بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


TARIKAN AISYAH....

“Hai kau pun ada di sini Zaini. Mana Masyitah, tak nampak pun?” Zaini lantas berpaling ke arah suara yang menegurnya. Senyumnya tidak lokek berkelopak.
“Kenapa kau pelik pula aku di sini. Petang-petang begini aku pun nak berihat dan berekreasi juga. Yang kau sibuk tanyakan bini aku tu mengapa?” sahutnya bersahaja. Rengsa perasaannya seakan tidak menggemari ditujah tanya begitu.
“Tak adalah. Aku saja bertanya. Selalunya aku tengok kau tak pernah berenggang dengan bini kau tu. Ke mana saja mesti berdua. Ke pejabat, ke kedai, ke pasar, kalau ada kau, mesti ada Masyitah di sebelah. Itulah yang aku tanya tu…bukannya ada maksud lainpun,” kata Halim membalas kalimat kawannya, cuba menuteral rusuh bergejolak yang sengaja ditempanya di hati Zaini sambil melabuh punggung untuk turut serta menikmati keasyikan kawannya itu.
“Aku ajak juga Masyitah ikut bersama. Tapi katanya dia penat. Banyak kerja di pejabat tadi. Sebab banyak sangat menaip laporan-laporan yang nak dihantar ke pejabat wilayah, sampai naik lenguh tangan katanya,” ucap Zaini membalas pertanyaan demi pertanyaan Halim yang bersangkutan dengan isteri kesayangannya.
“Aku ingatkan kau sengaja tinggalkan bini kau sebab nak cari peluang mencuci mata di sini. Maklumlah kan di sini tempat pari-pari kayangan turun bermain.” Halim berterusan memprovok Zaini dengan giatnya yang mengusik.
“Isyh kau ni merepek sampai ke situ pula. Siap berprosa sastera lagi. Tapi sesekali apa salahnya kan?” balas Zaini berwajah polos. Tanpa mempedulikan apapun yang menjadi kiasan yang berladung sebagai maksudnya
“Sesekali mungkin tak mengapa. Kalau dah jadi tabiat tentu mengamuk si Masyitah tu hih hih…” tawanya meletus seiringan usikannya.
“Tak adalah…bini aku tu sporting and understanding you knows.”
“Itu kata kau. Kalau kau nak rasa penangan wanita cubalah…aku nak tengok setakat mana understanding and sporting spirit si Masyitah tu,” balas Halim dengan senyum yang menyimpul maksud di hatinya. Baginya setiap wanita lebih-lebih lagi yang bergelar isteri pasti terluka tatkala mengetahui lelaki kesayangannya mula menaruh perhatian kepada yang lain.
‘Kenapalah kau tak pilih aku Masyitah? Kalau aku yang kau pilih menjadi pasanganmu tentu aku akan membahgiakanmu sepanjang hayatku. Ini kau pilih dia. Tapi salah aku juga kerana tidak berterus-terang tentang perasaan aku terhadapmu. Setelah kau memilih dia baru aku terkapa-kapa menggigit jari.’ Monolognya bernostalgia kisah lalu. Sewaktu kedua-duanya mula melapor diri di ibu pejabat LKTP di kota KL. Saling berkenalan dan saling bertolong bantu di antaranya sehinggalah kedua-duanya ditukarkan untuk meneruskan kerjaya yang ditetapkan buat mereka di sini pula.
Dan titik mula kerenggangan hubungan mereka pun berlaku. Halim terpaksa menangani tugasan diluar pejabat yang bersangkutan dengan projek perladangan. Sedangkan Masyitah hanya berkurung di pejabat sebagai jurutaip. Masyitah yang keseorangan ditemani Zaini yang amat mesra dengannya. Zaini selaku pegawai kerani pentadbiran yang masanya lebih banyak dihabiskan di dalam pejabat melakukan tugasannya.
Bibit-bibit kemesraan yang dipupuk setiap hari itu akhirnya menjelmakan perasaan cinta dan kasih yang tidak terbendung lagi. Akhirnya kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengisyhtiharkan percintaan mereka secara rasmi melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Masyitah terpaksa melupakan impian indah yang diangankannya terhadap Halim. Lantaran Halim tidak menampakan perasaan cinta yang didambakannya terhadapnya. Masakan dia yang akan memulakan langkah mencurahkan perasaannya terhadap Halim. Tidak mungkin dia menjadi perigi yang mencari timba.
Zaini pula lebih bijak mengatur langkah mencedok air dari periginya. Laksana mencecah permukaan perasaan nirmalanya dan menggelorakan cinta.
 Tatkala Halim diberitahu tentang kepulangan Masyitah ke kampung halamannya untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Zaini, ia sungguh bengang dan terkejut. Langsung tidak diduga bahawa itu yang akan berlaku. Namun apalah dayanya lagi. Dia tiada upaya hendak menggagalkan perkahwinan yang akan berlaku dalam masa terdekat demi meriakan perasaannya yang terluka. Cuma kekesalan yang mampu dilepaskan kerana tindakannya yang lambat menyebabkan bunga idamannya dipetik orang.
Hanya doa ikhlas lagi kudus dari lubuk sanubari yang dalam agar gadis yang dicintainya di dalam diam itu, berbahagia selamanya. Perkahwinan mereka itu akan kekal sehingga berakhir hayat dikandung badan. Barangkali takdir jodohnya tidak menentukan Masyitah sebagai miliknya. Dan dia harus redha. 

                                                   * * *
Permainan bola jaring  berhenti untuk rehat seketika dengan tiupan wisel Salimah, selaku pengadil dan pelatihnya. Latihan kali ini sangat memuaskan hatinya dirasakannya. Jadi dia merasa yakin dengan kemampuan pasukannya yang akan dibawa  ke rancangan LKTP Bunga Okid untuk bertanding dengan pasukan bola jaring di situ.
Nampaknya tidak sia-sia Murni membawa Aisyah ke dalam pasukan yang dibimbingnya ini. Berbaloi sekali. Aisyah sentiasa berjaya membuat jaringan dengan lontaran bola yang tepat memasuki pukat keranjut yang kecil itu untuk memungut mata demi mata. Dia tidak langsung tergugat dengan halangan defender yang mengacah-acah konsenterasinya.
Salimah meneroka ruang persekitarannya. Dan pandangannya singgah kepada dua sosok lelaki yang duduk di tepi gelanggang. Hatinya merasa sinis pula memikirkan tentang minat lelaki yang feminis itu. Dia mengatur langkahnya untuk mendekati mereka.
“Kau berdua pun datang tengok budak-budak berlatih netball ya. Minat juga kamu berdua dengan permainan orang perempuan ya…” Salimah menyapa rakan sepejabatnya sebegitu dengan senyuman ketara sinis.
“Hai Imah, kau ni macam menyindir kami saja. Kenapa kau tak sukakah kami meramaikan gelanggang untuk memberi semangat kepada budak-budak tu agar berlatih lebih hebat?”
“Iyalah Imah. Itulah tujuan kami berdua yang suci bersih, langsung tiada niat disebaliknya,” balas Halim menyokong apa yang dikatakan Zaini dengan senyum meleret.
“Banyaklah kau punya niat yang suci bersih. Aku tahulah apa yang sebenarnya menarik minat kau berdua ke sini. Orang lelaki macam kau berdua tiada lain yang difikir selain hendak menikmati keindahan alam semulajadi…tak gitu?”
“Tahupun kau…memanglah keindahan alam semulajadi yang dijadikan Tuhan dengan sempurna wajar dinikmati hih..hih…” sahut Halim dengan kikihan tawanya.
“Kalau kau tu bolehlah juga aku faham. Sebab kau pun orang bujang yang sedang mencari-cari kan! Tapi kalau si Zaini ni tentulah buat aku musyhkil sangat. Hai tak jeleske makwe di rumah tu bila dia tahu kau sedang menikmati keindahan alam semulajdi yang lain selain dirinya hah…?” ujar Salimah berbauran perli.
“Kau pun sama dengan Halim juga ya Imah. Cemburu tengok aku released tension di sini. Memanglah kau berdua ni sepadan. Sehati sejiwa. Jadi kalau kau berdua tak suka aku di sini, eloklah aku angkat kaki,” tingkah Zaini melafazkan kesebalan hatinya.
“Maaflah Zaini. Aku tu bergurau saja. Kau ni… aku cakap macam tupun kau nak berasa hati,” ujar Salimah lunak, cuba menenangkan kolam jiwa kawannya nan berkocak.
“Taklah. Tapi aku rasa betul apa yang aku cakap, kau berdua memang sepadan. Lagipun tak elok membujang lama-lama. Apa kata kau orang berdua bersatu. Berkahwin…” Giliran Zaini pula menggiat kedua-dua kawannya dengan usikannya yang selamba. Menyebabkan wajah Salimah bera laksana bunga raya merah kembang pagi.
“Sedap mulut kau saja nak bercakap ya Zaini…mentang-mentanglah kau tu dah kahwin. Senang-senang saja nak menjodohkan orang. Entahkan si Salimah ni sudah ada buah hati pengarang jantung, intan payungnya di kampung kan. Senang-senang saja kau nak jodohkannya dengan aku. Bagi akutu memang no problem hih…hih…bisa saja dong…” tawanya mengelekek menyambut ungkapan mengena temannya.
Salimah turut tersengih mendengarkan pengakuan Halim yang diketahuinya hanya berjenaka itu. Selama mereka berkenalan, itulah peribadi Halim yang dikenalinya. Beliau seorang yang suka bergurau dan mengambil mudah sesuatu perkara. Orangnya humble and happy go lucky pada kaca mata Salimah. Namun Salimah tidak tahu hati budi hakiki yang menjati jiwa pemuda itu. Setakat dapat mengesan sifatnya yang luaran saja.
“Eh…itu budak yang kau tanyakan pada aku pagi tadi Zaini. Dia pun pandai bermain netball juga?” Unsur kehairanan larut dalam pernyataan Halim. Entah apa yang menyebabkannya merasa pelik dengan sisi yang dilihatnya itu.
“Haa aa la. Budak tupun ada. Macam mana aku boleh tak perasan…” balas Zaini disertai keterkejutannya.
“Siapa yang kau berdua maksudkan? Budak mana?” Tanya salimah disulami ketakjuban juga.
“Itu budak perempuan yang rambutnya panjang mengurai tu…” sahut Halim sambil jarinya menuding ke arah yang dimaksudkannya.
“Oh Aisyah rupanya yang kau berdua hairan sangat tu. Macamana kau berdua nak perasan sebab tadi dia menyanggulkan rambut panjangnya di tengah kepala, sekarang sudah dilepaskan mengurai,” beritahu Salimah. Sebenarnya dia yang menasihatkan gadis itu berbuat begitu agar rambutnya yang panjang dilepaskan tidak mengganggu pergerakannya bermain dengan konsenterasi. Jadi Aisyah bertindak menyanggulnya dan menutupnya dengan topi di atas kepalanya.
“Iyalah…” kedua-duanya mengiyakan senada, seakan serentak pula.
“Hai terpesona sakan nampak. Hingga terdiam tidak terkata, membisu seribu bahasa,” ujar Salimah mengganggui tumpuan dua rakannya yang ralit memerhatikan Aisyah. Mengagumi sungguh akan kesempurnaan wajah ayu lagi jelita milik gadis itu.
“Sudah-sudahlah berangan tentang mawar sekuntum milik pak imam tu. Budak tu masih sekolah lagi. Tak lama pun dia di sini, lepas dapat keputusan SPM dia akan cabut dari sini. Hanya aku yang kekal di depan mata kau orang berdua…” Suaranya yang jengkel menujah deria dengar kedua-duanya menyebabkan Zaini berpaling mengadapnya dari keasyikan itu.
“Kau ni Imah cut of feeling betul. Kasi can lah Halim nak berangan-angan…”
Halim tersengih-sengih saja tanpa membalas apa-apa.
‘Akukah yang berangan-angan atau kau yang sebenarnya. Aku nampak sejak dari tadi mata kau hanya memfokus pada dia. Tidak berkejip, tidak berkelip. Pandai pula nak membahasakan aku ya…,’ hati Halim mendesis bungkam. 
‘Cantik sungguh gadis ini, rambutnya panjang mayang mengurai, alisnya lentik bak seludang, pipinya putih laksana pauh dilayang. Milik siapakah gadis itu? pasti bertuah sekali sesiapun yang memilikinya,’ detak hati Zaini menyimpulkan gambaran ibarat  membaca riwayat purba tentang keayuan putri nan jelita di dalam metos lagenda tersohor..
‘Tapi aku juga bertuah kerana telah memiliki isteri kesayangan yang telah kuberikan segenap cintaku kepadanya selama ini. Walau isteriku itu rambutnya kontot, alis matanya tipis ditulis, pipinya montok namun dia adalah ratu hatiku. Kecantikannya tiada tolok bandingnya buatku.’ Zaini memberikan imej yang terbaik pula tentang isterinya. Merasa bersalah terhadap isteri yang dinikahi kerana terpana dengan keelokan paras rupa seorang gadis yang tidak dikenali sangat. Tiba-tiba hatinya menjadi rindu terhadap isteri yang ditinggalkan sebentar tadi.
“Nampaknya permainan pun dah nak habis, aku rasa nak baliklah. Kesian pula Masyitah tinggal berseorangan di rumah. Barisan rumah kami tu belum ada lagi jirannya, masih banyak rumahnya yang kosong. Kalau apa-apahal berlaku susah juga nak dapatkan pertolongan.”
“Eloklah kau balik cepat. Kesian Masyitah seorang diri di rumah. Aku nak ke padang bola sekejap. Nak jumpa Arman dan Syamsi. Aku rasa budak berdua tu ada di situ. Ada perkara yang nak dibincangkan.”
Kedua-dua rakan itu bertolak ke destinasi masing-masing dengan motorsikal milik sementara mereka, kerana motorsikal yang dgunakan itu adalah hak organisasi LKTP tempat kedua-duanya berkerja.
Salimah pula meneruskan satu lagi sesi latihan netball untuk pemain-pemainnya sebelum mengakhirinya setengah jam kemudian. Wajah alam semakin beransur lebih redup kerana tabir senja akan mengawang dan malam pula menjelang. Tetapi kelihatannya masih ramai yang mundar-mandir di jalan, entah ke mana hala dan dengan tujuannya yang tesendiri. Kepada anggapan mereka mungkin hari masih awal untuk ditamatkan aktiviti siangnya.
Halim menongkatkan motorsikalnya  di bawah pohon baka hutan yang daunnya halus berjurai-jurai dan merimbun di tepi padang bola. Langkah kakinya membawa dirinya ke suatu sudut yang telah ditentukannya setelah matanya memfokus ruang yang dicarinya.
“Adapun budak-budak tu di situ,” suaranya berdesis hanya kedengaran kepada dirinya. Tidak sabar hatinya hendak menemui mereka, lantas langkahnya dipercepatkan.
“Hai…hanya memandang saja, tak turun sekali bermain?”
“Eh cik Halim…tak cik Halim. Setakat jadi penonton sajalah nampaknya. Ramai lagi belia-belia kita yang berbakat dalam permainan tu. Jadi biarlah orang-orang muda saja yang bawa peranan tu…”
“Kenapa…terasa diri dah tua sangatkah? Baru dua puluhan, belum capai tiga puluh umurnya, sudah mengaku kalah dan lemah…”ujar Halim membidas seakan memberi penangan yang bisa.
“Tadi kami berdua dah main dalam sesi pertama. Biarlah masa kedua ni kami menonton pula. Nanti budak-budak tu kata hanya kami yang nak menguasai padang, tidak beri peluang kepada yang lain…” balas Arman memberitahu kondisi mereka yang sebenarnya. Masih tidak dapat menerima pernyataan Halim sesuka hatinya itu.
“Begitukah! Patutlah saya nampak kamu berdua letih semacam je, terhenyak di sini.”
‘Baru kau tahu…apa kau ingat aku dan Arman ni kaki bangku. Kami pun kaki bola juga tau…’ Hati Syamsi mengukir detak begitu.
“Cik Halim datang jumpa kami ni pasti ada kaitan dengan kerja-kerja di ladangkan?” Tanyanya sejurus kemudian.
“Iya begitulah…saya nak tanyakan tentang kerja-kerja pruning yang budak-budak awak dah buat di belok A peringkat 4 tu, dah siapkah?”
“Iya…dah siap cik Halim. Esok kami akan mula buat pruning di belok B pula.” Tegas Syamsi. Hampir sebulan juga perkerja-perkerja di bawah kawalannya menyiapkan kerja memotong pelepah sawit yang disebut pruning bagi kebanyakan di situ. Mungkin kerana mudah menyebutnya lantaran perkataan pendek itu memberi maksud tepat tanpa perlu menggunakan ayat yang lebih panjang.
Jikalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, pruning itu membawa  membawa maksud memotong dahan pokok untuk merangsang kesuburannya menurut kamus Oxford. Keluasan kawasan tanaman sawit di situ yang dilakukan kerja-kerja pruning melebehi  89 hektar. Memang luas.
“Bagaimana dengan keadaan di belok A pada pendapat awak sepanjang awak bersama dengan pekerja-pekerja di situ, mutakhir ini?”
“Entahlah…saya ni tak berapa pandai secara teknikal macam pandangan cik Halim. Secara kasarnya bolehlah saya beritahu. Daun-daunnya nampak elok; hijau dan tiada serangan ulat beluncas tapi banyak ular hitam yang bergelong di celah pelepah sebab banyak tikus yang berkeliaran. Jikalau banyak tikus tentulah banyak ular yang memburunya. Lagi pula kawasan itu bersebelah dengan hutan simpan sungai Aru. Saya rasa mngkin itu sebabnya kot. Apabila penghuni hutan berhijrah ke tempat yang banyak rezekinya,” ujar  Syamsi membicarakan pendapatnya secara peribadi tentang apa yang ditanya Halim sejujurnya.
“Begitu ya…nampaknya kena beritahu cik Iman yang mengurusi racun untuk anasir perosak supaya kawasan tu ditabur racun tikus. Saya dalam minggu ni tak dapat nak ke ladang macam selalu sebab sibuk buat laporan yang hendak dihantar ke pejabat wilayah; tentang kemajuan projek di peringkat 4 tu,” tegas Halim selaku penyelia projek bagi kawasan itu.
Dan menunjukan keprihatinannya tentang perihal tersebut disamping menyusun alasan yang releven menepati.
“Semalam saya dah hantar ke pejabat contoh daun yang cik Halim minta. Ada Rafi sampaikan?” Syamsi bertanya merujuk kepada Rafi, seorang pembantu pejabat yang ditemuinya semalam. Sewaktu dia ke pejabat menghantar helaian daun sawit yang diminta pembantu pegawai ladang merangkap Penyelia projek itu, tidak ditemuinya Halim di sana. Kata Rafi, Halim telah keluar untuk menyelesaikan urusannya. Dia tidak menjelaskan apakah urusan itu kerana dia juga tidak pasti.
“Ada. Terima kasih ya. Rafi dah berikan kepada saya. Daun-daun tu nak dihantar ke makmal di wilayah. Mereka nak buat cerakinan daun. Kerja kita ambil dan hantar saja. Nak cerakin ke nak makanke daun sawit tu biar orang makmal pula yang buat,” sahut Halim tersengih sedikit dengan lelucon yang dibuatnya di akhir ayatnya. Dan menoleh pula kepada Arman yang kelihatannya hanya leka mendengarkan perbulan kedua-duanya.
“Bagaimana pula dengan budak-budak kawin bunga yang awak jaga Man?”
“Biasa saja cik Halim. Mudah saja saya mengurus mereka.”
“Tak ada lagi masalah macam dulu. Sebab hal kecilpun nak digaduhkan?” Tanya Halim. Namun dia menyedari bukan menjadi tanggung-jawabnya untuk mengetahui perihal begitu kerana bidang kuasanya hanya mengurusi aspek yang berkaitan pertanian. Bukan mengenai sumber tenaga manusia dan sosionya.. 
“Tak adalah…biasalah budak-budak bergaduh bukannya lama pun. Sekejap lagi sudah berbaik semula hih…hih…” Tetapi budak-budak yang dikatakannya itu kesemuanya berada di lingkungan umur gadis remaja. Bukan mudah pula hendak menyelesaikan pertikaian yang timbul diantara mereka sekiranya tidak ditangani secara halus dan bijaksana.
 Seumpama pergaduhan yang tercetus antara Salmiah dan tunangnya. Untuk mengelakan  konfrantasi dari berterusan dan mengujudkan suasana yang tidak harmoni di ruang kerja yang luas itu dia terpaksa mengeluarkan tunangannya dari situ. Itupun atas permintaan pihak pengurusan agar duri dalam daging segera dibuang.
Terpaksa disingkirkan tunangnya dari situ demi menunjukan keadilannya dalam membuat keputusan yang tidak bias. Kebanyakan staf pengurusan memaklumi insiden itu termasuk Halim. Perkara yang hangat begitu ceritanya tidak terdaya hendak disorok. Cepat benar khabarnya tersebar lantaran ditutur dari mulut ke mulut.
Dan sekarang suasananya sudah aman. Tiada lagi bisik-bisik yang kedengaran berdesup-desap membicarakan tentang kejengkelan hati disebabkan bicara mulut celupar yang melukakan perasaan.
Tiada lagi kesempatan gadis berwajah mongel dan bibirnya kecil berukir itu melantingkan suara sindiran yang mendesingkan telinga Salmiah. Salmiah pula dari jenis yang pantang dicabar, balasan kata-katanya pasti lebih pedas. Sehingga menyebabkan penglibatan kaki dan tangan dinaikan ke muka musuhnya..
Pergaduhan sebenar telah berlaku. Bukan setakat perang mulut lagi. Itulah sebenarnya kekecohan yang terjadi yang menjadi bahan perbualan masyarakat setempat. Kini cerita itu telah basi dan ramai yang telah melupakannya. Namun pembantu ladang berpangkat pegawai penyelia projek masih mahu mengungkitnya.
“Bagaimana pula dengan budak baru yang baru masuk kerja dengan awak tu. Bolehkah dia berkerja macam budak-budak lain? Tak bagi awak masalah?” Dia tahu sepatutnya dia tidak bertanya begitu tetapi nalurinya tetap mahu bertanya. Apalah salahnya bertanya untuk mengambil tahu serba sedikit, desis hatinya.
Kadangkala disedarinya juga sikap ingin tahunya yang keterlaluan itu tidak menyenangkan pihak lain. Namun selamba saja naluri keinginannya membenarkannya.
“Aisyah…? dia okey saja. Budak baik. Tak ada masalah. Apa yang budak-budak lain buat diapun buat juga. Tak ada pengecualian walaupun baru.”
Arman tidak berniat untuk menceritakan insiden malang yang menimpa Aisyah pada hari pertama ia mula berkerja di ladang kerana bimbangkan kegemparan lain pula yang meletus. Memang apa yang dialami Aisyah tiada kena-mengena dengan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya Tetapi sebagai mandur yang mengawasi anak buah di bawah jagaannya, tetap dirasakan ada kaitannya.
‘Mengapa pulalah cik pegawai ni sibuk bertanyakan Aisyah, macam ada niat tertentu saja. Lagipun dia ni bidang tugasnya bukannya ada kait-mengait dengan aku dan budak-budak tu. Mungkinkah cik pegawai ni dah mula menaruh hati pada Aisyah kot! Kesian kau Syam…nampaknya kau ada saingan untuk dapatkan bunga idaman. Pesaingnya bukan main hebat lagi. Ada gelar pegawai yang jadi kebanggaan orang-orang di tanah rancangan ni.’ Monolognya tidak bersambung kerana anak matanya ralit merenung wajah redup yang polos dengan pandangan berisi di kirinya..
“Kenapa pula awak pandang koi gitu Man? Apa yang tak kenanya?” Tanya Syamsi yang perasan dengan tingkah kawannya yang ganjil pada anggapannya itu.
“Tak ada apa-apa, saja-saja…awak ni takkanlah nak memandang pun tak boleh…” balas Arman dengan senyuman terkulum, menyembunyikan firasat yang tidak mahu ketara.
“Cik Halim tiba-tiba saja tanyakan Aisyah kenapa pula? Dah tersangkut hati ya? Nak minta tolong saya rekomenkan?” ujarnya sekadar mengusik, berbasa-basi.
‘Hai Man… tak cukup sibukkah dengan kerja mandur kawin bunga, sampai sanggup nak buat kerja baru pula?’ Syamsi memanah anak mata kawannya dengan pandangan jengkel.
Sebenarnya Arman hanya hendak mengocak perasaan teman di sebelahnya sama ada dirinya terusik atau kebal perasaannya atau biasa-biasa saja. Tetapi dia tidak dapat melihat lukisan yang tertera pada wajah Syamsi lantaran kawannya itu menundukan wajahnya. Dan bermain-main dengan jari-jemarinya.
“Tak adalah…awak ni pandai saja menduga-duga. Biasalah, budak tu bukankah baru datang ke sini. Dan berkerja di ladang, tempat kita semua berkerja, tentulah wajar saya juga ambil tahu serba sedikit. Tidaklah saya nanti ketinggalan keretapi kerana tidak tahu dengan perkembangan semasa di tempat kita,” balas Halim dengan alasan bertele-tele yang spontan direkayasa mindanya.
Apa yang ditutur dua ulas bibirnya tidak dipaksa sesiapa pun mempercayainya secara total dan bulat. Mindanya menghantar maklumat ke saraf bibir lalu bibirnya terbuka dan tertutup menurut rimanya semahunya. Hanya dihatinya tersimpan apapun nawaitunya. Adalah haknya untuk menyembunyikan yang dirasakan rahsia disebaliknya tanpa sesiapa layak mempersoalkannya.
“Tak apalah Man, Syam, saya beransur dulu. Esok saya… akan masuk ladang dan pantau kerja-kerja kamu berdua.” Kedua-duanya tidak menyahut apa-apa. Cuma tersenyum polos dan memperhatikan saja gerak laku pegawai itu.
Halim bangun dari duduknya. Langkah diatur cepat menuju motorsikal yang diparkir di bawah rimbunan pohon hutan yang tidak diketahui namanya tanpa menoleh ke belakang lagi. Hajatnya ke situ kerana mendapatkan maklumat yang dikehendakinya telah diperolehi. Jadi dia tidak perlu membuang masa berlama-lamaan di situ.
Sebentar lagi azan maghrib dari masjid di tepi padang bola itu pasti akan berkumandang. Tetapi masih ramai anak-anak muda yang terkinja-kinja, berlarian di tengah padang bola, mengejar se biji bola.
“Ramai peminatnya nampaknya budak yang baru masuk kerja tu ya…awak macamana Syam takkanlah langsung tak ada perasaan pada budak tu? Nanti kalau melepas ke tangan orang lain, awak juga yang gigit jari hih…hih…”
“Awak nih…tak habis-habis nak merepek. Sudah-sudahlah nak menduga. Tak payahlah awak sibukkan hal koi. Awak fikirkan saja diri awak dan tunang awak tu. Tak lama lagi dah nak berkahwin, sudah sempurnakah semua persiapannya? Wang hantaran yang diminta pihak perempuan, sudah terkumpulkah?”
Arman tersengih-sengih cuma. Barangkali tidak tahu bagaimana hendak membalasnya. Mindanya tiba-tiba mengira angka dan menjumlahkannya. Mahal juga belanja hantaran yang akan dibawanya pada hari perkahwinannya nanti menurutnya. Tetapi telah dikumpulkan jumlah itu berdikit-dikit. Sudah genap enam ratus ringgit. Dan dia tidak risau langsung tentangnya lagi.
“Sebagai kawan, aku tu hanya mengingatkan saja. Kawan pun teringin nak tengok kawan aku bahagia dan akan berkahwin macam kawan juga. Kalau awak ada perasaan terhadapnya, baiklah awak berterus-terang  kot nanti terbuntang putih mata lantaran kecewa kerana Aisyah disambar orang lain.”
“Awak ni bercakap macamlah benda itu akan berlaku semudah itu. kita pun baru sangat kenali budak baru tu. Bagaimana hati budinya kita tidak ketahui lagi. Tengokan pada sifat luaran memanglah semuanya serba sempurna dan tidak ada cacat celanya. Tetapi buah yang nampak mengkal dan berkilat kulit luarnya kadangkala isi di dalamnya penuh berulat tau…”tuturnya dengan sengih yang merona wajah.
Begitu negatif pandangan yang diberikan analoginya terhadap gadis ayu itu. Mengapa hatinya begitu pesimis lagi sinikal, tidak diketahuinya juga. Namun harapannya tidaklah begitu. Moga seorang gadis yang berparas ayu, jelita juga memiliki kecantikan dan kemuliaan perkerti, seayu, sejelita wajah anugerah Allah kepadanya.
“Pandai awaklah Syam, Kawan tu setakat boleh beri pendapat, kalau awak nak ikut, awak ikut. Terpulanglah kepada awak. Tapi kawan rasa Aisyah tu memang sepadan dengan awak. Macam pinang dibelah dua.” Rasa dia hendak tergelak pula mendengarkan perumpamaan yang disebutkan kawannya itu. Ada senyum kecil yang tersungging di bibirnya.
‘Iyakah bagai pinang dibelah dua? Bagai pinang dilenyek steamroll adalah kot! Apalah guna hendak berangan-angan akan sesuatu yang sukar hendak jadi kenyataan Man…buang masa saja. Aku ni siapa… kalau hendak dibandingkan dengan gadis remaja yang jelita yang kulitnya putih melepak, sepasang matanya bersinar laksana kejora, dengan rambutnya yang panjang mengurai itu. ilmunya pula lebih tinggi, bukan seperti aku yang hanya pandai tulis baca saja. Aku ni setakat berupa orang saja, kulit pun sawo matang, tak putih melepak. Langsung tidak sekufu. Aku tidak mahu mati beragan di dalam angan-angan Mat Jenin.

24 ulasan - "NOVEL SEBUAH VERSI CHINTA....BAB 18.."

babYpose delete icon 19 Mei 2014 10:12 PG

Salam pagi kak, baca skit baru, suara sayatak lunak, penting ke suara lunak heee :)

Aku Penghibur delete icon 19 Mei 2014 11:42 PG

excited membaca sambungannya

Sylarius Yusof delete icon 19 Mei 2014 12:05 PTG

Cinta datang dari ofis. Hehe. Maklum aje la, bila dah hari-hari jumpa, memang boleh mesra.

Kesuma Angsana delete icon 19 Mei 2014 2:47 PTG

mkn lama mkn menarik ceritanye kak~

paridah delete icon 19 Mei 2014 3:05 PTG

cerita perjalanan hidup Aisyah meniti hari2 remajanya...tq Kesuma Angsana rajin ikuti sambungannya.

paridah delete icon 19 Mei 2014 3:15 PTG

salam petang...suara lunak tu bersuara lembut...xbaik cakap kasar kan...tq babYpose

paridah delete icon 19 Mei 2014 4:09 PTG

BIASA ITU YG TERJADI...Orang lelaki ni bukan q sangat pandangannya..heh..heh..tq Sylarius Yusof.

paridah delete icon 19 Mei 2014 4:11 PTG

yeke...terima kasih acik Aku Penghibur.

Apa gak cpek mbak tulis sgitu banyaknya,,hehe,, Thanks sharenya mbak

paridah delete icon 19 Mei 2014 5:34 PTG

penat juga heh..heh.. tq Febri Gamesoft sudi singgah baca..

kampungjasa Incku delete icon 19 Mei 2014 7:48 PTG

panjang sekali ceritanya sist paridah tapi seru dan menarik jalan ceritanya saya akan menunggu cerita yang lainnya :D

Dunia Sementara Acikidah delete icon 19 Mei 2014 9:42 PTG

Pergghh panjangnya akak menaip... idah singgah isi tabung kak paridah yer... :D

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 19 Mei 2014 9:58 PTG

menunggu entri selanjutnya...

paridah delete icon 19 Mei 2014 10:08 PTG

terima kasih..kampung jasa Incku...kak tulis panjang sedikit biar puas membacanya.

paridah delete icon 19 Mei 2014 10:11 PTG

terima kasih idah...sesekali upload panjang sedikit...tq Acikidah rajin menabung.

paridah delete icon 19 Mei 2014 10:12 PTG

terima kasih Muhammad Khairuddi Lim..insya Allah ada.

Kakzakie delete icon 20 Mei 2014 8:48 PG

Kakak kena baca yg terlepas satu bab baru baca ini. Rasa puas sikit bila baca 2 bab sekali gus..
Tapi dlm hati kakak bimbang Aisyah lupakan pakwe lamanya di oversea tu..
Di felda dah ada 'mata' terpikat aje...

Lama lagi ke nak habis ni PI? tak sabar hihi...

paridah delete icon 20 Mei 2014 9:31 PG

sekarang ni fokus kpd cerita Aisyah di felda n akan berkembang lagi dgn kisah yg lbh menarik lagi...jangan lupa ikuti sambugannya ya Kakzakie...tq.

Jagad Kawula delete icon 20 Mei 2014 9:45 PG

novel tentang cinta selalu saja menarik dan enak untuk disimak...sipp :D

ANAK KUALA delete icon 20 Mei 2014 9:46 PG

As Salam kak...apa khabar...saya akan terus setia mengkuti cerita ni dari satu bab ke bab seterusnya...

paridah delete icon 22 Mei 2014 2:48 PTG

terima kasih Jagad Kawla sudi membacaya.

paridah delete icon 22 Mei 2014 2:53 PTG

wsalam dik terima kasih banyak sudi ikuti setiap sambungan novel ni...tq ANAK KUALA.

Tanpa Nama delete icon 15 Jun 2014 12:13 PG

Everything considered, a "hassle-free way to install and manage wireless home networks" is
deserving even more if you have ever run into a dead end with an install and can't figure
out what to do. Join the router to your broadband modem utilizing an Ethernet cable.

Situate your wireless router away from these appliances and gadgets.


Also visit my web-site Virtual Router

paridah delete icon 20 Jun 2014 11:25 PG

tq anoynym.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”