بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

PI MEMANG SUKA MENGEMUKAKAN RESEPI DARIPADA DIKNA KERANA MASAKANNYA BERASASKAN SUMBER TUMBUHAN YANG BERADA DISEKELILING ALAM SEKITAR KITA.
TERIMA KASIH YA DIKNA SELALU MAHU BERKONGSI RESEPI TRADISI PAHANG YANG ENAK.

RESEPI TRADISI PAHANG YANG TERNYATA LAZATNYA DAN ADA KELAINAN RASANYA.
RAMAI JUGA YANG LANGSUNG TIDAK TAU TERDAPAT RESEPI MUDAH DAN SEDERHANA SEKALI  TAPI SENANG MEMASAKNYA.

BAHAN-BAHANNYA.
10 BIJI JERING TUA...
SEDIKIT IKAN BILIS
SEDIKIT IKAN TALANG KERING DIPOTONG KECIL.
1 BIJI KELAPA.


UNTUK TUMISAN..

SEDIKITT KUNYIT HIDUP DITUMBUK HALUS.
5 BUTIR BAWANG MERAH
5 ULAS BAWANG
LADA KECIL IKUT SUKA KEPEDASANNYA.
SEDIKIT IKAN TALANG KERING DIPOTONG KECIL.
1 BIJI KELAPA.

BAHAN DITABUR DALAM MASAKAN.

2 BATANG HIRISAN SERAI.
BEBERAPA HELAI DAUN LIMAU PURUT
DAUN SERAI KAYU/ DAUN SALAM
2 BUTIR BAWANG BESAR.
SEDIKIT BELACAN
ASAM KEPING.

CARANYA.

TUMIS BAHAN YG PATUT DITUMIS. MASUKAN SANTAN CAIR DAN JERING YANG DIHIRIS NIPIS JUGA ASAM KEPING DAN BELACAN. SETELAH ITU MASUKAN IKAN TALANG MASIN DAN BILIS.

PABILA JERING DAN YANG LAINLAIN DAH MASAK BARU MASUKAN SANTAN PEKAT DAN TABUR DAUN DAUN DAN BAHAN TABUR. GARAM DAN GULA ISILAH SECUKUP RASA. IKAN TALANG DAN BILIS BIASANYA DAH MASIN. TAK DIMASUKAN GARAM PUN TAK MENGAPA.
IKUT SELERALAH YA.







24 ulasan - "SAMBAL JERING RAMPAI DIKNA."

ANAK KUALA delete icon 27 Mei 2014 10:15 PTG

As Salam...kak...jering selalunya saya buat ulam je....tapi yg ni nampak menyelerakan....nak kena cuba juga ni kak...

Etika Maria delete icon 27 Mei 2014 10:33 PTG

Tengah malam baca ini terasa lapar :)

babYpose delete icon 27 Mei 2014 10:44 PTG

Jering dimasak dengan ikan talang, mesti sedap ni

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 28 Mei 2014 12:33 PG

Zumal belum pernah makan jering... Hehe :)

abuikhwan delete icon 28 Mei 2014 6:32 PG

Hmm..nampak menyelerakan, bolehlah cuba nanti.
Tapi tak makan jering pulak...

Jagad Kawula delete icon 28 Mei 2014 7:28 PG

wuih pagi2 berkunjjung ke sini liat masakan mantab sekali... D

paridah delete icon 28 Mei 2014 9:35 PG

yalah pagi2 perlu isi perut dulu...tq Jagad Kuwala.

paridah delete icon 28 Mei 2014 9:39 PG

yeke...orang baru ni xmakan jering ya...gantilah dgn kentang ke...tq abuikhwan.

paridah delete icon 28 Mei 2014 9:41 PG

biasala tu jering pun xkenal kot heh..heh..gurau jer...tq Ahmad Zu Mal Md Rayi.

paridah delete icon 28 Mei 2014 9:44 PG

jering tua yg tumbuh tu babYpose senang nk mnghirisnya...cubalah tq.

paridah delete icon 28 Mei 2014 9:45 PG

heh...heh..mlm post masakan pula ya...tq Etika Maria.

paridah delete icon 28 Mei 2014 9:49 PG

wsalam dik...yg diulam tu yg muda n rangup dikunyah...yg dimasak sambal ni jering yg dh tua...cubalah gerenti sedap tu...tq ANAK KUALA.

Acik Erna delete icon 28 Mei 2014 11:19 PG

sedapnya paridah..acik biasa buat sambal tumis je..

paridah delete icon 28 Mei 2014 11:25 PG

yeke...sambal tumis pun sedap juga...tq Acik ERNA.

Elsawati Dewi delete icon 28 Mei 2014 12:14 PTG

masakannya sedap.. terbayang aromanya

Bin Muhammad delete icon 28 Mei 2014 1:01 PTG

Wah! Pastinya enak tapi tak sangguplah dengan bau jering...tapi tukar petai pun ok kan, hehe

Kakzakie delete icon 28 Mei 2014 1:34 PTG

Masya-Allah... menggoda mata dan selera yg memandang
Kakak ni sebenarnya mungkin dari kecik duduk kampung kebun banyak petai dan jering itu yg jarang masak ini semua tapi kami jual jadi sebagai wang sarahidup tau PI..

Irfa delete icon 28 Mei 2014 1:41 PTG

aduhai..sambal jering, lama x makan
sbb susah nak dapat jering tua
sy buat sambal ngan ikan bilis dn cili padi . mmg meletup pedasnya

paridah delete icon 28 Mei 2014 3:26 PTG

ok juga tu..sedap cubalah..tq Bin Muhammad.

paridah delete icon 28 Mei 2014 3:33 PTG

orang kampung mcm kita ni jering n petai jadi makanan biasa...kalau banyak boleh dijual pula...xkisah sgt nk mmasaknya ya...tq Kakzakie.

paridah delete icon 28 Mei 2014 3:47 PTG

jering tua mmg susah nk dpt di bandar kan..masak sambal ni pedas2 sedap tu...tq irfa.

Khai♥Rin : anies delete icon 28 Mei 2014 3:55 PTG

nmpk sedap tp syg nyer sy x mkn jering ;-)

AmyZana delete icon 28 Mei 2014 5:46 PTG

Nampak sgt menyelerakan tp malangnya sye pun tk mkn sambal jering mcm pengomen di atas ^^

BUNDA a.k.a KN delete icon 28 Mei 2014 6:48 PTG

Bunda pun biasa buat sambal tumis jer...letak bilis...jeringnya digoreng dulu...pastu di tumbuk pecah2 jer...baru campur sekali dgn sambal...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”