بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...
SALAM JUMAAT YANG MULIA...
Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.
Mari fikir-fikirkan.

PIC GOOGLE


"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.


Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. 


Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.


Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.


Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".
KEBERKATAN YANG DICARI


6 cara utk mendapat pahala setelah mati:


1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.
3. Turut serta dlm pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya mkan darinya.
6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.
Waallahu'alam

16 ulasan - "HARAM HALAL SAMA-SAMA FIKIRKAN.."

Khairul Bariah delete icon 30 Mei 2014 10:01 PG

salam paridah, saya mohon share entry niii...

Bin Muhammad delete icon 30 Mei 2014 10:03 PG

Sesetengah orang memang berfikiran sempit...kurang faham dan mengetahui akan hukum halal dan haram, hanya tahu babi itu sahaja yg haram...

paridah delete icon 30 Mei 2014 10:47 PG

Wsalam Khairul Bariah...sharelah..kak pun share juga...tq Khairul Bariah.

paridah delete icon 30 Mei 2014 10:50 PG

fokus halal haramnya hanya pada babi saja ya...kena ambil tahu lbh luas lg hal2 yg bersangkut dgnnya....tq Bin Muhammad.

ZUKI DIN delete icon 30 Mei 2014 11:32 PG

setuju tu akak. halal haram bknnya kpd babi n anjing sahaja...tp meliputi semua segi kehidupan n kelakuan..

Kakzakie delete icon 30 Mei 2014 1:05 PTG

Itulah dalam kehidupan kita kena sentiasa belajar. Sesungguhnya ilmu agama terlalu luas dan kena peka dan ambil tahu apa lagi soal halal dan haram..

acik idah delete icon 30 Mei 2014 3:07 PTG

Alhamdulillah... terima kasih atas peringatan kak paridah... :)

BUNDA a.k.a KN delete icon 30 Mei 2014 5:23 PTG

Dalam Tv Al Hijrah pagi tadi byk di bincang dan dikupas hal halal haram dan menyentuh juga isu Cadbury ni...

Yang dikilangkan di Malaysia ni halal dan harus di makan...
Kalau was2 tak payah makan...benda2 camni nak diperbesar2 kan...yang kita selalu pergi makan fastfood ...makan kat hotel mana2 lagi tu..
Menu coklat...kek coklat...burger...sosej ...pizza dan mcm2 tu....pernah ke kita persoalkan..dan tahu ke kita dari mana barang2 itu datang? dan siapa pembekal nya?tepuk dada tanya iman...

Sylarius Yusof delete icon 30 Mei 2014 5:55 PTG

Bab halal-haram ni memang kita perlu audit semula dalam kehidupan harian kita. Halal-haram rezeki bukan sekadar terletak pada DNA babi sahaja, malahan lebih dari itu.

paridah delete icon 31 Mei 2014 11:03 PG

ya buka minda n ambil tahu semua yg berkaitan dgnnya....tq Zuki Din.

paridah delete icon 31 Mei 2014 11:05 PG

ya ilmu sedikit yg diketahui perlu diperbanyakan lagi...tq Kakzakie.

paridah delete icon 31 Mei 2014 11:08 PG

sama2 idah mengingatkan diri sendiri sebenarnya....tq acik idah.

paridah delete icon 31 Mei 2014 11:19 PG

sbb terlalu banyak benda2 syubhah yg meragukan masuk ke perut kita telah menjadikan kita keras hati kot n terlalu banyak kemungkaran yg berlaku dgn amat zalim sekali langsung pula tidak diduga akan berlaku sebegitu...kena fikir2kan sebelum membawa sesuatu ke dalam mulut ya...tq BUNDA aka KN.

paridah delete icon 31 Mei 2014 11:25 PG

Babi n apa saja yg berkaitan dgnnya sudah pasti haramnya n perlu juga tahu soal haram halal melibatkan perkara2 lain juga....tq Sylarius Yusof.

Yun Sing delete icon 31 Mei 2014 8:14 PTG

Amat bermakna :) Setuju sangat.. Nice sharing ^^

paridah delete icon 31 Mei 2014 10:32 PTG

tq Yun Sing.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”