بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum.


PISANG RAJA UDANG ADA PENUNGGU

Bercerita pasal pisang semua orang tahu, pisang juga ada banyak jenis dan namanya. Ada jenis pisang yang boleh dimakan begitu saja atau diolah menjadi macam-macam seperti cekodok pisang, pisang goreng, lepat pisang, kerepek dan lain-lain. Ada juga memang dibuat sayur.

Yang saya nak cerita kat sini tentang sejenis pisang ni, namanya Pisang Raja Udang. Pisang ni saya sendiri tak pernah tengok dan jumpa apa lagi nak makannya. Mungkin kalian pernah kot. Tapi gambar ni saya cari kat internet le, hai kan maklumat dihujung jari. Termasuklah kisah dongeng pra sejarah ni, saya editlah mana yang patut.

Masa kecik-kecik dulu, moyang kita ada ceritakan tentang cerita dongeng pisang raja udang ni. Masa tu kita dan sepupu-sepupu kita hanya ternganga jelah..budak-budak kan.. memang suka dengar cerita..apa lagi cerita dongeng.

Kononya pada zaman dahulu, ada seorang anak raja yang tercedera dan tersesat dalam hutan masa berperang. Dia terpisah dengan pengawal-pengawalnya lalu berihat dibawah sebatang pokok pisang.

Olih kerana terlalu letih dan kesakitan, baginda terus terlena dibawah pokok pisang tersebut. Lalu baginda bermimpi didatangi seorang gadis jelita untuk merawat luka baginda. Apabila baginda tersedar, benar-benar luka baginda telah sembuh.

Dipendekkan cerita, setelah baginda pulang keistana, baginda memerintah hulubalangnya untuk pergi menyiasat lokasi baginda pingsan dan gadis dalam mimpi baginda itu.

Menurut orang kampung yang berhampiran, kononya pokok pisang tempat baginda berehat itu ada Penunggunya. Suatu masa dulu ada seorang gadis suci yang teraniaya dan disumpah menjadi pokok pisang. Gadis yang dalam mimpi baginda itu adalah roh jelmaan dari pokok pisang itu.

Mereka dapati buah pisang itu berwarna merah kesan dari darah baginda. Maka baginda pun memerintah bahawa "Jangan sesiapa pun makan atau menebang pokok pisang itu".

Sampailah hari ini dongeng dan mitos pokok Pisang Raja Udang ini tinggal mitos sahaja. Sama ada pokok pisang ini Berpenunggu dan bolih dimakan atau tidak, sampai hari ini bunda sendiri kurang pasti.

Apa-apa pun ini hanya sebuah cerita dongeng... cerita rakyat...jangan terlalu taksub.. . Bagaimanapun kalau jumpa yang pisang masaknya kuning, makan ajelah. Kerana pisang baik untuk kesihatan.



SUMBER FB NORADABI ROSDI.

26 ulasan - "KENALI PISANG RAJA UDANG..."

Kakzakie delete icon 19 Jun 2014 10:29 PG

Tapi dekat kampung kakak kan SI dulu masa kakak kecik ada pakcik kedai runcit isterinya sakit tak sembuh selepas bersalin berubat dgn org suruh tanam pisang inilah. Bila berbuah dia siap bagi pada kami (yg dtg kedai dia, sebab dia letak dipangkin jual sayuran) kerana dia sekeluarga katanya tak dibenarkan makan. Kakak memang dah makan pun pisang itu tau - nasib tak jadi apa-apa.

paridah delete icon 19 Jun 2014 10:51 PG

yeke...menarik citer kak zakie tu..rupanya pisang ni ada nilai perubatannya bagi yg tau ya..setengah kita boleh makan pisang ni setengah kita ada alahan n pantangnya kenalah elakan...kalau keturunan kita dikatakan xboleh melakukan sesuatu kerna ada musibahnya eloklah diturutkan...biarlah nmpak kolot n xmoden heh..heh tapi buat apa nk cari mslah kan kakzakie...tq.

Dary SEO delete icon 19 Jun 2014 10:52 PG

mau dong pisang raja udang nya

babYpose delete icon 19 Jun 2014 11:14 PG

first time tengok pisang ni, nama pun rasa pernah dengar dengan tak pernah dengar ja.. baru tau ada cerita disebaliknya..

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 19 Jun 2014 11:26 PG

Zumal pun baru tahu tentang pisang nie :)

Tanpa Nama delete icon 19 Jun 2014 12:47 PTG

This blog was... how do I say it? Relevant!! Finally I've
found something that helped me. Appreciate it!


my web site - เสาเข็ม

Aku Penghibur delete icon 19 Jun 2014 2:02 PTG

ohh macam tu rupanya.. baru ku tahu

paridah delete icon 19 Jun 2014 4:01 PTG

ambillah Diary SEO...sedap tu...tq.

paridah delete icon 19 Jun 2014 4:04 PTG

yeke..di kampung2 banyak pisang ni...cerita metos org dulu2...tq babYpose.

paridah delete icon 19 Jun 2014 4:08 PTG

gitulah sedikit citer pisang heh..heh...tq zumal.

paridah delete icon 19 Jun 2014 4:11 PTG

really? a lot f thanks anonym

paridah delete icon 19 Jun 2014 4:12 PTG

cerita rakyat ni banyak n xsemua kita tahu tq acik Aku Penghibur.

acik idah delete icon 19 Jun 2014 5:44 PTG

hehehe... idah pun ingat juga kisah nie... dulu2 siap dorang buat drama siar kat tv... tak tau la akak ada tengok ke tak :D

nohas delete icon 19 Jun 2014 5:53 PTG

first time ni...suka pisang..

Blogs Of Hariyanto delete icon 19 Jun 2014 9:12 PTG

unik juga pisangnya...warnanya bisa merah begitu ya...luarbiasa...
keep happy blogging always...salam dari Makassar, Indonesia :-)

paridah delete icon 19 Jun 2014 10:21 PTG

ya pisang merah yg agak unik rupanya mmg terdapat di sini...tq Blogs of Hariyanto.

paridah delete icon 19 Jun 2014 10:23 PTG

ganjil kan tapi xyah try makan kot...tq nohas.

paridah delete icon 19 Jun 2014 10:25 PTG

rasanya kak ada tengok drama tu..ingat2 lupa tq acik idah.

Yun Sing delete icon 20 Jun 2014 7:36 PTG

Waa.. menarik cite ni :D

Pha Is delete icon 20 Jun 2014 9:29 PTG

1st ime dengar asal pisang raja udang tu, dan first time jugak dengar kisah tu..

paridah delete icon 21 Jun 2014 11:58 PG

Yujn Sing suka citer2 rakyat ya...tq

paridah delete icon 21 Jun 2014 12:02 PTG

yeke tambah satu info n kalau nampak pisang ni di,mana mana dh tau citer sebaliknya walau sekadar metos kan...tq Pha Is.

akmal adi delete icon 25 Oktober 2014 4:56 PG

masa kecik2 dulu saya selalu makan buah pisang raja udang ni, mak saya ada menanamnya, tapi baru kali ni tau cerita metos dia....apapun rasa pisang ni memang sedap, ada aroma tersendiri yg tak ada pd pisang lain.

ku junaidi delete icon 4 Oktober 2015 10:26 PTG

Mana nak cari benih pisang ni.kecik2 dulu penah mkn,sedap.teringgin nak tanam.. Tp tak tau mana nk dapatkn benih pisang ni.

paridah delete icon 7 Oktober 2015 10:31 PTG

YEKE...KAK SENDIRI XPERNAH RASA LAGI...TQ AKMAL ADI

paridah delete icon 7 Oktober 2015 10:37 PTG

ADA KALAU DICARI KAT NURSERI PERTANIAN TU...
TQ KU JUNAIDI.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”