Thursday 3 April 2014

NOSTALGIA PILU PAK ENGKU..

ASSALAMUALAIKUM..

KISAH DALAM LAGU

Bagi aku lagu adalah santapan jiwa! Lagu menceritakan tentang kehidupan 
kita, dulu dan sekarang. Lagu mengembalikan nostalgia hidup yang pernah
kita lalui sewaktu-waktu duhulu. Kisah suka duka sebuah penghidupan. Dan 
bila dikenangkan kembali, bisa membuat kita tersenyum, ketawa atau mungkin menangis hiba.
PIC GOOGLE.
Dalam banyak-banyak lagu yang menceritakan tentang peristiwa kehidupan
aku yang telah lama berlalu ialah lagu, "Di Mana Kan Ku Cari Ganti'! Lagu
dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Lagu ini memberikan kesan yang mendalam di dalam hidup aku ini. Walaupun peristiwa atau tragedi ini terjadi
hampir 45 tahun yang lalu, kenangan ngeri dan sedih itu tidak pernah terluput
dari ingatan hingga kini. Setiap kali aku mendengar lagu ini, hati aku jadi pilu, sebak dan hiba. Dan ada ketikanya air jenih dari kelopak mata ini akan menitis membasahi
pipi ku.

Ia suatu kisah yang amat menyayat hati antara aku dan buah hati aku Siti Aishah Hj Jamil. Dia seorang gadis yang kecil molek, berkulit putih kuning dan berperwatakan amat lembut. Dia dalah bakal tunangan aku. Ketika itu kami sama-sama berusia dalam lingkungan 21 tahun. Dia teman sekuliah aku di maktab. Pada mulanya kami hanya kawan biasa sahaja. Namun pada tahun ke dua pengajian di maktab, kami jatuh cinta. Kami berjanji akan sehidup semati bersama! Dan bermulalah episod indah dalam hidup aku dan dia. Kami menjadi sepasang merpati dua sejoli.


Bagaikan belangkas! Keman saja pergi, sering berdua. Tiada hari yang tiada keindahan di dalam hidup kami pada waktu itu.

Di tahun akhir pengajian kami di tempatkan di satu sekolah yang sama untuk menjalani latihan praktikal mengajar. Kemana sahaja pergi, ke sekolah atau bersiar-siarn kami tetap berdua. Dia begitu setia membonceng motor skuter Vespa ku
walau ke mana aku pergi.

Dan pada suatu hari, 14 Jun 1969, lebih kurang pukul 5.15 petang, aku dan dia kemalangan jalanraya. Waktu itu kami di dalam perjalanan pulang dari Port Dickson.
Impak dari kemalangan itu, buah hati aku tercampak dari motor skuter ku. Kepalanya terhentak ke batu tanda jalan. Aku sedikit pun tidak cedera.
Aku pangku kepalanya di tepi jalan itu. Darah keluar membuak-buak dari mulutnya. Darah juga keluar dari lubang hidung dan telinganya. Dia sudah tidak bersuara lagi.
Aku meraung ketika itu memanggil namanya. Aku seka darah yang membuak-buak keluar dari mulutnya ketika itu.

Dalam seribu kekalutan itu aku dapat menahan sebuah teksi untu membawa dia ke hospital. Di dalam perjalanan itu, aku pangku kepalanya. Sesampai di hospital dia di letakkan diwad ICU. Sepanjang satu hari dan dua malam itu, dia di dalam keadaan koma. Setiap masa aku ada menungguya di luar wad ICU itu. Namun, di pagi yang dingin, jam 5.15 pagi, 16 Jun 1969, aku dikejutkan oleh jururawat yang mengatakan
bahawa buah hati aku sedang nazak. Aku bergegas masuk ke dalam wad. Tidak sampai lima minit aku di situ, doktor memberi tahu aku, buah hati aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Telah kembali menghadap Tuhannya! Terasa runtuh dunia ini bila aku mendengar kata doktor itu. Air mata merembes membasihi pipi ku tiada hentinya.

Bermula dari saat itu, hidup aku telah berubah. Keceriaan hidup aku punah.
Setiap hari akan putarkan lagu ini, "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" melalui alat
pemain rekod atau 'record player'. Satu hari, sampai berpuluh-puluh kali aku putarkan lagu ini. Tidur ku sudah tidak pernah lena. Sering terjaga di waktu malam akibat trauma, tragedi yang menimpa. Selepas hampir enam bulan aku berkeadaan begitu, ayah ku membawa aku berubat secara tradisional dengan seorang alim ulama. Allah makbulkan doa ayah dan ibu ku, dan aku kembali normal. Namun, kenangan itu tak dapat dipisahkan dari hidup hingga kini.

Hampir sepuluh tahun aku menyimpan baju blaus merah jambu dan skirt putih yang dia pakai sewaktu kemalangan. Aku basuh skirt dan blaus yang berdarah itu. Aku lipat baik-baik dan aku simpan di dalam almari baju ku di rumah. Selepas sepuluh tahun berlalu peristiwa kemalangan, ibuyang amat aku sayangi meminta aku membakar baju itu. Dia kata, "Sudah 10 tahun kau simpan baju itu. Cukuplah. Pergilah bakar baju tu." Aku akur dengan permintaan ibu kesayangan ku ini.

Kini, walaupun sudah hampir 45 tahun berlalu, aku masih pergi menziarahi pusaranya di tanah perkuburan Makam Tuan Hj Said, di Seremban bila berkesempatan. Akan aku sedekahkan Al Fatihan atau bacaan Yassin untuknya.
Aku sering berdoa agar Allah akan mengampunkan segala dosa-dosanya, meletakkan dia bersama-sama orang-orang yang soleh, orang-orang yang beriman dan orang-orang yang Dia kasihi. Amin Ya Rabbul Alamin.

Benar seperti apa yang diceritakan dalam lagu "Di Mana Kan Cari Ganti". Hingga kini, bagi ku tiada pengganti yang serupa dengannya. Aku akur. Aku pasrah. Dan aku reda. Hidup kita adalah di bawah ketentuan Ilahi. Takdir menentukan segala-galanya. Walau sudah hampir 45 tahun berlalu, namun masih aku tersa seperti semalam berlakunya. Aku titipkan lirik lagu sendu ini, yang senikatanya menceritakan keadaan sebenar hidup ku di waktu itu dan hingga sekian lama.

DI MANA KAN KU CARI GANTI, SERUPA DENGAN MU
TAK SANGGUP KU BERPISAH, DAN BERHATI PATAH
HIDUP GELIASAH...

ALANGKAH SEDIH RASA HATI, SELAMA KAU PERGI
TINGGAL KU SENDIRIAN, TIADA BERTEMAM
DALAM KESUNYIAN...

DUNIA TERANG MENJADI GULITA
CAHAYA INDAH TIADA BERGUNA
KELUHAN HATI KU MENAMBAH DERITA
NAMUN KAU JUA TAK KUNJUNG JELMA...

DI MANA KAN KU CARI GANTI, MUNGKINKAH DI SYUGA
UNTUK TEMAN KETAWA, MENANGIS BERSAMA
SELAMA-LAMANYA...

Andai kata kalau boleh diputarkan ke belakang detik waktu ini,aku akan
pasti kembali ke pangkuannya... Namun, seperti kata Jay Jay dalam lagunya
"Rindu Bayangan"...

APALAH YANG HENDAK DIKATA
SUDAH SURATAN TAKDIR MENENTUKAN.....

Hampir 45 tahun aku merindukan bayangannya!

12 comments:

  1. "Di Mana Kan Ku Cari Ganti'!..
    one of my faverote sog sis :P
    klikx4

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lagu P.Ramlee yg sgt bermakna n nostalgia sekali ramai yg menyukainya..tq sobri rajin klik4..banyak tu.

      Delete
  2. memang susah cari pengganti kalau hati sudah tertambat pada satu hati ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sukar tu...biasanya yg patah pasti tumbuh...tapi yg tumbuh xsama dgn yg patah kan...tq Wewengkon Sumedang.

      Delete
    2. eh..yahya ni setuju saja ya...tq Yahya Doank.

      Delete
  3. di mana kan ku cari ganti.. terasa sedih bila membayangkan apa yang terjadi.. namun, hidup harus diteruskan dan tidak boleh membiarkan kesedihan itu kekal dalam diri..

    ReplyDelete
  4. tragedi pilu pengalaman hidup pak engku kan..bukan senang hendak menghadapi insiden menyayat hati begitu...tapi hidup perlu diteruskan walau hati terkenang-kenang n merobek perasaan....tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  5. terasa pilunyer membaca n3 ni kak.. kenangan pahit yg perlu kita telan utk teruskan kehidupan kan. Nuffnang utk akak !

    ReplyDelete
  6. ya pengalaman pilu hidup pak engku yg dikongsi dlm wall fbnya..walau pahit kenangannya tetap xlepas drpd ingatan...tq :Kesuma Angsana rajin menabung utk kak...

    ReplyDelete
  7. Sayu pulak hati bila membacanya sebab walau kisah dah terlalu lama namun kasihnya masih kejap lagi.. susah nak cari lelaki macam ini kan..

    ReplyDelete
  8. YA Pengalaman hidup kita berbeza-beza hanya yg kuat n tabah spt pak engku diuji seberat itu...kalau kak ni entahlah...kehilangan yg tersayang dlm tragedi berdarah sedih amat....tq Kakzakie.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist