بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

TANJUNG MALIM 24 Mei - Wajah sayu lima beradik yang kematian ibu bapa mereka dalam nahas ngeri di ibu negara semalam cukup meruntun hati sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

Mungkin anak bongsu pasangan itu yang baru berusia tiga tahun, Nur Auni Safia tidak mengerti apa-apa namun kakak dan abangnya sudah faham bahawa mereka kini tiada lagi tempat bermanja dan kasih sayang.

Ahli keluarga dan saudara mara terdekat yang mengunjungi rumah keluarga pasangan itu, Allahyarham Jefri Mohd. Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai dekat sini hari ini tidak dapat menahan sebak setiap kali menatap wajah kelima-lima anak mereka yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata.

Bagi memastikan hubungan lima beradik itu tidak terputus, ahli keluarga mangsa yang kini menjadi waris kanak-kanak itu bertekad untuk tidak memisahkan kesemua mereka.
Waris Allahyarham menyifatkan, walau apa cara sekali pun, mereka akan menjaga adik beradik berkenaan supaya dapat membesar bersama-sama.

Zainah Mohd. Zain, 44, adik kepada Allahyarham Jefri berkata, dia tidak rela melihat anak-anak arwah abangnya dipisahkan seperti dihantar ke rumah anak yatim atau rumah kebajikan.
Katanya, mereka akan berbincang untuk menentukan siapa yang akan menjaga adik-beradik itu, juga sama ada terus tinggal di Cheras atau berpindah ke kampung asal keluarga mereka di Sungkai.

"Buat masa ini kami belum membuat keputusan siapa yang akan menjaga mereka. Selepas selesai majlis kenduri dan tahlil arwah abang saya, baru kami akan berbincang mengenainya.
"Kami juga perlu berbincang dengan keluarga arwah kakak ipar saya yang tinggal di Tanjung Malim. Mungkin kelima-lima mereka akan terus menetap di Cheras kerana arwah bapa mereka sudah pun memiliki rumah di sana, lagipun mereka bersekolah di sana," katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat hari ini.

Allahyarham Jefri, seorang juruteknik syarikat swasta bersama Noorsalawati maut setelah digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir dalam nahas ngeri di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur semalam.

Selain Nur Auni Safia, pasangan suami isteri itu meninggalkan empat lagi anak iaitu Mohd. Haikal, 16; Fatin Adlina, 14; Mohd. Aidil, 10, dan Norshamini, 4.
Jenazah pasangan suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat selepas solat Isyak semalam.

Zainah memberitahu, arwah abangnya adalah anak sulung daripada tujuh beradik dan merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan adik beradiknya.

Menurutnya, hubungan arwah abangnya yang mesra dengan panggilan 'Yob' dengan adik-beradik begitu erat apatah lagi rumah mereka di Cheras terletak berdekatan.

"Hubungan saya dengan anak-anak arwah abang saya juga begitu erat. Saya tidak tergamak untuk memisahkan mereka. Mereka begitu rapat terutama Norshamini dan Nor Auni Safia yang tidak boleh berenggang.

"Selepas ketiadaan abang sulung kami, saya sebagai anak yang paling tua daripada enam beradik yang masih tinggal akan menjadi pengganti kepada arwah dalam urusan keluarga kami," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

24 ulasan - "SUNGGUH MENYAYAT HATI.."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 25 Mei 2014 9:06 PG

Alfatihah

ANAK KUALA delete icon 25 Mei 2014 9:35 PG

As salam kak....berat mata yg memandang berat lagi bahu yang memikul...Alfatihah

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 25 Mei 2014 10:57 PG

Innalillah.. muga roh keduanya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman, aman dan tenang disana..

paridah delete icon 25 Mei 2014 1:29 PTG

amin...amin..tq Kak Nah Backyard.

paridah delete icon 25 Mei 2014 1:33 PTG

wsalam dik...betul tu..moga anak2 yatimpiatu itu dibantu sebaiknya...tq ANAK KUALA.

paridah delete icon 25 Mei 2014 1:34 PTG

AMIN....TQ Muhammad Khairuddin Lim.

Etika Maria delete icon 25 Mei 2014 2:46 PTG

Innalillaah, semoga mereka semua di lindungi.. Turut berbelasungkawa!

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 25 Mei 2014 4:22 PTG

Al Fatihah... Kesian dorang semua moga Allah permudahkan segala urusan mereka

nohas delete icon 25 Mei 2014 5:01 PTG

Al-fatihah..kesiankan mereka mnjadi yatim piatu dlm sekelip mata..semoga mrka 5 beradik tidak dipisahkan..

Al-fatihah...

Amanina Mads delete icon 25 Mei 2014 7:24 PTG

al-fatihah.. sayu bila baca. semoga Allah merahmati anak2 yatim ni.

siagan antonio delete icon 25 Mei 2014 8:51 PTG

setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, bagi yang masih bernyawa kita doakan kebaikan kepada mereka yang sudah tiada, kerana kita akan menyusuli mereka bila sampai waktunya..

Norhasniza Khalid delete icon 25 Mei 2014 9:47 PTG

sedih dan terharu, al fatihah ...

paridah delete icon 26 Mei 2014 10:07 PG

insya Allah..didoakan yg terbaik utk Allahyarham kedua-duanya.

paridah delete icon 26 Mei 2014 10:08 PG

tq Etika Maria doanya.

paridah delete icon 26 Mei 2014 10:10 PG

amin..insyaAllah...tq Ahmad Zu Mal Md. Rayi.

paridah delete icon 26 Mei 2014 10:14 PG

amin..insya Allah mudahan nasib anak2 yatim piatu itu terbela sebaiknya...tq nohas.

paridah delete icon 26 Mei 2014 10:15 PG

amin...tq Febri Gamesoft.

paridah delete icon 26 Mei 2014 10:20 PG

amin..ya sebak hati kita mmbaca kisah anak2 ni...tq Amanina Mads.

paridah delete icon 26 Mei 2014 10:22 PG

amin..ya tersentuh hati kita...tq Norhasniza Khalid.

paridah delete icon 26 Mei 2014 10:28 PG

benar tu yg hidup akan merasai mati..tq siagan antonio doanya.

Khai♥Rin : anies delete icon 26 Mei 2014 4:58 PTG

terfikir...cm ne la nasib depa

Sylarius Yusof delete icon 26 Mei 2014 7:15 PTG

Paling kesian adalah masa depan anak-anak arwah. Jika ada yang sanggup menjaga mereka adik-beradik sekalipun, kasih sayang dari ibu bapa sendiri memang sukar dicari ganti.

Sobri Yaacob delete icon 26 Mei 2014 9:00 PTG

semoga dipermudahkan urusan anak2 ini..
nasib baik ahli kluarga lain btanggung jawap..
klikx3

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”