan maklumat yang diterima, gejala rasuah berlaku di hampir semua agensi penguat kuasa sama ada di darat mahupun di laut.

Di darat, ada pihak bekerjasama dengan sindiket termasuk membocorkan maklumat operasi serbuan. Ini meliputi segelintir petugas sebuah kementerian dan agensi penguat kuasa. Harapkan pagar, pagar makan padi. Siasatan yang dilakukan mendapati ada anggota bawahan memiliki wang dalam akaun berjumlah RM1juta dan pegawai mempunyai RM40 juta.

Di laut pula, ada kalangan pegawai agensi yang mengambil 'tol' bagi setiap kapal yang menyeludup diesel. Sebab itu, aktiviti penyeludupan diesel dan penjualannya di pasaran gelap berleluasa. Usahawan diesel dan tauke-tauke kapal nelayan tersenyum lebar.

Tidak mengejutkan jumlah yang terlibat dalam penyelewengan diesel di semua peringkat mencecah ribuan orang. Ada beberapa nama tokoh dikatakan terpalit sama, Awang geleng kepala apabila mengetahuinya. Marilah kita berdoa dan bersuara agar gejala ini dibongkar habis-habisan. Bersihkanlah semua agensi penguatkuasaan dengan langkah berani dan drastik - bukan lagi retorik dan tindakan bermusim.

Dalam pada itu, penyelesaian bijak dalam isu manipulasi dan penyelewengan subsidi diesel serta petrol perlu diambil terutama kaedah baharu menyalurkan terus kepada golongan sasaran.

Maka Awang lega apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar menyarankan langkah seumpama itu bagi mengelakkan ketirisan dan menghalang warga asing daripada menerima manfaat subsidi.

Kerajaan telah membelanjakan RM136.6 bilion bagi menyediakan subsidi minyak sejak tahun 2000 tetapi sejumlah besar mengalir kepada golongan bukan sasaran dan pihak yang meraih untung melalui pasaran 
gelap. Awang difahamkan, daripada jumlah penggunaan 14.5 bilion RON95 pada 2013, sebanyak 6 bilion liter digunakan oleh kenderaan Singapura, Thailand, rakyat asing dan 75 peratus pemilik kereta mewah yang tidak sepatutnya menikmati subsidi.

Angka 6 bilion liter RON95 adalah jumlah yang amat besar. Lebih menyedihkan kerugian dialami berbilion-bilion ringgit, yang siapa harus dipertanggungjawabkan.

Tahap ketirisan ini sudah luar biasa. Tiada negara lain mengalami situasi seperti ini. Pada Awang, ia adalah sabotaj kepada rakyat dan tanah air sendiri. Formula lama pengagihan subsidi hanya memperkasakan golongan yang kaya raya, orang asing, dan membiakkan gejala rasuah. Sampai bila begini dan sekali lagi, siapa harus dipertanggungjawabkan?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

12 comments - "KETIRISAN KE KEBOCORAN..."

Sobri Yaacob delete icon 15 June 2014 at 18:01

salah satu perkara yg hbat dibenteras org pihak bkuasa
penyelewengan diesal baik di darat dan laut

paridah delete icon 15 June 2014 at 18:07

penyelewengan berleluasa itu melibatkan keilangan hak rakyat yg xsedikit...tq sobri.

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 15 June 2014 at 18:46

Memang bocor bukan lagi tiris nie...

paridah delete icon 15 June 2014 at 21:10

Setuju..setuju.. bocoq besaq dh ni no...tq zumal.

sarah delete icon 16 June 2014 at 08:49

sememangnya ada kebocoran, kalau tak macam mana boleh mudah berlaku penyeludupan. bukan takat diesel benda lain pun sama, PATI dsd..kurangnya integriti sebab berlakunya perkara ini.

paridah delete icon 16 June 2014 at 10:20

mrk yg dpertanggungjawabkan langsung xfikirkan akibatnya n xtakut dgn yg di atas tu....tq sarah.

Bin Muhammad delete icon 16 June 2014 at 13:48

Sukar hendak membendung masalah ini... Mungkin kerana kesempitan hidup memaksa mereka melakukannya. Tapi jika kuat pegangan agama pasti ianya tidak berlaku.

ANAK KUALA delete icon 16 June 2014 at 14:00

AMANAH ...disitu segalanya....andainya mampu memegang amanah yg dipertanggungjawabkan dengan sejujurnya kebocoran malah ketirisan sekalipun takkan belaku..... tak kiralah sesiapa sekalipun....

paridah delete icon 16 June 2014 at 18:13

bukan masalah kesempitan hidup kot kalau yg melakukannya drpd golongan yg kayaraya ..something wrong somewhere ...tq Bin Muhammad.

paridah delete icon 16 June 2014 at 18:18

AMANAH...Berat benar hendak memegangnya ya..kepertanggungjawaban adalah solusinya kan....tq dik ANAK KUALA.

Khai♥Rin : anies delete icon 17 June 2014 at 11:56

kdg2 sy terfikir...benar ke org dlm jg terlibat???

paridah delete icon 18 June 2014 at 10:34

tahlah anies xtau nk menduga pasti tapi soal kekayaan yg boleh dijana dgn percuma ramai yg xkan lepaskan peluang...tq Khairin anies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”