بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum....

Dumm!!! Berdentum pintu bilik ditutup. Amarahnya tidak terkawal. Entah kenapa saranan ibunya itu membuatkan hatinya naik baran. Bukan ibunya tidak mengenali lelaki yang pernah diperkenalkan kepadanya. Namun ibunya tetap menolak. Kata ibu, kalau benar-benar Azmi mahu mengahwini Liya, bekerjalah dahulu.

Buktikan dahulu kemampuan menanggung Liya, bukan sebaliknya pula. Tapi bagi Liya, dia tak kisah semua itu. Gajinya dah cukup besar. Sebagai seorang pegawai bank, Liya merasakan dia mampu untuk menanggung keluarga. Tak kisahlah kalau Azmi tidak bekerja pun.

“Liya, tanggungjawab suami ialah memberi nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga. Tanggungjawab suami juga memimpin isteri dan keluarga. Bukan perempuan yang perlu menanggung suami.

Bertanggungjawablah sebagai seorang lelaki. Jangan terlalu mengharapkan duit isteri. Suami adalah ketua keluarga dan sepatutnya dia menjadi contoh kepada keluarganya. Kalau dia sendiri tidak bekerja, contoh apakah yang hendak dia tunjukkan kepada anak-anak nanti?" kata ibu menasihati Liya.

Liya bungkam. Baginya, ibu tidak pernah untuk memahaminya. “Ibu tak pernah halang Liya berkahwin dengannya tapi dengan syarat, Azmi perlu ada pekerjaan terlebih dahulu," tegas ibu memberikan syaratnya.

Ternyata nasihat ibu, Liya tolak ke tepi. Jalan singkat diambil. Liya keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibunya. Kini, telah setahun Liya tidak menjenguk ibunya.

Hati ibu mana yang tidak resah, anak perempuan tunggalnya tidak lagi mahu menziarahinya. Kini, ibu tua itu tinggal bersendirian di rumah, apa lagi diri berstatus balu. Ada kala air mata menitis bila kerinduan melanda. Malah si ibu tidak pernah putus berdoa agar Liya kembali ke rumah.

Suatu hari ketika di surau seusai solat Isyak, seorang ustaz menegurnya. “Kakak nampak macam ada masalah. Sekiranya kakak memerlukan bantuan, beritahulah saya. Saya ada anak-anak tahfiz yang mungkin boleh membantu kakak untuk bersama-sama berdoa agar masalah kakak dapat diselesaikan. Sekolah tahfiz saya, nun di selekoh sana," ujar ustaz tersebut sopan.

“Tak apalah ustaz. Terima kasih atas bantuan ustaz," kata si ibu menolak kerana khuatir masalahnya akan diketahui orang. Ditakdirkan, si ibu pergi menziarahi adiknya yang hendak menunaikan umrah. Selesai majlis, adiknya bercerita. “ Zah, aku mimpi. Liya telefon aku, minta tolong doakan," kata adiknya.
Berderau darahnya. Sudah dua orang yang ditemui yang berhasrat untuk membantunya berdoa bersama-sama. Walhal, si ibu tidak menceritakan hal tersebut kepada sesiapa pun, hatta kepada adiknya sendiri! Hatinya runsing. Petunjuk apakah yang Allah hendak berikan kepadanya? Dia nekad berjumpa kaunselor dan mengadu akan halnya.

Sebak! Sukar untuk ibu meneruskan penceritaan masalah yang dihadapi. Senyap seketika. Lama dia menarik nafas untuk meneruskan kata-kata. Namun tidak berdaya. “Puan dah cuba meminta orang lain mendoakan untuk anak puan? Ada kalanya permintaan akan termakbul menerusi doa orang lain," ucap kaunselor menenangkan Azizah. Dia tersentak seketika. “Benar ustaz. Apa yang ustaz cakap tu mungkin betul," kata Azizah sambil menceritakan dua peristiwa yang dialaminya itu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.m

18 comments - "PULANGLAH LIYA.."

Kakzakie delete icon 21 April 2014 at 12:29

Sedihnya ibu yg punya anak begini. Kakak ngeri dan takut sebab kakak punya 3 anak dara yg perlu diasuh dan dididik. Environment sekeliling sukar diramal. Sekarang sering kita disuguh isu begini.. Moga tidak terjadi pada kita...

Dwi Alfina delete icon 21 April 2014 at 14:06

semoga tidak terjadi pada kita ya kak :)

paridah delete icon 21 April 2014 at 14:31

kita selalu risaukan anak2 kita yg kita asuh sempurna untuk menjaga kemasylahatan kita suatu masa nanti...doakan yg terbaik saja utk anak2 kita tu...insya Allah....tq Kakzakie.

paridah delete icon 21 April 2014 at 14:32

insya Allah mudah2an kita x diuji seberat itu...tq Dwi Alfina.

Kesuma Angsana delete icon 21 April 2014 at 15:24

dugaan & ujian dari Allah swt siapa yg menduga kan kak

Sylarius Yusof delete icon 21 April 2014 at 16:06

Sekarang ni, dah makin ramai golongan lelaki yang rela sara hidup keluarga ditanggung oleh isteri. Makin hilang sifat kemachoan lelaki jika isteri yang tanggung hidup.

Fiu S delete icon 21 April 2014 at 16:59

bagaimanapun orang tua sudah banyak makan garam.... selagi yg disarankan orang tua belum menyimpang dri syariat islama... knp tidak kita ikuti... :)

paridah delete icon 21 April 2014 at 17:12

ya kita cdpt lihat masa depan kita n bagaimana percaturannya...tq Kesuma Angsana.

paridah delete icon 21 April 2014 at 17:18

lelaki sejati tentu xmahu begitu...tapi ada juga lelaki yg ingin hidup mudah kerana kasih sayang wanita yg terlalu ingin mendampingi mrk...tq Sylarius Yusof.

paridah delete icon 21 April 2014 at 17:23

betul tu org tua jauh berpengalaman dlm soal hidup n mrk berpandangan jauh...harus ikuti nasihat baik mrk...tq Fiu S.

acik idah delete icon 21 April 2014 at 17:59

Ermm... minta dijauhkan dari keluarga kita...

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 21 April 2014 at 19:00

cantik kucing...

Febri Gamesoft - www.mas-feb.com delete icon 21 April 2014 at 19:36

ceritanya bagus

paridah delete icon 21 April 2014 at 21:33

cerita ibu n anak...tq Febri Gamesoft.

paridah delete icon 21 April 2014 at 21:35

yes ibu kucing n anak yg disayanginya...tq Muhammad Khairuddin Lim...

paridah delete icon 21 April 2014 at 21:36

insya Allah idah..kita doakan yg baik2 saja..tq acik idah.

Yun Sing delete icon 21 April 2014 at 21:49

Ibu tahu yang terbaik untuk kita :')

Wewengkon Sumedang delete icon 21 April 2014 at 21:53

semoga ujian seperti ini tidak terjadi pada diri kita ya

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”