Thursday 1 May 2014

WAJIB BELA DIRI JIKA DIFITNAH...

ASSALAMUALAIKUM...

MUGHIRAH bin Syu'bah seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal sangat cerdik. Beliau selalu menemukan jalan keluar setiap kali berdepan dengan permasalahan yang berat.

Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberinya jawatan amir di Bahrain. Namun kerana rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah, Umar memecat beliau daripada jawatan tersebut, lalu menyuruhnya kembali ke Madinah.

Meskipun keinginan mereka dituruti, namun rakyat bimbang Umar akan berubah fikiran di masa hadapan. Mereka takut Mughirah akan ditugaskan kembali di Bahrain. Justeru, rakyat yang tak berbudi ini membuat rancangan jahat. Mereka berniat memfitnah Mughirah agar imejnya rosak di mata Khalifah Umar.

Ahli Bahrain mengumpulkan wang 100,000 dirham lalu diserahkan kepada seorang laki-laki. Orang ini lalu pergi ke Madinah untuk berjumpa sendiri dengan Khalifah Umar.

Di hadapan Umar, laki-laki dari Bahrain itu berkata: “Wahai Amirul mukminin, sesungguhnya Mughirah telah berkhianat. Ia mencuri wang negara sebanyak 100,000 dirham lalu menitipkannya kepadaku."
Lalu dia memperlihatkan wang yang dibawanya dan berkata: “Inilah buktinya."

Sebagai pemimpin yang adil, Umar segera memanggil Mughirah. Setelah menceritakan tuduhan tersebut, Umar bertanya kepadanya: “Apa pembelaanmu?"

Mughirah menjawab: “Wahai Amirul mukminin, orang ini telah berdusta. Aku tidak menitipkan wang 100,000 dirham kepadanya, akan tetapi 200,000 dirham."

Umar bertanya lagi: “Mengapa engkau melakukan perbuatan khianat?" Mughirah menjawab: “Aku terdesak kerana hajat keluargaku, wahai Amirul mukminin."

Orang yang membawa cerita dusta itu menjadi ketakutan. Bagaimana tidak, pada saat ini ia malah dituduh mencuri wang 100,000 dirham. Jika tidak dapat menghadirkannya, maka ia pasti dihukum. Tentu sahaja ia tidak memiliki wang sebanyak itu.

Orang ini segera berkata: “Tidak, demi Allah, wahai Amirul mukminin. Ia tidak menitipkan sedikitpun wang kepadaku. Sebenarnya aku hanya membuat cerita palsu. Kami rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah dan kami bimbang tuan akan mengembalikannya menjadi amir di negeri kami."

Umar bertanya kepada Mughirah: “Apakah yang membuat kamu membuat pengakuan palsu seperti tadi?"
Mughirah menjawab: “Orang jahat ini telah berdusta untuk menjatuhkan aku. Maka aku ingin menghinakannya."

Kisah ini terdapat dalam beberapa kitab sejarah antaranya, Siyar A’lam al-Nubala karya al-Hafiz Abu Abdillah al-Zahabi.

Bela diri

Seorang Muslim memang penyabar, namun bukan bermakna dia mesti berdiam diri apabila difitnah. Dia wajib membela dirinya dan menjelaskan hakikat yang berlaku.

Ambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran. Apabila isteri majikannya menuduh baginda merayu beliau, Nabi Yusuf segera menafikan tuduhan tersebut. Dengan tegas beliau menceritakan perkara yang sebenar: Dialah yang merayu diriku! (Yusuf: 26)

Seorang mukmin tidak boleh membiarkan dirinya menjadi mangsa fitnah dan kekeliruan. Malah ia mesti menutup segala kemungkinan yang boleh berlaku. Jelaskan duduk perkara yang sebenar sebelum sesiapa tersalah faham.

Pernah satu malam Safiyah mendatangi Rasulullah SAW yang tengah beriktikaf di masjid. Setelah berbincang beberapa saat, isteri Nabi SAW ini bangkit untuk beredar. Baginda turut berjalan untuk mengiringi beliau keluar.

Kebetulan dua orang laki-laki berlalu di tempat itu. Melihat Rasulullah SAW tengah berjalan dengan seorang perempuan, mereka mempercepat langkah untuk menjauh.

Rasulullah SAW segera memanggil mereka. Baginda ingin menutup kemungkinan berlaku salah faham di hati mereka. Baginda bersabda: “Ini isteriku Safiyyah binti Huyai."

Baginda bersabda: Sesungguhnya Syaitan mengalir di tubuh manusia seperti aliran darah. Aku bimbang ia akan membisikkan perkara buruk kepadamu. (riwayat al-Bukhari)
Semoga Allah menjaga kita daripada fitnah dan tuduhan palsu. Amin ya rabbal ‘alamin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

24 comments:

  1. wows banyak sekali duit nya ya sist :)

    ReplyDelete
  2. DUIT BANYAK NI PERLU JUGA HEH..HEH..TQ kampungjasa incku

    ReplyDelete
  3. pembelaan emg perlu klo kita tdk brsalah, walupun sebaiknya biarpun ada pembelaan tetep tdak membuat sengsara yg berbuat jahat... salam ukhuwah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhwah...pembelaan utk diri sendiri tu wajib kan...tq Fiu S

      Delete
  4. memang ada batas kesabaran buat kita, seperti ini, membela diri jikalau difitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kesabaran ada batasnya n pembalasannya mesti setimpal...tq Aldino Sya.

      Delete
  5. memang kena bela diri... banyak duit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...duit yg banyak mudah menimbulkan fitnah...tq acik Aku Penghibur.

      Delete
  6. perlu kepada pemimpin dan hakim yg adil, yang takutkan balasan Allah SWT di akhirat..sokong hukum hudud..yg menuduh tanpa bukti kena pun kena sebat juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa saja hukuman berdasarkan bukti...tapi kadang pembuktian yg sahih tidak juga dipercayai...tq nohas.

      Delete
  7. ada memang waktunya setiap muslim untuk diam dan bertindak ..
    untuk membela diri dari fitnah..wajib tanpa harus di tawar lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fitnah ni merosak banyak pihak...harus berhati-hati...tq Purnomo Jr.

      Delete
  8. Akhir zaman ini dipenuhi dengan fitnah, sungguh menakutkan! Semoga kita dijauhkan dari fitnah...amin

    ReplyDelete
  9. dunia akhir zaman sukar menilai kebenaran n fitnah sentiasa memerangkap mangsa yg terlalai...tq Bin Muhammad.

    ReplyDelete
  10. Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.
    (Asy-Syuura 42:41)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bijaknya pha is...siap memetik firman Allah lagi...tq sama2 berkongsi ilmu...

      Delete
  11. Kak..diera skrg fitnah seolah olah menjadi satu permainan hidup.....andainya kita berjaya,gah dimata yg memandang maka pasti ada yg kurang senang....jln pintas menjatuhkan sesaorang adalah dgn Fitnah... kekadang fitnah ni bila kita balas dgn tektik yg sama dgn apa yg mereka lalukan maka seolah olah kebenarn dipihak mereka...tapi kekadang jika kita terus berdiam seolah olah mengiyakan kenyataan ( dipandangan mata org lain )....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgnmu...begitu leluasa fitnah di era kini jika tidak bijak menangkisnya setiap fitnah yg dilontar akan membaham mangsa yg difitnah...nampaknya sikap berdiam diri tika difitnah n mengharapkan kebenaran menjelaskan xboleh dipakai lagi...perlu berusaha sedikit menghadang n menolak fitnah ini dgn bijak...tq dik ANAK KUALA.

      Delete
  12. artikel yang inspiratif...trimakasih untuk artikel yang sangat bermanfaat ini :)

    ReplyDelete
  13. YEKE..Terimakasih kepada penulis asalnya...kak sekadar mengongsinya saja...tq Jagad Kawula.

    ReplyDelete
  14. Mekasih atas perkongsian kak. Memang patut beli diri klo difitnah.

    ReplyDelete
  15. ya sama2..betulu tu jaga diri dari angkara fitnah...tq Fiza Rahman.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist