بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


Kemesraan antara ibu dan anak akan mempengaruhi proses pembesaran mereka sama ada mengikut acuan modal insan terbaik atau tidak. - Gambar hiasan
ZAMAN sekarang ramai ibu melahirkan 'tuan'. Kenyataan ini sudah banyak berlaku. Biarpun tidak semua, hakikatnya ramai anak perlakukan ibu sebagai 'amah'. Tidak cukup itu, tanggungjawab menjaga cucu juga diserahkan bulat-bulat kepada ibu.

Setidak-tidaknya, itulah senario bagi sebahagian ibu tunggal atau balu yang me­numpang kasih hidup bersama anaknya yang berkeluarga. Mereka diminta anak untuk tinggal bersama atas alasan kasihankan ibu yang tinggal berseorangan di kampung dan risaukan keselamatan.

Dilema si ibu pula, jika terus tinggal di kampung, anak-anak bukan sahaja jarang pulang bahkan menelefon pun liat, alasan diberi sibuk dengan kerjaya dan urusan keluarga. Mungkin simpati rutin anak yang terkejar-kejar menghantar cucu ke nurseri, maka ibu mengalah menuruti permintaan si anak untuk tinggal bersama.
Malangnya, pengorbanan ibu dibalas sedemikian rupa maka terperangkaplah mereka dengan ‘jerat’ perasaan rentetan sikap anak yang mengambil kesempatan keha­diran ibu untuk memikul tugas sebagai ‘pe­ngurus’ rumahtangga secara total. Itu hanya cebisan kisah.

Kisah lain mengenai seorang anak lelaki tergamak menikam ibunya gara-gara tidak dibelikan telefon pintar yang berlaku di Miri, Sarawak awal bulan lalu. Sekitar tahun lepas, dunia hiburan digemparkan dengan berita mengenai perbalahan antara pelakon kacak, Afiq Muiz dan ibu kandungnya hingga Afiq dilabel ‘si tanggang moden’

.

Seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Ungkapan ini biasa kedengaran malah realitinya ada ibu yang terpaksa merempat menyertai gelandangan setelah anak-anak mengabaikan kebajikan ibu biarpun ada kalangan anak berjawatan profesional!

Terkenang penulis akan kecekalan ibu semasa membesarkan kami lima beradik. Seawal pukul 4 pagi sudah bangun masak untuk sediakan bekal makan ke sekolah. Semua ini dibuat demi memastikan kami mendapat pemakanan berkhasiat. Secara tidak langsung kami terdidik untuk menabung duit belanja.

Kebanyakan masa, ibu menguruskan hal ehwal keluarga. Arwah ayah wartawan di meja jenayah semasa era ‘Botak Chin’ - tetapi ibu memahami rutin kerja ayah yang sibuk tidak menentu masa. Anak sakit, ibu bersengkang mata. Anak selesema, ibu ke­tepikan jijik menyedut keluar hingus kami semasa bayi dengan mulutnya.

Jasa ibu sangat besar, nilainya tidak terbayar dengan wang ringgit. Selama sembilan bulan ibu ‘setia’ bersama anak, kita mendiami rahimnya, sebelum kita melihat dunia. Malah, ada ibu sanggup pertaruh nyawa meneruskan kandungan berisiko demi untuk melahirkan permata hatinya ke dunia.

Umum tentu tahu esok adalah sambutan Hari Ibu peringkat kebangsaan di negara ini. Hari Ibu, yang direncanakan pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei, diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia bertujuan menggembirakan, menghargai dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang bergelar ‘ibu, mama, emak’ atau apa sahaja panggilannya.

Pada hari berkenaan, senarionya boleh dikategorikan sebagai sebuah pesta apabila kemeriahannya dilatari dengan kepelbagaian kreativiti anak dalam mengucapkan ‘terima kasih’ kepada insan istimewa ini.

Namun, terdapat sesetengah pihak mengatakan umat Islam diharamkan meraikan hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari Mother of Church selain Roman kuno pula meraikan hari Matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada Juventas, Vulcan dan Mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam menyambutnya? Bukankah kita sepatutnya meraikan ibu dan bapa setiap hari sebagaimana tuntuan Islam, justeru wajarkah ada ketetapan hari tertentu untuk sambutan Hari Ibu sehingga perlu diangkat menjadi signifikan dalam budaya masyarakat Malaysia?

Bagi Pensyarah Kanan Jabatan Antroplogi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad, sambutan Hari Ibu hakikatnya sangat relevan untuk diraikan oleh seluruh dunia namun di Malaysia, sambutannya perlu bersesuaian dengan konteks budaya Timur serta tidak melanggar hukum syariat.

Menurutnya, cetusan Hari Ibu kerana doktrin Barat memikirkan bahawa itulah cara terbaik untuk menarik minat anak-anak remaja agar menghormati orang tua memandangkan masyarakat mereka amat tipis dengan adab tatasusila.

"Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Hari Ibu telah melalui evolusi yang pada hari ini sudah tidak kena­-me­ngena pun dengan mitos.

"Sambutan Hari Ibu berbeza sama sekali dengan Hari Valentine kerana kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Malah, menghargai jasa ibu adalah anjuran agama. Asalkan niat baik dan cara sambutan tidak melanggar syariat Islam, tidak salah untuk meraikannya," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas senario ‘si tanggang moden’ dan ibu lahirkan ‘tuan’ semakin membimbangkan, beliau yakin sambutan komersial Hari Ibu masa kini mampu menjadi wadah kepada pelbagai pihak melahirkan generasi yang lebih baik, anak-anak yang bertanggungjawab dan memupuk kasih sayang dalam keluarga
.
Dengan sambutan Hari Ibu yang diperhebatkan oleh media juga memberi kesan hebat terhadap peranan psikologi sosial khususnya dalam menerapkan ingatan terhadap ibu.

"Media memainkan peranan dengan menyiarkan drama atau artikel tentang kasih ibu atau anak-anak derhaka bagi menimbulkan keinsafan.

"Kemudian mereka memperbaiki kekurangan itu. Itu lebih relevan dan terbaik bagi seorang anak mengisi hari istimewa kepada insan bergelar ibu," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

24 comments - "SELAMAT HARI IBU...WADAH GENERASI KASIH SAYANG..."

babYpose delete icon 11 May 2014 at 11:35

Selamat hari ibu Kak Paridah, moga disayangi setiap hari sentiasa. Hari valentine dulu, saya dapat hadiah dari kakak angkat :) sekarang dah tak ada :)

Hadirr gan,,

MaMa MuRsYiD delete icon 11 May 2014 at 11:45

Selamat hari ibu sis

Qaseh Vee delete icon 11 May 2014 at 11:53

bila menjaga ibu yg sdg uzur , maka barulah saya faham kenapa 10 anak x blh jaga 1 ibu . apa yg kita buat pd ibu hari ini , itulah yg akan dibuat oleh anak kita pada kita stu hari nanti ... renungkanlah

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 11 May 2014 at 13:33

Selamat hari ibu :)

Khai♥Rin : anies delete icon 11 May 2014 at 13:52

Slmt hr ibu.. utk akk jg ;)

Nick Nashram delete icon 11 May 2014 at 14:26

selamat hari ibu..untuk semua ibu kat dunia :)

paridah delete icon 11 May 2014 at 18:42

selamat hari ibu babYpose..tq hari ibu ni boleh kita raikan dgn rasa kasih syg terhadap ibu kita tapi valentine tu dh dikatakan menyesatkan akidah.

paridah delete icon 11 May 2014 at 18:44

terima kasih Febri Gamesoft selalu hadir..bes fren ni heh..heh..

paridah delete icon 11 May 2014 at 18:54

tq sudi hadir Febri Gamesoft.

paridah delete icon 11 May 2014 at 18:56

selamat hari ibu MaMa Mursyid...tq

paridah delete icon 11 May 2014 at 19:01

bertuah ibu yg punyai anak sebaik Qaseh Wee yg sanggup bersama ibu yg uzur n merawat kesakitannya tanpa berkira...besar ganjaran pahalanya tu...tq

paridah delete icon 11 May 2014 at 19:03

tq..selamat hari ibu utk ibu Ahmad Zu Mal Md Rayi juga...tq

paridah delete icon 11 May 2014 at 19:04

terima kasih..annies belum jadi ibu ya...

paridah delete icon 11 May 2014 at 19:05

terima kasih Nick Nashram.

Sobri Yaacob delete icon 11 May 2014 at 22:03

owh bayak juga soalan dan persolan mngenai hari ibu dihuraikan..yg pasti hari ibu kita menghargai mereka..sama juga sperti hari2 biasa..tapi best bila ada tarikh yg sendiri..skuranganya ada sambutan yg meriah utk ibu.. :) mnabung

Kunjungan malam,, lagi BW

paridah delete icon 12 May 2014 at 09:40

hari ibu sbg tanda ingat anak2 kpd ibunya saja...tapi kasih sayang ibu n anak harus dipelihara sebaiknya...tq Sobri Yaakob...rajin menabung.

paridah delete icon 12 May 2014 at 09:42

terima kasih Febri Gamesoft rajin bw.

Kesuma Angsana delete icon 12 May 2014 at 13:28

siapalah kita tanpa ibu bapa kan ... hargai mereka selagi ada nyawa

Pha Is delete icon 12 May 2014 at 21:14

kasih ibu membawa ke syurga. :)

BUNDA a.k.a KN delete icon 14 May 2014 at 17:56

Seseorang anak itu tak akan faham bagaimana jerit perih melahirkan dan membesarkan anak2....
Sehinggalah merela sendiri menjadi ibu dan ayah...

Anonymous delete icon 7 August 2014 at 02:20

It's an amazing piece of writing in favor of all the web
people; they will get benefit from it I am sure.


Also visit my blog post best place buy used car los angeles

Anonymous delete icon 18 October 2014 at 00:56

I'm really impressed with your writing skills as well as with
the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you modify it yourself?
Either way keep up the excellent quality writing, it
is rare to see a great blog like this one today.


my web page: natural stevia sweetener

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”