بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

NIPAH NI JENIS TUMBUHAN YANG HIDUP DI TANAH LEMBAB BERAIR PAYAU.

SANGAT MUDAH DITEMUI HIDUP BERUMPUN DI TEBING SUNGAI ATAU TANAH YANG BERHAMPIRAN LAUT.
Berkas:XP Nepf D4090.JPG
POKOK INI BERBUNGA DAN BERBUAH. BUAHNYA YANG SEDANG MASAK AMAT SEDAP RASANYA LEMBUT DAN MANIS. PERLU DIBELAH UNTUK MENGELUARKAN ISINYA. TETAPI JIKALAU DIBIARKAN TUA BUAH NIPAH AKAN MENJADI KERAS ISINYA DAN TIDAK MAMPU DIKUNYAH LAGI.



DARIPADA MAYANG BUAH NIPAH BOLEH PULA MENGHASILKAN NIRA YANG ENAK MANIS LAGI MENYEGARKAN DIMINUM TIKA HARI PANAS
.

HENDAK MENGHASILKAN NIRA DARIPADA MAYANG NIPAH JUGA ADA CARA-CARA TERTENTU PERLU DILAKUKAN.

PERTAMANYA PERLU MELENTURKAN MAYANG BUAH NIPAH DAN MENGURUTNYA BEBERAPA HARI DENGAN KAKI SEBELUM MAYANG NIPAHNYA DIPANGKAS.

SETELAH DIPANGKAS BOLEHLAH MENGGANTUNGKAN BOTOL ATAU BEKAS DI MAYANG NIPAH, MENGIKATNYA ELOK-ELOK SAMBIL MENUTUP BOTOL DENGAN KAIN TAPIS. NIRA NIPAH AKAN MENITIS PERLAHAN-LAHAN.

DI KAMPUNG PI MEMANG SEJAK LAMA SUDAH ADA KAWASAN YANG DITUMBUHI POKOK-POKOK NIPAH DI TEPI RUMAH DAN ATOK PI YANG RAJIN MENGUSAHAKAN PENGELUARAN NIRA DARIPADA POKOK-POKOK NIPAH TERSEBUT.

KALA PETANG AKAN BERMULALAH A-KERJA MENAHAN NIRA DAN AKAN DIKUTIP PADA PAGI KEESOKANNYA.

KALAU HENDAK MINUM NIRA SEGAR DENGAN JUMLAH YANG BANYAK BOLEHLAH DISIMPAN DI DALAM PETI SEJUK.

BIASANYA ATOK PI AKAN MEMASAK NIRA INI UNTUK DIJADIKAN NISAN PULA. NISAN ATAU MANISAN NIPAH TIDAK SAMA DENGAN GULA KABUNG. IANYA ADALAH CAIRAN YANG LIKAT MANIS DAN SEDAP DIBUAT KUIH-KUIH DAN DIMAKAN BERSAMA JUADAH YANG PERLUKAN MANISAN SEPERTI CENDOL ATAU KUIH LOPES..

NIRA NIPAH JUGA BOLEH DIJADIKAN CUKA DAN CUKA NIPAH INI DIMASAK JERUK IKAN TENGGIRI TERSANGATLAH SEDAPNYA. KATA ORANG KINI CUKA NIPAH ADALAH UBAT DARAH TINGGI YANG MUJARAB. TENTU ORANG-ORANG KINI LEBIH TAHU SEBAB RAMAI MEREKA WALAU MASIH MUDA SUDAH DISERANG DARAH TINGGI.

SELAIN BUAH NIAPAH YANG BOLEH MENGHASILKAN NIRA DAUN-DUANNYA JUGA SANGAT BERGUNA. DULU-DULU PI RAJIN JUGA MENOLONG TOK MENYEMAT  ATAP. PERAIH YANG MEMBELINYA HANYA MEMBAYAR SEPULUH SEN PADA SETIAP SEKEPING ATAP BERUKURAN LEBIH SATU METER.

ATAP NIPAH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT BUMBUNG RUMAH DAN PONDOK. TAHUN 60-AN DAN 70-AN KELIHATAN BANYAK RUMAUH-RUMAH  YANG BERBUMBUNGKAN ATAP NIPAH DAN BERDINDINGKAN ATAP NIPAH JUGA. SEDERHANA SUNGGUH HIDUP TIKA ITU. NAMUN TETAP BERBAHAGIA MENEMPUHI HARI-HARINYA.



SEMUA PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

12 ulasan - "CERITA NIPAH...KENAL KE?..bukan tipah heh...heh.."

Khai♥Rin : anies delete icon 8 Mei 2014 11:43 PG

sy suka nipah dan buah api2..dulu ms opah masih kuat dan selalu ke laut. bla blk bw blk nipah dan buah api2...skrg tggl kenangan

Fiu S delete icon 8 Mei 2014 12:00 PTG

daun nipah sy tw tuh .... waktu di sulawesi untuk bikin atap rumah .... :)

Kakzakie delete icon 8 Mei 2014 12:49 PTG

Kalau balik kg hubby kakak banyak pokok nipah ni PI. Kami panggil buah kolang-kaleng. Sedap berjeli. Kalau buat air cikong biasa kami campur buah ini banyak-banyak. Rumah kakak sentiasa ada sebab biasa bila balik kampung aje kami beli..

Malay-Kadazan girl delete icon 8 Mei 2014 2:57 PTG

Sedapnyalah tengok isi buahnya.
Teringin pula nak minum air nira ni.

Yobert Parai delete icon 8 Mei 2014 3:54 PTG

Bukannya air nirah ini bisa bikin mabuk ya Cik....????

baru tahu tumbuhan macam ini

paridah delete icon 8 Mei 2014 9:48 PTG

tidaklah...air nira air dari mayang nipah..spt air nira kelapa yg diperolehi dari mayang kelapa...rasanya manis saja...tq Yobert Parai.

paridah delete icon 8 Mei 2014 9:51 PTG

tumbuhan begini banyak terdapat di kawasan berhampiran laut...tq Febri Gamesoft.

paridah delete icon 8 Mei 2014 10:01 PTG

air nira n isi buah nipah mmg sedap sangat...tq Malay Kadazan girl

paridah delete icon 8 Mei 2014 10:04 PTG

mesti rumah hubby kakzakie ni berdekatan dgn laut ya..senang nk dapat buah nipah ni...tq Kakzakie.

paridah delete icon 8 Mei 2014 10:07 PTG

ya dulu2 atap nipah ni sangat berguna untuk dibuat atap rumah...tq Fiu S

paridah delete icon 8 Mei 2014 10:12 PTG

sudah tinggal kenangan ya...kak pernah juga makan bua api2 ni...tq Khairin anies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”