بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

SYAIR PANTUN BERENDOI...

Ana anak kedua jiranku yang di kiri baru saja melahirkan anaknya yang ketiga seorang putera. Masih lagi belum habis masanya berpantang tapi sudah mahu pulang ke rumahnya dan suami di KL. Dan emak/bapanya pun berusaha mengatur majlis cukur rambut, berendoi dengan dimulai bacaan yasin dan tahlil jiran-jiran yang memenuhi undangan.

Majlis sebegini memang sering diadakan di sini juga di tempat lain tentunya...

Aku tertarik sungguh dengan syair/pantun berendoi yang indah dilagukan. Rasanya aku terlewat mengetahuinya. Dan aku catatkan di sini syair itu untuk dikongsi bersama betapa indahnya sebuah sastera lama.

Bismillah itu permulaan nama
keadaan zatnya bersama-sama
menzahirkan zat menyatakan asma
khadim dan taat sedialah lama

Wahai segala anaknya Adam
asal dan Wahi Nurul khatam
dipecahkan empat zahirnya Adam
dipecahkan pula sekelian alam

Rahim bapamu turun ke ibumu
empat puluh hari Nutfah namamu
lapan puluh hari alakah Alakah namamu
seratus dua puluh hari Masfah namamu...


SYAIR/PANTUN BERENDOI...2

Kenapa kutulis syair dan pantun seganding? Syair tentulah syair yang formatnya empat kerat dengan bunyi ritma ujung sama vokalnya. Pantun pula formatnya ada pembayang dan maksud. Sebabnya skrip yangku pinjam daripada kumpulan berendoi itu tajuknya PANTUN BERENDOI.  Formatnya padaku adalah syair. Ah! Tak perlu dikisahkan semua itu. Kita nikmati saja bait-baitnya yang amat indah lagi bermakna ini.

Empat bulan sampailah tuan
sudah menjadi kaki dan tangan
cukuplah dengan sifat sekalian
nyawanya belum lagi didatangkan.

Sampailah sudah saat dan waktu
datanglah nyawa lalu bersatu
di dalam tubuh tempatnya itu
hawa dan nafsu sudah berlalu.

Dikandungkan ibumu sembilan bulan
lebih dan kurang tiada ditentukan
melahirkan dikau beberapa kesakitan
beberapalah pantang minum dan makan.

Tatkala engkau jatuh ke lantai
dengan segera bidan mencapai
sudah dimandikan lalu dipakai
tinggallah ibumu lemah gemalai.

Sudah dipakaikan lalu diqamat
mintalah doa supaya selamat
ingatlah pesan nabi Muhammad
di atas dunia beramal ibadat...

Wahailah anak janganlah engkau bantah
dizahirkan engkau amatlah susah
dialih ke kiri kanan pun basah
habis berlumur kencing dan muntah

YA ALLAH MALIKUL ADZAH
BUDAKNYA INI BESARKAN TUAH
SIANG DAN MALAM MAKIN BERTAMBAH
SEHINGGALAH SAMPAI IA BERPINDAH

WAHAILAH ANAK KAMI DODOIKAN
ENGKAU INI KAMI DOAKAN
UMUR YANG PENDEK MINTA PANJANGKAN
REZEKI YANG HALAL MINTA MURAHKAN

YA ALLAH MALIKUL ADZABI
BUDAK NYA INI MURAHKAN REZEKI
SEJUKKAN BADAN TERANGKAN HATI
LIMPAHKAN MAKMUR SEHARI-HARI

YA ALLAH MALIKUL JABAR
BUDAKNYA INI CEPATLAH BESAR
JAUHKAN DARIPDA PERKARA MUNGKAR
DARI KECIL SEHINGGA BESAR

YA ALLAH MALIKUL AZATI
BUDAKNYA INI TETAPKAN HATI
MINTA KURNIAKAN PANGKAT YANG TINGGI
DI DUNIA AKHIRAT BEROLEH TERPUJI.

Hebatnya senikata lagu nazam kita boleh dinyanyikan pada sambutan birthday sebagai doa juga.

13 ulasan - "NAZAM AYAH IBU..."

Yun Sing delete icon 26 April 2014 10:35 PTG

Sangat bermakna pantun tu :)

Fiu S delete icon 26 April 2014 11:54 PTG

waaaaah..... sy pling suka nak baca-baca pantun ..... hehehehe

BUNDA delete icon 27 April 2014 10:00 PG

Kumpulan yassin bunda pun ada jgk acara macam ni...dan lagu pantun berendoi yg menyentuh hati ...
Dah lama jgk bunda tak ikuti majlis macam ni...

paridah delete icon 27 April 2014 10:57 PG

ini adalah lagu nazam yg dinyanyikan ibu-ibu dlm acara berendoi meraikan kelhiran seorang anak...tq Yun Sing.

paridah delete icon 27 April 2014 10:59 PG

pantun puisi lama yg indah...tq Fiu S

paridah delete icon 27 April 2014 11:03 PG

selalunya didahului majlisnya dgn bacaan yassin, berselawat nabi n baru menyanyi nazam...pantun nazam mmg indah n amat seni susunan bait2nya...tq BUNDA.

Yun Sing delete icon 27 April 2014 12:48 PTG

Ooh.. camtu ea.. baru tau :) Thanks for the info~

paridah delete icon 27 April 2014 1:33 PTG

gitulah adat lama sastera rakyat....tq

Yobert Parai delete icon 27 April 2014 3:32 PTG

Puisinya bagus Mbak Paridah :)

paridah delete icon 27 April 2014 5:37 PTG

ya puisi lama yg indah...tq Yobert Parai.

ANAK KUALA delete icon 27 April 2014 9:32 PTG

Kak...kalau kat tempat saya semasa buai tu ditarik..zikir tu oleh pihak lelaki...jarang sekali saya jumpa org perempuan yg memaikan poeranan seperti dlm gambar gambar ni

paridah delete icon 28 April 2014 10:34 PG

yeke...kalau dikampung2 tradisi adatnya mmg begitu..tapi di felda kebanyakan peranan gitu dilakukan oleh ibu2 rumahtangga...bermarhaban, berselawat, berendoi dah jadi kewajipan mrk meraikan majlis tersebut...tq ANAK KUALA.

Kesuma Angsana delete icon 28 April 2014 2:23 PTG

seronoknyer,, penuh adat tradisi yang tak laput di zaman yer kak !

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”