بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

TERLALU berat hati untuknya pulang ke kampung kali ini. Selama ini Lina hanya mendiamkan diri dan memendam rasa. Namun Lina cuba pujuk hati. Keserasian ibu mertua dan menantu ada kala memerlukan masa untuk saling mengenali antara satu sama lain. Lina juga akur, bukan mudah bagi seorang ibu mertua menerima ‘orang luar’ untuk masuk ke dalam keluarganya yang mempunyai budaya dan cara didikan yang cukup berbeza.

Namun perlakuan ibu mertua sejak dia berkahwin dengan Amri, tidak pernah berubah. Ada sahaja yang tidak kena di mata ibu mertuanya. Ada sahaja kesalahan yang dikaitkan dengan dirinya. Seolah-olah kehadirannya dalam keluarga tersebut tidak dialu-alukan. Cukup membuatkan Lina terasa tatkala dia melahirkan anak sulungnya, Muhammad Aqil. Sangkaan Lina, kehadiran Muhammad Akil akan membuatkan perasaan ibu mertua terhadapnya akan berubah. Tapi tidak! Sangkaannya meleset.

Kehadiran Muhammad Akil dalam keluarga tersebut seolah-olah tidak mendatangkan apa-apa makna. Ibu mertuanya hanya sekadar menjenguknya di hospital dan pada hari yang sama pulang semula ke kampung. Amri cuba memujuk Lina agar tidak ambil hati dengan sikap ibunya, selain memberikan pelbagai alasan.

Lina hanya tersenyum. Tidak mahu menambah lagi rasa kecewa Amri kepada sikap ibunya. Kenduri di kampung lebih penting daripada meraikan cucunya! Itulah sikap ibu mertuanya. Berbeza dengan layanan ‘luar biasa’ yang diterima menantu kedua yang melahirkan anak pertama. Di mana ibu mertuanya sanggup menjaga mereka dua beranak.

Malah, sikap benci ibu mertuanya itu jelas dipamerkan setiap kali Lina balik ke kampung untuk menziarahinya. Bahkan pernah terkeluar daripada mulut ibu mertuanya, agar Lina tidak bersusah payah untuk menjenguknya. Katanya, dia masih sihat dan tidak perlu diziarahi. Bahkan katanya lagi, menantu-menantu yang lain sudah cukup untuk menziarahinya.

Lina akur dia tidak ‘sehebat’ menantu-menantu yang lain, berpendapatan tinggi dan kerjaya hebat. Apatah lagi bila balik ke kampung, berkepul duit ungu diberikan kepada ibu mertua. Lantas tersenyum lebarlah si ibu mertua.

Tapi Lina tidak dapat berbuat begitu. Dia tidak bekerja. Sebaliknya hanya mengharapkan duit suami. Justeru, apabila balik ke kampung, Lina hanya mampu memberikan ibu mertuanya dengan buah tangan berupa kuih muih dan jika ada rezeki lebih, menghulur barangan keperluan dapur. Tapi itu masih tidak dapat ‘membahagiakan’ hati si ibu. Lina dapat merasakan, ibunya akan rasa gembira andai dia dapat memberikannya ‘buah tangan’ berupa ‘salam berkaut’. Waktu itu mungkin hati si ibu ‘berbunga-bunga’. Tapi Lina tidak mampu!

Amri cuba memujuknya bahawa suatu hari nanti sikap ibunya akan berubah. Tapi, lima tahun sudah berlalu. Sikap ibu mertua kepadanya masih tidak berubah.

Malam itu Lina nekad. Dia mahu Amri tahu bahawa hatinya sudah cukup terguris dengan penerimaan ibunya terhadap dirinya dan anak-anaknya. Ibu mertuanya sering membeza-bezakan dirinya dengan menantu yang lain. Begitu juga layanan si ibu mertua terhadap anak-anaknya.

Sering kali anaknya melihat neneknya memberikan hadiah kepada sepupu-sepunya tapi tidak pada mereka. Dan anak-anaknya sering bertanya kenapa neneknya berbuat demikian. Apa lagi yang mahu Lina beritahu kepada anak-anaknya? Yang pasti, malam itu Lina mahu Amri tahu, itulah kali terakhir dia akan menjejakkan kakinya ke kampung Amri. Kalau Amri mahu balik menjenguk ibunya, biarlah dia balik seorang.

Tidak perlulah Amri bersusah payah pula menjaga perasaan Lina bila ada sahaja perbuatan ibu mertuanya yang tidak disenangi. Namun Lina tidak tahu, apakah itu tindakan bijak yang perlu diambil?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

23 comments - "SENGKETA MERTUA-MENANTU..."

Pha Is delete icon 14 May 2014 at 23:13

banyak dah dengar kisah2 pasal masalah menantu-mentua ni..nasib baik menantu lelaki jarang dengar masalah..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 15 May 2014 at 00:14

kasihannya....

Qaseh Vee delete icon 15 May 2014 at 00:35

perkara yg menyeramkan bagi sebuah perkahwinan .

Perkara yang harus segera selesai

Sylarius Yusof delete icon 15 May 2014 at 08:43

Payah betul berhadapan dengan mertua yang memandang harta dan darjat ni. Nak ubah pun dah liat. Dah tertanam dalam mindanya yang berideologikan materialisme sebagai tanda aras kebahagiaan hidup.

notie delete icon 15 May 2014 at 09:18

Akak saya yang pertama dan kedua pernah mengalami keadaan sedemikian. Almaklumlah keluarga kami orang susah. Tapi berkat kesabaran akak-akak saya menangani masalah dengan mertua alhamdulillah akhirnya kakak2 saya diterima tapi terlalu banyak kepayahan dan kesukaran untuk menambat hati ibu mertuanya. Apa pun yang pasti Abang ipar saya kena memberi sokongan yang padu untuk menangani kerenah ibu nya agar dapat menerima kakak2 saya dalam keluarga mereka.

lieyalatif delete icon 15 May 2014 at 12:33

cerita pasal asam garam rumahtangga.... lagi2 kisah mertua ni mmg tak penah abis kan kak...mcm2 cerita ade...mcm2 versi ade...mujur lieya okey jek... bab2 mertua pandang menantu yg cantik, pandai, kaya, kerja baik ni mmg ada dlm kehidupan kite kak.... mau masam muke terase hati menantu2 yg lain...

paridah delete icon 15 May 2014 at 14:15

walau jarang ada tetapi masalah anak menantu lelaki dgn mertuanya ujud jua....tq Pha Is.

paridah delete icon 15 May 2014 at 14:17

memang kasihan...tq Muhammad Khairuddin Lim.

paridah delete icon 15 May 2014 at 14:21

bukanlah banyak kes gitu sebilangan saja...jgn takut nk berkhwin pula ya Qaseh Vee..tq

paridah delete icon 15 May 2014 at 14:23

bersabar xmnyelesaikan masalah kan....tq Febri Gamesoft.

paridah delete icon 15 May 2014 at 14:32

masih ramai spesis ibu mertuaku p.ramlee di zaman ini kan...mmg susah nak menangani masalah hati ini kecuali berserah kpd Allah seluruhnya...banyak ayat2 alquraan yg boleh digunakan utk melunakan hati yg keras...kenalah rajin mengamalkannya...tq Sylarius Yusof.

paridah delete icon 15 May 2014 at 14:40

betul tu...kesabaran harus tinggi utk berhadapan dgn mertua yg bena xbena terhadap menantu yg mulanya xdisukai tapi kalau kena cara komunikasinya boleh atasi masalah tu kot...yg penting jgn sombong n merendah diri...tq notie.

paridah delete icon 15 May 2014 at 14:53

begitulah kehidupan kan...bukan senang hendak menyerap diri ke dalam keluarga yg asing kpd kita...walau keluarga suami kita...yang kita rasakan kita juga adalah sebahagian drpd mrk..tapi anggapan mrk anak udang udang juga masakan sama anak tenggiri...tq lieyalatif.

Fiza Rahman delete icon 15 May 2014 at 15:53

Sedih plak baca kisah ni. Alhamdulillah...saya dapat mertua yg terima saya seadanya.

paridah delete icon 15 May 2014 at 16:14

syukur alhamdulillah...nasib kita masing2 ni xsama...tq Fiza Rahman.

Pha Is delete icon 15 May 2014 at 18:22

harap2 nnti saya dapat mentua yg ok la. hehehe..

paridah delete icon 15 May 2014 at 19:01

insya Allah yg penting pr mesti pro heh...heh..

Aku Penghibur delete icon 15 May 2014 at 19:33

ermmm semoga dapat di selesaikan cara baik

paridah delete icon 15 May 2014 at 21:53

insya Allah...ada jalan penyelesaiannya tu...tq acik Aku Penghibur.

Bin Muhammad delete icon 16 May 2014 at 08:48

Alhamdulillah...buat masa ni saya tidak punya masalah dengan mertua, begitu juga pihak isteri. Sedari awal sebelum berkahwin sebenarnya hubungan ini perlu dieratkan agar tidak berlarutan dan menjadi masalah dikemudian hari.

paridah delete icon 16 May 2014 at 11:27

benar tu sekiranya telah ada riak xbersefahaman dgn mertua sejak awal lagi perlu segera diselesaikan...jikalau tidak akan berterusan n bakal melebarkan jurang masalah sedia ada...tq Bin Muhammad.

Islina Mohamed Din delete icon 22 July 2015 at 08:49

Bak kata orang perkahwinan adalah sebuah percaturan... dulu sy ingatkan dalam tv jer mentua macam nie... tapi bila dah kahwin realiti nya mmg ada... sedih kan kak.. suami sy pesan satu jer kunci utama iaitu 'bersabar'... tapi sampai bila...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”