بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

HALWA MASKAT ADALAH KUIH TRADISI YANG AMAT PI GEMARI..HENDAK MEMASAKNYA SENDIRI SUSAH JUGA. RUMIT CARA BUATANNYA. KUIH NI SANGAT FEMES DISEBELAH UTARA. HALWA MASKAT BERASAL DARIPADA TIMUR TENGAH JUGA MENJADI KESUKAAN ORANG INDIA.

Diolahkan atau di masak mengikut citarasa masing2  tapi menghasilkan manisan yang sama iaitu halwa maskat..kalau kita perhatikan di kebanyak negara2 arab seperti turki, mesir dan lain2 tempat di timur tengah mereka banyak menghasilkan atau membuat halwa maskat yang berwarna agak jernih atau putih, rasanya tetap sama liut2 dan manis sekali di D pula dengan berbagai2 jenis kekacang sama ada badam, gajus, pitachios..manakala halwa maskat yang dibuat oleh orang2 India pula lebih berwarna jinga atau oren dan agak tidak berapa liut tapi tetap manis.

TENTU RAMAI YANG INGIN TAHU CARA-CARA MEMBUAT HALWA MASKAT YANG AGAK UNIK TAPI SANGAT ENAK NI. PI KONGSIKAN DI SINI RESEPI HALWA MASKAT DARIPADA SEBUAH BLOG MASAKAN...

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum
1 kg gula pasir
1 kg gula batu
5 sudu tepung sagu 
1 tin sedang minyak sapi (500gm)
sedikit buah pelaga
Badam dan Gajus
Sedikit air mawar

Cara:

1. Tepung gandum diuli menjadi sebuku doh, kemudian ambil doh tadi dan letak dalam satu besen atau bekas untuk mulakan proses membasuh tepung. Basuhkan doh tadi dengan cara tuangkan sedikit demi sedikit air anggaran 11/2-2mug air basuh doh ratakan dengan tangan pada doh dan airnya di simpan dalam bekas2 yang disediakan. Ulangi proses hingga tinggal getah sahaja pada doh tepung tadi..ini bermakna  air yang kita ketepikan dalam bekas dalam 3-4 bekas. Proses untuk basuh tepung makan masa anggaran 3-4 jam

2. Air yang diketepikan dalam bekas tadi dibiarkan sehingga  mendap tepungnya, buangkan air perlahan2 bila masuk hari pertama dan nampak jernih airnya iaitu keesokkan harinya dan tinggalkan kanji tepung sahaja..xboleh guna tapisan perlahan2 buangkan airnya. Lakukan proses yang sama sekurang2nya 2 atau 3 hari jangan lebih nanti masam pula kanji tepung yang dimendapkan. Setiap kali air dibuang gantikan dengan air bersih yang baru, kacau sedikit dengan senduk kayu serta biarkan mendap untuk hari yang berikutnya.

3. Bagi proses untuk mengacau kueh ini pula, sediakan kuali atau genseng tembaga kalau ada lagi bagus yang agak besar untuk mengacaunya.

4. Mula2 ambil gula pasir anggaran 2 cawan di goreng untuk jadikan berwarna perang keemasan jangan sampai hangus, masukkan air anggaran 4-5 cawan dan masukkan pula baki gula pasir yang sekilo tadi bersama gula batu. Masakkan sehingga gula mencair dan air gula mendidih baru di masukkan kanji mendapan tepung yang dicampurkan dengan sekali ganda air (sukatannya 1 bahagian mendapan tepung + 1 bahagian air kacau hingga rata) Massakkan adunan ini hingga sebati dan memekat seperti mengacau dodol perlu di kacau selalu.

5.  Sambil adunan di kacau masukkan bancuhan tepung sagu bersama sedikit air dan kacau lagi sambil dimasukkan ghee atau minyak sapi sedikit demi sedikit. Kacau sekurang2nya 4 jam.  Masukkan juga sedikit air mawar dan sedikit buah pelaga yang dibuangkan kulitnya serta ditumbuk sedikit isinya.  

6. Bila halwa maskat dah masak elok akhir sekali masukkan badam dan gajus yang telah digoreng. Masukkan kueh halwa maskat ini ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian semasa ia masih panas untuk senang ditetal atau di ratakan. Hidangkan bila dah sejuk dengan potongkan kecil2 sahaja kalau nak buat hantaran boleh masukkan dalam mangkuk bersesuaian dan hiasi dengan badam, ceri, kismis atau yang bersesuaian..selamat mencuba..walaupun payah nak buat tapi amat berbaloi sebab rasanya sedap dan harum baunya.



proses caramelkan gula supaya jadi kuning keemasan..
bila gula dah perang/golden masukkan air dan gula pasir serta gula batu

masukkan mendapan tepung yang digaul dengan air..

halwa maskat yang siap di masak sebelum padam api masukkan badam atau gajus goreng

org kuat disebalik tabir halwa maskat d making...akak xsmpat bgambor tukap snap ajer

Proses mengacau sehingga kental sambil masukkan minyak sapi sedikit2 last skli masukkan biji buah pelaga yang ditumbuk dan air masuk
DARIPADA ZULEKHA LUV COOKING.BLOGSPOT.
 



HALWA MASKAT.




36 ulasan - "HALWA MASKAT..."

nohas delete icon 2 Mei 2014 2:24 PTG

arwah tok saya suka halwa maskat ni..tapi anak cucu seorang pun tak gemar...maniss.

Yobert Parai delete icon 2 Mei 2014 2:56 PTG

wah keliatannya enak nih kuenya :)

Sylarius Yusof delete icon 2 Mei 2014 3:31 PTG

Oh, macam ni rupanya buat halwa maskat. Macam buat dodol pun ada jugak.

vina devina delete icon 2 Mei 2014 3:34 PTG

wah enak sekali kelihatan nya, jadi ingin

MaMa MuRsYiD delete icon 2 Mei 2014 4:25 PTG

Lamanya x makan halwa maskar

paridah delete icon 2 Mei 2014 5:12 PTG

tapi prosesnya lebih rumit drpd buat dodol kot...tq Sylarius Yusof.

paridah delete icon 2 Mei 2014 5:14 PTG

yang suka halwa maskat ni generasi lama mcm kak jer nohas...tq nohas.

paridah delete icon 2 Mei 2014 5:15 PTG

enak nih...tq Yobert Parai.

paridah delete icon 2 Mei 2014 5:18 PTG

enak nih ..mai sini kak beri sepotong heh...heh..tq vina devina.

paridah delete icon 2 Mei 2014 5:20 PTG

sama la dgn kak itu yg menggoogle cari resepi...tq MaMa Mursyid.

Yun Sing delete icon 2 Mei 2014 5:32 PTG

Nampak sedap :)

paridah delete icon 2 Mei 2014 5:34 PTG

kuih orang lama tu mmg sedap tapi manis sedikit...tq Yun Sing.

Aku Penghibur delete icon 2 Mei 2014 5:35 PTG

aduhh nampak macam sedap.. tak pernah makan lagi ^_^

paridah delete icon 2 Mei 2014 5:58 PTG

yeke kena rasa tu...kat pekan rabu alor setar banyak dijual...tq acik Aku Penghibur.

Acik Erna delete icon 2 Mei 2014 6:46 PTG

Macam kacau dodol ye..acik tak pernah buat dan tak pernah rasa halwa.maskat ni

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 2 Mei 2014 6:47 PTG

sedap nampak./...

wah,, enak nih kayaknya,,mau cicip

paridah delete icon 2 Mei 2014 8:37 PTG

lebih mudah daripada kacau dodol sbb agak ringan tapi rumit proses nak sediakannya...tq Acik Erna.

paridah delete icon 2 Mei 2014 8:39 PTG

cubalah rasa gerenti sedap....tq Muhammad Khairuddin Lim.

paridah delete icon 2 Mei 2014 8:41 PTG

ya enak...datanglah sini boleh kak beri sepotong heh...heh..tq Febri Gamesoft.

Sweetie delete icon 2 Mei 2014 9:39 PTG

As/kum paridah! Saya biasa tengok gambar dan dengar ttg halwa maskat ni... tapi tak pernah rasa... orang kata sangat manis.

paridah delete icon 2 Mei 2014 10:09 PTG

wsalam sweetie...pada kak xderlah manis sangat...sesuai sesedap rasa jer..tq sweetie.

nyanyisunyi delete icon 2 Mei 2014 11:05 PTG

Assalamualaikum salam kenal..

dulu2 masa muda2 remaja kalau kenduri kawen kt kg mesti ada kueh ni..skrg ni dah jarang jumpa..

Bin Muhammad delete icon 3 Mei 2014 1:06 PG

Jarang sungguh jumpa kuih ni. Kalau dulu2, kuih wajib dihari raya dan kenduri kawin nih!

paridah delete icon 3 Mei 2014 8:06 PG

betul tu sekarang ni agak sukar menemuinya...tq Bin Muhammad.

paridah delete icon 3 Mei 2014 8:09 PG

wsalam..kak kalau ak makan kuih ni mesti pulang ke kedah mencarinya...tempat lain susah nk jumpa. tq nyanyisunyi.

Qaseh Vee delete icon 4 Mei 2014 4:07 PG

orang dah tak rajin nak buat ...

Nick Nashram delete icon 4 Mei 2014 9:02 PG

sedapnye..kalau dekat ni dah mintak sikit dengan akak :)

Aku Penghibur delete icon 4 Mei 2014 3:06 PTG

ohh yeke, nanti nak carilah

paridah delete icon 4 Mei 2014 9:46 PTG

cari jgn xcari acik..heh..heh..tq

paridah delete icon 4 Mei 2014 9:50 PTG

rumit cara nak buatnya...sbb tu ramai yg pilih resepi mudah jer....tq Qaseh Wee.

paridah delete icon 4 Mei 2014 9:52 PTG

kak kalau dekat mmg suka nk beri kat nick...tq Nick Nashram.

Kesuma Angsana delete icon 5 Mei 2014 3:55 PTG

1st time tau tntag halwa ni kak.. tq share

Yun Sing delete icon 5 Mei 2014 5:02 PTG

Teringin nak try :)

ANAK KUALA delete icon 4 Julai 2014 11:41 PTG

Saya tahu makannya je kak...tq kak

tita delete icon 31 Julai 2014 10:08 PTG

Saya sudah lama idamkan kuih ini. Sejak kakak saya meninggal tidak ada yang pandai memasaknya dengan adunan tradisi. Apakah saya boleh membuat pesan untuk membeli dari Puan. Sila hubungi saya: 012 3277101. Mohon beri maklum balas... Shahidah

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”