بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


KENALAN BARU.

“Hai Murni nak ke mana tu? Marilah singgah sini dulu!” Tanya Hanisah sambil tangannya melambai ke arah seorang gadis yang sedang meredah panas terik mentari di tengah rembangnya.
“Saya nak ke rumah kak Ani mak cik,” sahutnya seraya mematikan langkahnya di tubir jalan.
“Marilah singgah dulu. Mak cik pun bercadang nak ke rumah Ani juga bila hari dah redup sikit…” Murni melangkah memasuki halaman rumah Hanisah dari jalan utama yang bertanah merah berbatu kerikil halus, untuk memenuhi pelawaan Hanisah kepadanya. Hasrat hatinya diundurkan seketika..
“Mu ni berjalan tengah panas tak bawa payung, tak takut hitam ko. Tak sayangkan kulitmu yang putih tu di makan matahari?”
“Mak cik ni ada saja. Saya dah biasa macam ni mak cik. Dah mempam dengan sinar matahari…” Sahutnya langsung tidak kisah dengan teguran mak cik itu.
“Mu tu muda lagi Murni. Jangan biarkan dirimu selalu terdedah pada cahaya matahari nanti kulitmu terbakar dan cepat berkedut. Masa kita muda tak nampak lagi kesannya. Tunggulah bilamu berumur sikit…”
“Oh begitu! Saya pun tak tahu mak cik. Sejak kecil sampai dah besar macam sekarang saya memang suka berjemur panas. Berlari ke sana ke sini membuat kerja membantu mak ayah di rumah dan di kebun…” Sahut anak kelahiran Melaka itu dengan ramah dan petah
Suara bualan di antara kedua-duanya lantas ke pendengaran Aisyah di biliknya. Hatinya dikait duri pertanyaan ingin segera mengetahui siapakah orangnya yang berlawan bicara dengan emaknya itu.
Perlahan-lahan dia bangun daripada pembaringan, membiarkan Hanif yang tidur dengan amat lena sekali di sisinya. Barangkali dirinya terlalu keletihan kerana aktif berkejar-kejaran dengan abangnya pagi tadi.
Dirinya dibawa melepasi ruang biliknya hingga ke beranda kecil empat persegi yang di lengkongi dengan kayu-kayu beluti yang di bina menurut rekayasa format arkitek yang serupa bagi setiap rumah peneroka.
Kehadirannya di sambut dengan senyuman kedua-dua wanita yang asyik berbeka di situ kerana masing-masing menyedarinya.
“Mak ingat tadimu tidur dengan adikmu.”
“Saya tak tidur. Cuma baring sambil membaca. Hanif yang tidur ralit.”
“Iyalah. Penat sangat bermain-main saja tadi agaknya...”
Murni memanah tepat pandangannya ke dalam kolam mata Aisyah dan menyeluruhi wajahnya. Hatinya kepingin sekali berkenalan dengan gadis yang pertama kali bertemu mata dengannya itu. Tetapi segan pula hendak memulakan pertanyaan. Jikalau diinginkan sesuatu kepastian tentulah ia perlu bertanya.
Pandangannya dialihkan pula kepada Hanisah. Sebelum sempat ia membuka mulut bertanyakan sesuatu tentang sesuatu yang terbuku menyimpul maksud itu, Hanisah terlebih dahulu telah memperjelaskannya. Justeru ia faham maksud yang terselindung di sebalik sorotan mata yang bening itu.
“Ini anak mak cik Aisyah. Dia baru sampai pagi tadi bersama dengan Harun dan Ani…”
“Anak mak cik rupanya. Sekali pandang pun orang dah tahu ini anak mak cik. Sebabnya rupanya sebiji macam mak cik…” Ujarnya disusuli tawanya.
“Mu ni Murni ada saja. Suka nak bergurau...”
Aisyah bersalaman dengan Murni. Yang tersenyum manis menyambut tangannya. Nampaknya dia akan lebih gembira di sini kerana telah mendapat seorang kawan yang diharapkan dapat menemani kesunyiannya.
“Mu berdua dah berkenalan. Jadi Murnimu berkawanlah dengan anak mak cik ni baik-baik ya. Aisyah pun belum kenal siapa-siapa lagi di sini. Kecuali Ani dan Harun.”
“Murnipun sedang tunggu keputusan SPM macam sayakah?” Tanya Aisyah memulakan bicara sebuah perkenalan baru.
“Tak. Saya dah lama tak sekolah. Sekolah pun setakat darjah enam jer. Ramai juga kawan-kawan yang se baya saya yang tak bersekolah lagi.Tak tahupun SPM tu apa,” ujarnya sejujurnya, ikhlas lagi berterus-terang.
“Hem…” Aisyah terangguk-angguk kecil. Pada pengamatan Aisyah gadis itu pastinya masih muda. Lebih muda usianya daripadanya. Ketara raut wajahnya menggambarkannya.Tetapi kenapa sudah tidak bersekolah? Apa masalahnya? Ruginya. Hatinya bermonolog sebal.
Barangkali kerana jarak sekolah yang jauh dari kampung menjadi masalah utama. Aisyah membuat kesimpulannya sendiri. Ia mengimbau cerita adiknya tentang permasalahan itu kepadanya tika hasratnya untuk berpindah dan bersekolah di sini disuarakannya. Kini mulai ia mengerti mengapa hasratnya di tolak ahli leluarganya.

“Mak cik nak ke mana pula.” Tanya Murni tatkala melihatkan Hanisah mulai berkisar duduk dan mula bangun.
“Ke dalam semetar. Mu berbuallah dengan Syah,”sahut Hanisah, tidak bertangguh lagi memulakan langkah menuruti gerak hatinya.
“Murni buat apa sekarang?”
“Tak ada buat apa-apa. Pagi-pagi pergi kerja kawin bunga di ladang sawit. Dan tolong mak ayah di rumah bila dah pulang…”
Jawapan yang diberi Murni kepadanya menimbulkan minat yang mendalam untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci selanjutnya. Dan ia bertanya lagi.
“Berapa upahnya kerja kawin bunga tu? Banyakkah?”
“Tak mahalpun upahnya, dua ringgit sembilan puluh sen jer. Tapi bila dikumpul dalam se bulan banyak juga hasilnya. Dapatlah beli kain baju yang kita suka. Sebab tiap-tiap bulan pada hari kita menerima gaji ada pekan sari (se hari) yang menjual macam-macam barangan keperluan.
Kalau ada duit tentu seronok dapat membeli apa yang kita suka. Jika tak berkerja, sapa nak bagi kita duit, nak beli semua tu. Nak harapkan emak ayah, mereka pun susah. Alamatnya hanya melopong memandang,” sahut Murni menjelaskan duduk perkara yang sebenar.
Aisyah begitu tertarik mendengar penerangan Murni yang bersahaja itu tentang kerjanya, tentang pekan sehari yang belum pernah dia lihat dan hadiri. Benar sekali apa yang Murni katakan itu pada penerimaannya..
Perlu berkerja untuk mendapatkan wang buat menampung keperluan diri tanpa menyusahkan ibu bapa yang ternyata amat kekurangannya. Lagipun selain menolong diri sendiri dapat juga membantu meringankan bebanan hidup kedua-dua ibu bapanya. Demikian yang terlintas di fikiran Aisyah.
“Susah tak kerjanya?”
“Tak susah. Tak penat pun. Belum pukul sebelas dah siap kerja dan boleh balik.”
“Bagaimana kerjanya?”
“Senang saja kerjanya, Macam kita sembur debu ke bunga. Tapi, ini debu yang di sediakan pihak pejabat LKTP di sini. Debu itu dimasukan ke dalam alatan penyembur dan disemburkan pada bunga-bunga sawit yang mula berkelopak. Sebab itulah dikatakan kawin bunga kot. Entahlah saya pun tak berapa faham. Saya hanya buat kerja yang disuruh…”
Aisyah mulai memahami bahawa apa yang dilakukan Murni itu adalah proses pendebungaan secara bantuan untuk mempercepatkan bunga agar segera bertukar menjadi buah. Jikalau mengikut secara alami tentulah lambat sedikit hasilnya.
“Masa kerjanya panjangkah?”
“Tak lama mana. Selepas subuh kita pergi roll call ambil nama. Kemudian naik lori treler ke kebun sawit yang di tentukan. Kadang kena masuk kawasan belok A. lepas tu belok B dan seterusnya, mengikut arahan dari pegawai ladang...”

Informasi yang menjengah mindanya buat kali pertama menjadikannya sangat prihatin sehingga tidak mahu ketinggalan walau satu frasa. Akhirnya terangguk-angguk tanda memahaminya.

18 comments - "SEBUAH VERSI CHINTA BAB 12..SAMBUNGAN."

tatamor delete icon 7 April 2014 at 10:26

pintar membuat cerita juga ya

Sylarius Yusof delete icon 7 April 2014 at 10:54

Kerja pendebungaan kelapa sawit ni, kalau secara natural ada spesis kumbang ni memang aktif waktu pagi-pagi yang akan hinggap dari satu pokok ke satu pokok. Kira kumbang ni, agen pendebungaan bagi pokok kelapa sawit jugaklah. Apa nama kumbang ni, saya pun dah tak ingat dah. Hehe

paridah delete icon 7 April 2014 at 11:24

suka2 saja tatamor tq..

paridah delete icon 7 April 2014 at 11:29

ya sekarang ni dh xguna proses pendebungaan bantuan ni...mungkin sbb benih2 sawit baru ni mudah didebunga secara alami dgn unsur2 spt kumbang kecil ni..tq Sylarius Yusof.

Kakzakie delete icon 7 April 2014 at 11:30

Agak-agak Aisyah pun ikut Murni kerja di ladang itu ke?
Kakak ni bila baca sikit-sikit tak sabar nak tahu cerita selanjutnya hihi...

babYpose delete icon 7 April 2014 at 12:15

Oh jangan terdedah pada panas ek, kesan masa tua ke, saya suka berjemur tepi pantai, risau pulak :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 7 April 2014 at 12:54

tentu menarik pengalaman membuat pendebungaan kelapa sawit itu ya..

Fiza Rahman delete icon 7 April 2014 at 13:56

Cepatlah sambung,,,hehehe...

paridah delete icon 7 April 2014 at 14:25

mungkin aisyah ikut kot...sabar ya utk ikuti sambungannya..kakzakie terima kasih banyak.

paridah delete icon 7 April 2014 at 14:29

ya benar tu jgn terlalu mendedahkan wajah pada pancaran matari...kulit akan kering n cepat berkedut...kan dh dpt ilmu secara x sengaja....tq babYpose.

paridah delete icon 7 April 2014 at 14:32

pengalaman anak2 remaja kat felda suatu ketika dulu...tq Mizz Aiza.

paridah delete icon 7 April 2014 at 14:37

tentu minggu hadapan disambung lagi....tq Fiza Rahman.

Kesuma Angsana delete icon 7 April 2014 at 14:43

bertambah menarik jalan ceritanyer akak !

paridah delete icon 7 April 2014 at 15:13

yeke kisah biasa2 yg retrospektif.....tq Kesuma Angsana.

Dwi Alfina delete icon 7 April 2014 at 15:32

ceritanya menarik sist :)

paridah delete icon 7 April 2014 at 17:32

yeke terima kasih banyak Dwi Alfina...ikuti sambungannya ya...

Aku Penghibur delete icon 7 April 2014 at 18:29

wahh menarik nie.. nanti ada sambungan kena bagitahu acik nie ^_^ berjemur mcm kulit acik cepat gelab hahha

paridah delete icon 7 April 2014 at 18:37

yeke...acik klik saja labels NOVEL SEBUAH VERSI CHINTA kalau terlepas sambungannya ya...jangan terlalu terdedah kpd panas mentari masa muda2 ni acik nanti kulit lebam....tq acik Aku Penghibur.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”