بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

BUAH-BUAHAN HUTAN YANG DIJADIKAN ULAM MENCICAH SAMBAL MEMBUKA SELERA BIASANYA TIDAK DITANAM TAPI TUMBUH SECARA SEMULAJADI DI PINGGIR KAMPUNG TRADISI  DI DALAM DUSUN-DUSUN ATAU DI DALAM HUTAN.

UNTUK MENDAPATKANNYA BUKAN SENANG PULA. TERPAKSA MEREDAH SEMAK SAMUN, HUTAN KEMUDIAN MENGAITNYA ATAUPUN MEMANJATNYA. BERISIKO JUGA KERJA TU. DIBUATNYA TERJATUH TIKA MEMANJAT POKOK-POKOK ULAM PETAI, KERDAS ATAU JERING TAK KE NAYA TERCEDERA MENANGGUNG KESAKITAN...

PABILA SAMPAI KE TANGAN KITA HARGANYA BUKAN MAIN MAHAL LAGI WALAU YANG MENDAPATKANNYA DARIPADA SUMBER .ALAM YANG PERCUMA. TAPI SEBELUM SAMPAI KE TANGAN KITA TELAH MELALUI BEBERAPA TANGAN LAGI. MULA PENCARINYA MENDAPATKANNYA DAN MENJUALNYA KEPADA PERAIH. DARIPADA PERAIH KECIL BERTUKAR TANGAN KEPADA PERAIH BESAR. PERAIH BESAR MENJUAL PULA KEPADA PERAIH-PERAIH KECIL DAN KEPADA PENJAJA.

WALAU MAHAL KERANA KESEDAPAN RASANYA SETELAH DIJADIKAN ULAM ATAU MASAKAN TERTENTU MENYEBABKAN KITA MENGABAIKAN SEMUA TU.

ULAM BUAH JERING, KERDAS, PETAI MENYELERAKAN SEKALI DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS TAPI BAU TUBUH YANG TERBIT HASL PU ...PAST URINE..HMM...BOLEH TAHAN MENYUCUK KALBU.

BAU NAFAS JUGA DENGAN MUDAH DIKENALI SI POLAN NI BERULAM APA SEBENTAR TADI.

PETAI
                                            pic noradabi rosdi.

KERDAS/GENUAK

JERING...PIC deqna
Photo: Sekarang...
Sedang mengupas selonggok jering buat ulam tengah hari ni. Rezeki simpang masuk depan rumah. Banyak ni...boleh beragih dengan sedara mara. Tak habis sekali makan. Atas pokok pun banyak lagi.

DAN APAKATA KITA CUBA MASAK RESEPI TRADISI SAMBAL PEDAS JERING CAMBAH YANG ENAK INI. ..JERING CAMBAH BIASANYA DIPILIH DARIPADA JERING TUA YANG DISIMPAN DI DALAM PASIR ATAU HABUK PAPAN YANG LEMBAB SEHINGGA BERCAMBAH.

Sambal Pedas Jering Cambah
Resepi : MaDiHaA aka Ratna....TERIMA KASIH BERKONGSI RESEPI.
   
Bahan2
30 keping jering cambah 
(30 keping tu maknanya dari 15 biji jering)
(jering cambah ialah jering tua yang telah keras yang ditanam didalam pasir khas beberapa ketika untuk merangupkan kembali jering tersebut) 
segengam ikan bilis - dikopek bersih
1 biji bwg besar - hiris bulat 
1 keping asam gelugur
garam, gula & perasa secukupnya
minyak secukupnya 
 
Bahan2 Ditumbuk Halus
20 - 25 biji cili padi (boleh lebihkan jika nak lebih pedas)
2 ulas bwg putih
6 ulas bwg merah
1 cm kunyit hidup
Jering cambah yang telah dicuci bersih
Cara2 Memasak
1. Jering dibersihkan. Buang bahagian kulit ari & akar jering jika ada & buang juga jika ada bahagian yg busuk/warna coklat tua. Basuh bersih jering & tos. Hiris atau sagat nipis jering tadi kemudian dibasuh & tos 
2. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng jering yang dihiris hingga layu & nampak masak. Angkat, tos dan ketepikan.
3. Gunakan minyak yang sama & gorengkan ikan bilis yang siap dikopek hingga garing. Angkat & ketepikan.
4. Masih gunakan minyak yang sama tetapi kurangkan sedikit minyaknya.  Tumiskan bahan2 tumbuk tadi. Tumis hingga wangi & masak. 
5. Masukkan asam gelugur, bawang besar hiris dan kacau2. Masukkan ikan bilis, jering goreng tadi serta gula, garam & serbuk perasa dan kacau bagi rata.
6. Rasakan apa yang kurang jika perlu boleh ditambah.
7. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak...

..

34 ulasan - "ULAM-ULAM BUAH-BUAH HUTAN..."

Etika Maria delete icon 18 Mac 2014 10:48 PTG

Yang gambar terakhir itu di Indonesia disebut JENGKOL, satu pun belum pernah makan.. Gak minat, dengar cerita org jadi gak selera buat coba hehehe

Qaseh Wee delete icon 18 Mac 2014 10:57 PTG

jering masak lemak cili padi pun sedap ...

nohas delete icon 18 Mac 2014 11:40 PTG

dah lama tak makan ulam kerdas and jering ni...sambal jering tua pernah makan, makcik saya masak..masakan minang..

Sobri Yaacob delete icon 19 Mac 2014 12:28 PG

ulam ulaman kat atas smua saya suka mkan..kecuali jering.. x mampu nak telan.. he..he
good sharing resepi..

menabung md :P

Abdul Kholiq Hasan delete icon 19 Mac 2014 2:07 PG

saya tau dengan yang diatas, tapi saya tidak pernah mencoba karena tidak terlalu suka

Nucky P.rayanta Natalius delete icon 19 Mac 2014 8:21 PG

padahal ini enak lho nbak tika :D hehe

Khai♥Rin : anies delete icon 19 Mac 2014 9:20 PG

yg pasti semua tu sy x mkn ;-)

Kesuma Angsana delete icon 19 Mac 2014 10:30 PG

sedap menu jering ni kak... Kalau kat rumah ni Adik paling antu ulam2an dari petai, kacang botol dan segala jenis ulam kecuali kerdas hehehe

Kakzakie delete icon 19 Mac 2014 11:57 PG

Kebun kelapa sawit bapak kakak banyak pokok petai. Biasa pekerja bapak yg petik dan tolong jual. Ini juga salah satu hasil masa kakak kecik dulu - kami miskin. Rumah kampung suami pulak ada pokok jering. Kakak kurang sikit tapi boleh jugalah kalau nak mencuba... Apa lagi anak-anak langsung tak nak mencuba..

Maskhur Hidayat delete icon 19 Mac 2014 2:11 PTG

informsi yg mnrik ni..

klu ad wktu kunjungi blog ane ya gan

http://maszhiday.blogspot.com/

paridah delete icon 19 Mac 2014 2:49 PTG

tika xsuka jengkol n lain2 tu ya...biasalah tika orang2 muda ni xbrapa suka dgn ulaman berbau kegemaran ramai...tp jering n petai penawar penyakit diabetis yg mudah...tq Etika Maria.

paridah delete icon 19 Mac 2014 2:52 PTG

wah Nucky P.rayanta Natalius gemar juga ulam2 gini ya...enak kan...tq

paridah delete icon 19 Mac 2014 2:54 PTG

yeke...ada yg xtau n xpernah cuba pun....tq Qaseh Wee.

Sylarius Yusof delete icon 19 Mac 2014 2:59 PTG

Petai ni favourite ayah saya sebab nak control kencing manis dia. Kalau takda petai ni, masalah jugak nak kena kerap gi hospital untuk dapatkan rawatan kencing manis.

paridah delete icon 19 Mac 2014 2:59 PTG

sedap jering tua masak minang ni...kerdas n jering ni cuma dikenali mrk yg pernah hidup di kampung...tq nohas..

SmuaInfo delete icon 19 Mac 2014 3:00 PTG

wuihhh gurihny NIH msakannya :)

paridah delete icon 19 Mac 2014 3:03 PTG

kenapa xsuka jering...kelat ya...petai n kerdas boleh pula...oklah selera anak Melayu msh ada...tksh sobri rajin menabung utk kak...cepatlah kak kaya heh..heh..

paridah delete icon 19 Mac 2014 3:08 PTG

yeke...xsuka xmengapa...selera masing2lah kan...dibuatnya AKH bertemu jodoh dgn gadis yg sukakan ulam2 yu camana... gurau saja AKH..TQ

paridah delete icon 19 Mac 2014 3:11 PTG

YEKE ANIES Mesti xjeling pun kan...kak pun sama xberapa boleh nk makan lagi..kembung kalau dulu2 sapu jer semua....tq Khairin anies.

paridah delete icon 19 Mac 2014 3:19 PTG

selera adik ni macam selera org lama ya..suka berulam-ulaman bagus tu...jering kalau dimasak cara resepi yg betul mmg sedap xbimbang jering ni menyepit...kerdas ni menyelerakan tapi baunya kuat sangat...tq Kesuma Angsana.

paridah delete icon 19 Mac 2014 3:27 PTG

pokok petai mmg mudah hidup dlm kebun kelapa sawit sebab pokoknya tinggi...wah ada pengalaman menjadi penjual petai ya...kita semua miskin kakzakie...kehidupan mengajar kita cara mengurusi kemiskinan. selera anak2 sekarang xboleh dipaksa...tapi pasti berubah bila2 masa saja...tq Kakzakie.

paridah delete icon 19 Mac 2014 3:29 PTG

ok terima kasih..sudi kunjungi blog karyaku.

paridah delete icon 19 Mac 2014 3:35 PTG

yeke...bagus info tu...kak cuma tau petai boleh jadi ubat penawar kencing manis tapi xtau ada yg mengamalkannya begitu sekali...lebih yakin gunakan penawar semulajadi ni ya...tksh Sylarius Yusof berkongsi info yg sangat berguna.

paridah delete icon 19 Mac 2014 3:36 PTG

ya enak sekali masakan ni....tq Semuainfo.

Ione Nasition delete icon 19 Mac 2014 4:07 PTG

wah, sedapnya...apalagi petai, hulalaa...

Joe Ismail delete icon 19 Mac 2014 4:44 PTG

ternyata di Malaysia ada petai juga ya hehe, kalau di Indonesia sering disebut juga dengan jengkol

Fiza Rahman delete icon 19 Mac 2014 4:53 PTG

Sedapnya kak tgk ulam ulaman ni. Klo petai saya tak boleh mkn mentah2. Klo dah dimasak sambal atau gulai, baru blh makan. Jering saya tak reti makan tapi kerdas saya makan. Alahaiiii...dah lama tak mkn kerdas. Terbayang kerangupannya itu.

paridah delete icon 19 Mac 2014 5:30 PTG

sukakan petai ya...enak kan..tq Ione Nasition sudi singgah blog karyaku.

paridah delete icon 19 Mac 2014 5:32 PTG

petai jering kerdas mmg banyak di Msia n jadi kegemaran ramai tq Joe Ismail.

paridah delete icon 19 Mac 2014 5:38 PTG

ya ada yg suka makan petai yg direbus n ada yg suka petai jeruk, petai sambal tumis pun sedap...kerdas mmg rangup n membuka selera...jering juga jadi pilihan mrk yg minat....tq Fiza Rahman.

notie delete icon 21 Mac 2014 7:33 PG

Sambal petai sedap, lauk jering kurang minat. Tapi akak dan aruah mak saya sangat suka jering terutamanya jering muda. Buat penambah selera makan jika tiada selera nak makan.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 21 Mac 2014 10:28 PG

petai tu aiza suka makan.. tapi jering dan kerdas belum pernah lagi mencubanya..

paridah delete icon 21 Mac 2014 3:50 PTG

ramai yg sukakan petai ni tapi jering n kerdas xberapa org nk pandang kecuali mrk yg dibiasakan dgn semua tu....tq notie

paridah delete icon 21 Mac 2014 3:55 PTG

yeke...kerdas n jering muda sedap dijadikan ulam tapi jgn makan berlebihan sgt...biasalah tu apa jenis makananpun jgn diambil berlebihan ada risikonya....tq Mizz Aiza

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”