بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SEBELUM BERAKHIR CUTI PERSEKOLAHAN PADA HUJUNG MINGGU LEPAS, ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU MEMBAWA TOKNYA BERJALAN-JALAN KE UTARA.

DARI KL KE UTARA TENTULAH MELALUI LEBUHRAYA PLUS KE IPOH DAN SETERUSNYA. MULANYA MENEMPUHI SEDIKIT WILAYAH SELANGOR. CUACA YANG TERLALU PANAS MENYEBABKAN HUTAN-HUTAN KECIL DAN SEMAK SAMUN YANG MELITUPI BUMI BANYAK YANG TERBAKAR.

MEMASUKI NEGERI PERAK BERMULA DI TANJUNG MALIM, MELALUI SUNGKAI, SLIM RIVER, TAPAH KE GOPENG, PEMANDANGANNYA SAMA SAJA. SENTIASA DITEMUI HUTAN-HUTAN KECIL YANG DULUNYA SEGAR MENGHIJAU KINI KERING DIBAKAR API. SEDIH JUGA MELIHAT POKOK-POKOK YANG DILANDA MUSIBAH KEMARAU INI.

SETELAH SAMPAI DI R&R SG.PERAK BERMAKNA SEPARUH PERJALANAN TELAH DILALUI MELEPASI IPOH. BERHENTI SEBENTAR DI R&R BUKIT GANTANG, BEREHAT MAKAN-MAKAN.

PERJALANAN DITERUSKAN MENUJU TAIPING, MELEPASI NEGERI PERAK MEMASUKI NEGERI PULAU PINANG PULA. SAMA SAJA KEADAANNYA DI SG.BAKAP HINGGA KE SEBERANG PRAI. POHON-POHON BANYAK YANG KERING TIDAK BERMAYA DAN DAUN-DAUN GUGUR KE KAKI POHON. DI PINGGIR JALAN KELIHATAN KEBUN PISANG YANG LUAS TELAH KERING SEPENUHNYA...POHON-POHON JATI YANG DULUNYA BERDAUN LEBAT KINI TINGGAL SEHELAI DUA DAUNNYA SAJA.
PIC GOOGLE

KAWASAN INDUSTRI PRAI YANG KETARA SIBUK DILALUI MENUJU BUTTERWORTH DAN MELIHAT DARI JENDELA KERETA PAPAN TANDA ARAH JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG. AGAKNYA DAPATKAH MELALUINYA DALAM PERJALANAN PULANG  NANTI? HMM..

TIDAK LAMA LAGI PASTI SAMPAI KE DESTINASI SETELAH BAHAGIAN PULAU PINANG YANG BERSEMPADAN DENGAN KEDAH IAITU KUALA MUDA DILEPASI. HARI MASIH TERANG BENDERANG WALAU PETANG SEMAKIN BERHUJUNG..

SUNGAI PETANI UTARA DAN SELATAN SUDAH DITINGGALKAN. KINI BERHENTI MEMBAYAR TOL TERAKHIR DI GURUN. DARI GURUN MELALUI JALAN SUSUR KE GUAR CHEMPEDAK....DAH PUN SAMPAI DI KAKI GUNUNG JERAI.
PIC GOOGLE

PENAT SUNGGUH DILAMBUNG PERJALANAN. TAPI MALAM INI ADA LAGI PROGRAM YANG DIATUR ANAK-ANAK UNTUK EMAK MEREKA YANG SAKIT INI. SETELAH MAKAN DI PEKAN GUAR, BEREHAT DI HOMESTAY MELEPAS LELAH KE SUNGAI YEN KECHIL PULA BERTEMU PAK JANG UNTUK BERURUT KAKI.

TIGA KALI BERULANG URUT DENGAN PAK JANG TERASA SAKIT DI KAKI SEMAKIN BERKURANGAN. MUNGKIN SEBAB PAK JANG TU BAPA SAUDARA PI DAN SATU KETURUNAN PULA ALLAH MENGIZINKAN KESEMBUHAN PI.

SEBELUM PULANG KE KL PERLU JUGA MENZIARAHI SEPUPU DI PEKAN SG.YAN. SEPUPU PI BANGCIK. SEDAPNYA MENJAMU SELERA MAKAN TENGAHARI DENGAN LAUK-LAUK IKAN SEGAR DARI LAUT DIMASAK ISTERI BANGCIK YANG RAJIN MELAYAN KUNJUNGAN SAUDARANYA DARI JAUH NI...JAUH SANGATLAH TU..HEH..HEH..

KENYANG SUDAH...TAPI LANGKAH TIDAK TERHENTI DI SINI SAJA. BANGCIK MENEMANKAN KAMI KE PAUH YAN BERTEMU MAKNGAH DAN PAKNGAH. KELIHATANNYA MAK DAN BAPA SEDARA PI AGAK UZUR SEDIKIT. TAPI CERIA SEKALI MENYAMBUT KEDATANGAN KAMI.

SUASANA DUSUN DI KAKI GUNUNG JERAI INI JUGA TIDAK TERLEPAS DARIPADA BAHANA KEMARAU. KATA SEPUPU YANG KEBETULAN ADA PULANG DARI SEREMBAN MENJENGUK EMAK AYAHNYA SETIAP MINGGU, BANYAK BUNGA-BUNGA DURIAN YANG LAYU DAN TIDAK SEMPAT BERPUTIK. TAHUN NI DURIAN DI SINI TIDAK MENJADI SEPERTI TAHUN-TAHUN LALU.

SEMALAM HUTAN GUNUNG JERAI TERBAKAR DAN HELIKOPTER MENYEDUT AIR LAUT UNTUK MEMADAMKAN KEBAKARAN. DI SINI TERDAPAT SUNGAI KECIL BERBATU DENGAN AIRNYA YANG JERNIH MENGALIR TENANG DAN IKAN IKAN BERENANG AMAN. PI  DULU RAJIN JUGA MENGIKUT SEPUPU MENCARI UDANG DI BALIK BATU MENYUSURI SUNGAI ITU.  ZAMAN KECIL DULULAH.... TAPI KEMARAU TELAH MENGERINGKANNYA. SUNGAI KINI DIPENUHI DAUN-DAUN KERING.

DARI RUMAH MAK SEDARA DI PAUH BERGERAK KE PEKAN YAN PULA. DI SINILAH PI BERSEKOLAH MENENGAH SEKETIKA. PEKAN YAN SUDAH JAUH BERUBAH. BANGUNAN LAMA TIADA KELIHATAN LAGI. YAN MEMANG DIKENALI KERANA KEINDAHAN PANTAI MURNI DAN JUGA AIR TERJUN TITI HAYUN DI KAKI GUNUNG JERAI. KABARNYA AIR TERJUN ITU TIDAK TERJUN LAGI...DAH KERING.

HENDAK KE PANTAI MURNI TIDAK DAPAT PULA KERANA PANTAI ITU DIPENUHI MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM TV ALHIJRAH. JALAN-JALAN YANG MENUJU KE SANA DI BLOCK PULA.

SUDAHNYA BERPATAH BALIK MENUJU KUALA DULANG KECIL MENUJU KE RUMAH EMAK SEDARA YANG PALING BONGSU. INILAH JUGA RUMAH TOK PI TEMPAT PI BERTEDUH. WAKTU KECIL PI TINGGAL BERSAMA TOK/TOKWAN ...TAPI TIDAKLAH TERLALU LAMA.


RUMAH MAKCIK DI KELILINGI BENDANG SAUJANA MATA MEMANDANG. KAWASAN INI MEMANG DIKENALI SEBAGAI JELAPANG PADI UTAMA SELAIN BENDANG-BENDANG LAIN SELURUH KEDAH. NAMUN MADA BELUM LAGI MENGAIRI BENDANG-BENDANG YANG KERING KONTANG INI UNTUK PENABURAN BENIH PADI MUSIM BARU.

SEBELUM PULANG KE KL KEESOKANNYA PADA MALAMNYA HUJAN TURUN DENGAN LEBATNYA DI SINI. TERUSAN MAT SAMAN NAMPAKNYA MULA DIGENANGI AIR. SUDAH LEBIH 4 BULAN DI SINI HUJAN TIDAK TURUN KATA PAKCIK. MEREKA JUGA MENGALAMI MASALAH KEPANASAN MELAMPAU AKIBAT CUACA KERING. TAPI BEKALAN AIR UNTUK KEGUNAAN SEHARIAN MASIH ADA DAN TIDAK DICATU..



30 comments - "JALAN-JALAN KE UTARA DI MUSIM KERING...."

Dwi Alfina delete icon 2 April 2014 at 23:06

gambarnya indah

Bin Muhammad delete icon 2 April 2014 at 23:46

Menarik sekali kisah perjalanan walaupun suasana nya kurang menarik di panas terik... Benar, dimana2 pun banyak kawasan yang terbakar. Kini hujan mulai turun dan diharap berlanjutan. Semoga yang kering akan kembali bertukar hijau semula...

paridah delete icon 3 April 2014 at 09:57

gambar2 kampung kak tu....tq Dwi Alfina.

paridah delete icon 3 April 2014 at 10:03

terima kasih Bin Muhammad...itulah kesukaan kak melukis suasana alam dengan bahasa....insya Allah hujan mulai turun di sana sini n pastinya alam flora kembali segar menghijau.

Sylarius Yusof delete icon 3 April 2014 at 11:02

Kemarau tahun ni memang teruk berbanding tahun-tahun sebelum. Rasanya, ini diakibatkan oleh tangan-tangan manusia yang rakus merosakkan alam sekitar hingga berlaku perubahan cuaca yang mendadak.

Kesuma Angsana delete icon 3 April 2014 at 11:12

cukup lama betui KA x g jalan2 ke utara ni kak... done nuffnang x2 untuk akak yer

paridah delete icon 3 April 2014 at 11:35

ya kemarau tahun ni agak teruk sedikit...rasa xpercaya kak tengok air terjun yg jelas kelihatan jaluran putih dari gunung jerai telah kering...kata orang2 dulu itu petanda terlalu banyak kemungkaran n kezaliman yg berlaku...entahlah moga Allah mengampuni dosa2 kita hamba-Nya...tq Sylarius Yusof.

paridah delete icon 3 April 2014 at 11:38

seronok juga sesekali jalan ke utara KA...tq Kesuma Angsana klik2 nuffnang utk kak...kak pun xlupa done for KA selalu.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 3 April 2014 at 12:03

Cantiknya awan dengan pemandangan latar kampung & gunung. Subhanallah.

Jagad Kawula delete icon 3 April 2014 at 12:07

wah jos tenin nih...dadi kepingin inyong :D

Nick Nashram delete icon 3 April 2014 at 12:21

kedah tu kira negeri saya kedua dah.
6 tahun kot duk sana.
gunung jerai dah sampai puncak da..huhu

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 3 April 2014 at 13:49

sudah lama aiza tidak ke utara.. tahun ini musim kemarau teruk.. durian di kampung aiza di perak pun khabarnya tidak menjadi juga..

nohas delete icon 3 April 2014 at 14:25

jauh berjalan kak...sekali-sekala ke utara, dapat ziarah ramai saudara-mara...bertukar angin dan bertukar selera..

semoga akak dapat sembuh seperti sediakala..

paridah delete icon 3 April 2014 at 14:44

itulah view kampung asal kak..indahkan...tq Muhammad Khairuddin Lim.

paridah delete icon 3 April 2014 at 14:46

terima kasih Jagad Kawula..insya Allah silakan.

paridah delete icon 3 April 2014 at 14:49

yeke....lama tu..seronok n selesa di sana kan...naik ke puncak gunung jerai melihat view indah di bawahnya...tq Nick Nashram.

paridah delete icon 3 April 2014 at 14:58

ya aiza..kemarau tahun ni meninggalkan kesan yg berat juga...insya Allah hujan dh mula turun cuaca panas kering pasti berakhir....tq Mizz Aiza.

paridah delete icon 3 April 2014 at 15:03

yalah nohas...sakit2 pun anak2 ni heret juga mak mrk berjalan jauh...insya Allah doamu terima kasih...sesekali menziarahi saudara mara yg jauh terpisah...tq nohas.

babYpose delete icon 3 April 2014 at 15:40

semoga kaki sis PI cepat sembuh dan sihat. cantik permandangan bagai pulau dikeliingi sawah bendang, pasti udara segar dan nyamankan

Fiza Rahman delete icon 3 April 2014 at 15:46

Sakan berjalan kak...hehehe...Betul tu, kiri kanan nampak kesan terbakar. Memang panas semacam lah. Aircond keta pon tak terasa kalau bukak 1. Lama tu 4 bulan tak hujan.

paridah delete icon 3 April 2014 at 17:46

sesekali berkereta jauh sikit...ya lama xujan di sana....tq Fiza Rahman.

paridah delete icon 3 April 2014 at 17:51

terima kasih babYpose doanya..ya mmg tenang n nyaman kalau musim tanam padi dh mula..tapi la ni belum mula lagi...kering kontang sana-sini...tu pic tahun lalu...

SmuaInfo delete icon 3 April 2014 at 19:28

jalannya juga gk terlalu macet ya, lancar :)

paridah delete icon 3 April 2014 at 21:02

ya ok saja xjamm sangat waktu pergi..masa balik jamm juga sbb ramai yg pulang ke kota dari bercuti panjang...tq Semuainfo.

Sobri Yaacob delete icon 3 April 2014 at 21:47

ya sis..nanti bila2 rajin saya buat entry pasal jambatan pulau pinang yg kedua.. baru jugaklah lalu..sempat ambil gambar..selalunya drive sendiri..x sempat bgambar..he..he.. lpas le kerinduaan sis klau x dpat naik jambatan tu.. :P

seriusly skrg memng banyak tepi2 haiway terbakar..sbab pemandu..buang puting rokok..erm... nasib baik skrg dah musin hujan.. alhamdulilah.. ya sawah padi tu reminde kampung tok saya..skrg tgh selerakkan pagi..apa tah diorg panggil..saya pun tahu..dlm proses nak lpaskan air ke dalm sawah.. :P nice pic ...sis

Qaseh Wee delete icon 3 April 2014 at 21:56

teringin benar berada di sawah bendang sambil menikmati damainya angin yg bertiup .

paridah delete icon 4 April 2014 at 10:26

bagus tu sobri tulis n3 tentang jambatan pulau pinang k2 n upload pic2 yg cantik banyak2 ya..sekurang-kurangnya terubat rasa kecewa kak xdpt nak lalu jambatan tu...jambatan PP pertama dah lalu yg k2 ni belum lagi...agaknya sbb hutan2 yg terbakar di tepi lebuhraya tu krna kecuaian manusia spt kata sobri tu....la ni di sebelah Kedah belum lagi masa tabur benih padi...petak sawah pun belum diairi lagi, mungkin dalam bulan ni kot jadualnya...pic2 bendang tu semua kat kampung kak ..daripada rumah di tengah sawah jelas kelihatan gunung jerai tu...tq Sobri Yaakob.

paridah delete icon 4 April 2014 at 10:32

benar katamu...mmg nyaman berada di rumah di tengah sawah angin sentiasa bertiup maklum di sebalik ban sungai adalah laut selat melaka...bawa mak, kakak, anak2sedara QV ke sana pula bercuti...tq Qaseh Wee.

Pha Is delete icon 4 April 2014 at 22:58

tengok bendang tu terus teringat kat rumah.. minggu depan cuti sem. rancangnya esok baru nk balik.. hehehe

paridah delete icon 5 April 2014 at 11:22

yeke..sukanya Pha Is dapat balik kampung ya...hati2 bawa moto tu...tq Pha Is.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”