بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


 Bab10.
Perpisahan.

            “Abang Z ke mana mak cik?” Tanya Aisyah sambil melabuh punggung di bangku batu tepi halaman rumah makcik Salina.
            “Mu tanya macamlahmu tak tahu...” Ujarnya membalas bersalut ragu. Wajah polos itu direnunginya mentafsir makna. Renungan berbalas.
            “Iyalah saya tanya tu maknanya saya memang tak tahu...” Tegas sekali pengucapan dengan keyakinan yang dilafaz Aisyah.
            “Takkanlah Faizal tak beritahu ko mu hari ini dia bertolak ke Amerika…”
            “Memanglah saya tahu. Kenapa? Abang Z ke Amerika juga ko?...”
            “Isyh muni nak berlawak pulak. Abang Zmu gi ke Subang menghantar kawan dia yang nakgi Amerika tu. Muni sengaja nak buat-buat tanya. Padahalmu tahu. Faizal ajakmu gi sekali hantar dia, tapimu taksir gi...”
            “Iyalah makcik. Sebenarnya saya terlupa sungguh. Selalu tu kalau saya ke sini abang Z mesti ada. Itulah yang saya tanya tu. Maaflah makcik. Kalau saya ingat tentu saya tak bertanya…” Aisyah berusaha menenangkan kekeruhan yang disebabkannya kerana sengaja mengocak dasar tasik yang tenang yang menimbulkan kelodak selut ke permukaannya.
            “Kenapamu tak ikut abangmu menghantar Faizal di Subang?”
            “Tak apalah makcik. Mudah-mudahan Faizal selamat pergi dan selamat kembali...” Aisyah menuturkannya perlahan dengan tenang. Namun wajahnya muram, sirna serinya. Berbalam bak dilindungi kabus.
            Ada sesuatu yang meresahkannya. Jikalau dia mengikuti Zahari turut menghantar Faizal ke lapangan terbang tentulah dia akan menemui suku sakat Faizal yang turut berada di sana dengan tujuan yang sama.
            Cekalkah hatinya hendak berhadapan dengan ayah Faizal yang telah menghina dan mengutuknya kerana berkawan dengan Faizal suatu ketika dulu? Sanggupkah dia hendak berhadapan dengan Marina yang kononnya telah ditunangkan dengan Faizal menurut ayahnya? Sudah tentunya gadis itu pasti juga ada di sana.
Daripada hatinya dirobek-robek, disiat-siat untuk menambah kelukaan dan kesakitannya, biarlah ianya tidak dilakukan. Tidak berbaloi melakukan sesuatu demi perasaan kasih sayangnya yang mendalam terhadap Faizal tetapi hasilnya merupakan pengorbanan yang sia-sia. Hanya memenderitakan perasaan sendiri.
Yang dikatakan pada hatinya adalah perasaan kasih sayang terhadap seseorang itu jangan ketara berlebihan. Mesti di urus sebaiknya. Bukannya melulu, membuta tuli mengikut perasaan yang keterlaluan.
“Tak payahlah saya pergi makcik. Menyusahkan abang Z pula nak menjaga saya nanti. Lagipun esok saya dah nak ke rumah keluarga saya di Pahang. Cuti tunggu keputusan SPM lama juga, barulah diumumkan keputusannya. Jadi saya cadang nak cari duit sikit dengan berkerja di ladang LKTP tempat keluarga saya tinggal tu.”
“Hem…mu dah nak kelik ke Pahang ya! Tinggallah makcik seorang tak berkawan. Kalau adamu boleh juga temankan makcik bersembang kala petang begini. Ini dah tak ada sapa-sapa lagi...” Suaranya menuturkannya lemah dan perlahan.
“Abang Zkan ada. Bolehlah ajak abang tu bersembang...” Kata Aisyah. Sekadar cuba menenangkan hati makcik Salina yang keresahan.
“Abangmu jangan haraplah Syah. Tambah Faizal tidak ada. Lagilah dia bersibuk dengan kerjanya saja. Balik dari pejabat dah penat. Terbungkang tidur sampai ke maghrib. Tak ada masa nak bersembang dengan mak cik. Mak cik terpaksa berleka dengan kerja rumah makcik yang banyak tu. abangZmu dengan urusannya pula...”
“Kesian mak cik tak berkawan ya. Mak cik jangan sedih sangat. Saya gi bukannya lama. Bila keputusan periksa diumumkan saya  balik semula ke sini. Dapatlah kita berdua sembang semula…”
Aisyah memeluk bahu wanita yang dianggapnya sebagai emak angkatnya itu dengan penuh kasih mesra. Di sudut hatinya bertamu perasaan bersalah kerana terpaksa meninggalkan wanita kesayangan yang telah banyak berjasa kepadanya hatta hanya sementara.
“Saya kelik ke Pahang tiga bulan ja. Lepas tu saya balik sini semula. Bila saya kelik sini gak, orang pertama yang saya cari adalah mak cik. Mak cik jangan sedih-sedih pulak. Kalau tengok mak cik sedih gini saya rasa macam nak nangis...” Tutur Aisyah mendatar menahan sendu dan sebak yang mulai menyesak dada.
“Iyalah Syah. Kadang-kadang mak cik ni terbawa-bawa dengan perasaan tak menentu. Mak cik dah anggapmu macam anak makcik sendiri. Jadi bila mu tak ada mak cik rasa kehilangan sangat. Macam hilang permata berharga…”
“Terima kasih banyak-banyak sebab mak cik sudi anggap saya begitu. Selama inipun saya menumpang kasih sayang mak cik dan abang Z. Kasih sayang dan perhatian mak cik berdua beranak menyebabkan saya bertahan berada di sini dan meneruskan persekolahan. Jikalau tidak tentu saya dah ikut keluarga saya ke Pahang. Dan tercicir dari persekolahan kerana di sana banyak masalahnya kalau hendak terus bersekolah...”.  
            Aisyah merangkul mak cik Salina erat ke dalam pelukannya. Tanda budi yang ditabur mak cik Salina di batas kehidupannya telah tumbuh subur menjadi pokoknya dan akar rerambutnya menyerapi segenap ruang dirinya. Membaluti keseluruhan jiwanya menyatu abadi.
            “Jikalau saya tak sempat nak berjumpa abang Z, mak cik tolong sampaikan salam saya kepadanya. Maklumlah saya nak bertolak esok pagi, manalah tahu abang Z terlewat balik. Lagipun antara Subang dan KB tu bukankah sangat jauh…”
            “Insya-Allah. Mak cik akan sampaikan kalau mak cik tak terlupa. Maklumlah bila dah tua begini, ingatanpun semakin lemah. Kadang-kadang mak cikni gak… pelupa juga...”
            “Tak mengapa mak cik. Kalau dah nak terlupa apa nak dikata. Saya yang muda inipun selalu terlupa. Apa yang cikgu ajar tak dapat nak diingat semuanya. Sebab itu jadi lain soalan yang ditanya lain pula jawapan yang diberi. Maka gagallah ujian itu. Harap-haraplah tak banyak kesilapan dalam periksa SPM yang dibuat baru ini...”
            Meleret-leret pula balasan katanya hingga mengjangkau jauh dari topik asalnya yang sedang dibicarakan kini. Barangkali Aisyah masih belum hilang trauma pengalaman pertamanya menduduki peperiksaan besar yang bakal menentukan hala tuju kehidupannya seterusnya.
            “Mak cik ajaklah abang Z berjalan ke rumah saya di Pahang sana. Kalau nak datang, makcik tulis surat dulu beritahu saya. Jangan tiba-tiba saja terjengul di muka pintu. Nanti tak ada pula persiapan kerana menyambut tetamu istimewa…”
            “Entahlah Syah. Janganlah berharap sangat. Abangmu tu sibuk sangat dengan kerjanya. Makcik tu memanglah teringin sangat nak berjalan ke tanah rancangan yang baru di buka kerajaan itu. tentu seronok di sana. Tempat barulah katakan. Mesti semuanya baru…”
            “Iya… kata adik-adik saya memang seronok di sana. Kedudukan rumahnya berdekatan dan sekelompok. Semua kemudahannya ada. Ada sekolah kebangsaan. Ada sekolah Agama. Ada Tadika untuk anak-anak kecil. Ada mesjid dan surau bagi setiap peringkat untuk aktiviti keagamaan. Ada juga taman-taman permainan dan rekreasi dan pentas budaya…”
            “Hem…begitu ya. Pentas budaya pun ada?”
            “Ya mak cik. Di pentas budaya di adakan pementasan kebudayaan yang didatangkan khas dari unit pementasan bergerak LKTP dari Kuala Lumpur.
Seronok sangat kata adik saya mak cik…”
Makcik Salina terangguk-angguk kekaguman mendengarkan cerita yang disampaikan Aisyah kepadanya. Sesuatu yang baru pada penerimaan pengetahuannya.
“Di situ pesertanya terdiri daripada mereka yang datang dari seluruh negeri di semenanjung ini. Orang-orang dari negeri kita ini pun ramai juga. Yang lain tu ada yang datang dari Melaka, Johor, Kedah, pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perlis. Pendek kata ada wakilnya dari setiap negeri kecuali Sabah dan Sarawak saja. Semuanya bersatu di situ dengan pelbagai resam dan budaya…”
            “Hem…bagus sungguh ya. Kerajaan kita bijak menyatukan umat Melayu dari seluruh Malaysia barat ke dalam se buah rancangan tanah untuk memulihkan kehidupan yang mundur ke arah yang lebih sempurna. Ide yang sangat bernas sekali dari pemimpin kita itu. Jikalau tidak kerana ide pembukaan tanah rancangan itu tentulah mereka yang tidak bertanah dan daif kehidupannya akan terus kekal di dalam kemiskinan…”
Dan kemiskinan itu akan menjuruskan manusia melakukan hal-hal yang melanggar etika dan kewarasan akal normal persis yang berlaku di dalam kehidupannya. Hampir saja terjerumus ke dalam kancah pelacuran demi sesuap nasi kerana kemiskinannya. Mujur juga imannya menebal di dada. Rasukan syaitan yang menggoda seupaya daya ditepisnya.
Tetapi masih juga masyarakat memandangnya sebagai wanita yang tidak berakhlak mulia hanya kerana dirinya adalah seorang penari kabaret. Termasuklah nenek kepada Aisyah yang menganggapnya begitu.
            “Wah! Pandai juga mak cik bercakap tentang sosial dan politik negara ya…”
            “Eh…mestilah. Mak cik juga rakyat yang telah menentukan corak kepimpinan yang ada sekarang melalui peti undi. Setiap lima tahun mak cik akan pergi mengundi. Semenjak negara kita dah merdeka ni mak cik seronok sangat kalau dapat mengundi untuk memilih mereka yang mak cik rasa layak memimpin. Bukan macammu. Mutak layak lagi nak mengundi. Belum cukup umur. Budak-budak lagi…”
             “Iyalah mak cik. Kerja undi mengundi ni kerja orang-orang tua. Kerja orang-orang macam saya ni cuma belajar hingga jaya. Supaya tidak menyesal kemudian hari kelak. Sekaranglah masanya saya hendak menikmati keindahan dan keseronokan zaman persekolahan supaya kelak saya boleh mengenang saat-saat manis pengalaman itu apabila saya dah tua. Macam mak cik ni heh…heh…”
            Meletus tawa Aisyah yang larut dalam usikannya terhadap mak cik Salina.
            “Mu ngata mak cik ya? Mak cik tahulah mak cikni dah tua. Mak cikpun tak dapat peluang nak sekolah macammu. Macam orang orang di zaman sekarang ni. Bertuah sungguh orang orang la ni, dapat gi sekolah untuk jadi orang pandai. Zaman mak cik tak ada semua tu Syah. Yang dapat peluang belajar tinggi-tinggi cuma anak-anak orang kaya yang ada pangkat dan gelarannya. Orang miskin macam mak cik ni jangan haraplah…jauh panggang dari api. Rupa sekolahpun tak pernah tengok. Duduk di rumah saja menunggu dapur…”
            “Ala mak cik ni berasa hati pula dia. Saya tu gurau sajalah. Saya tahulah zaman mak cik tu tak ada kemudahan nak bersekolah jadi ramai yang tak bersekolah. Di zaman saya pula banyak sekolah yang didirikan tapi ramai juga yang tak teringin nak ke sekolah. Setakat darjah enam saja sudah memadai. Sama saja keadaannya mak cik...”
            Pawana berhembus nyaman. Rona petang semakin beransur memasuki pasa senja. Se kawan lelayang terbang di langit menghala jauh. Entah ke mana destinasinya. Aisyah ralit memerhati dan semakin menyedari sesuatu yang menjadi kealpaannya.
            “Eh…dah petang sangatlah mak cik. Kita ni terlalu asyik berbual sampai terleka semua. Saya ni banyak lagi kerja yang hendak dibuat ni. Kain baju yang hendak dibawa pulang, belum lagi dikemas…”
            “Mukelik ke sana dengan siapa? Siapa yang hantarmu? Mak cik tak nampakpun ayahmu kelik ke sini…”
            “Saya tumpang satu keluarga yang kebetulan nak ke sana. Tuan punya kereta yang ayah saya tumpang balik ke sini dulu. Orang tu kampungnya di Jelawat. Tak jauh dari kampung kita ni. Ayah pesankan kepada abang tu supaya ambil saya dan bawa ke sana…”
            “Oh gitu! Taklah mak cik risau lagi. Mak cik ingatkan mu pergi sana naik bas. Risau juga mak cik biarmu sorang-sorang ke sana naik bas ja. Kalau apa-apa berlaku padamu di jalan tak ada siapa yang tahu.”
            “Taklah. Sayapun tak berani nak ke sana naik bas. Sebab saya pun tak tahu bas tu akan berhenti di mana. Dan dari situ saya akan naik apa pula untuk ke tempat ayah saya. Kalau saya tumpang kereta orang yang memang nak ke sana saya tak perlu pening kepala lagi. Memikirkannya. Memang yakin kereta tu akan bawa saya ke rumah ayah saya...”
            “Iyalah Syah mak cik doakan Syah akan sampai dengan selamat. Kirim salam mak cik pada mak dan ayah Syah di sana. Syah jangan lupa pula kelik ke sini…”
            “Terima kasih kerana doa mak cik. Insya-Allah. Mudah-mudahan tiada aral yang melintang. Saya akan sentiasa ingatkan mak cik. Apabila tiba masanya kelak saya pasti akan pulang. Menemui mak cik yang tersayang…”
Sekali lagi Aisyah merangkul mak cik Salina ke dalam pelukannya setelah menciumi tangannya. Dilakukan semua itu demi kasih sayangnya terhadap seorang perempuan yang juga dia pasti sangat menyayanginya. Pelukannya berbalas lebih erat.
Ada titis air jernih yang menggenangi kelopak mata kedua-duanya lantaran kesyahduan emosi yang mengesankan sebak di dada. 
Aisyah mulai melangkah meninggalkan mak cik Salina yang sudah kehilangan untaian kata buat menata suasana lantaran waktu semakin menghalangnya dari kealpaannya daripada menunaikan kewajipan yang fardhu.
Apakala senja sedang merangkak menguasai alam maya pastinya sebentar lagi suara azan maghrib akan berkumandang dari masjid. Sedangkan dirinya masih termangu di bangku batu meratapi kehilangan dan kesepiannya kerana bersendirian di rumah itu lantaran anaknya belum pulang daripada menghantar kawannya di lapangan terbang Subang.
Terkocoh-kocoh pula membawa dirinya bergegas menaiki tangga ke atas rumah setelah merasakan dia semakin larut dalam keasyikan lamunan perasaan dan membiarkan masa berlalu. Sebelum terlalu kelewatan bersolat maghrib lebih baik ia menyegerakan tuntutan fardhu itu. Walau apapun yang akan di lakukannya ia perlu mandi, membersih diri terlebih dahulu.

12 comments - "SEBUAH VERSI CHINTA BAB 10..."

Sobri Yaacob delete icon 24 March 2014 at 16:16

menarik sis...teruskan..
saya kalau entry novel2 ni x reti komen panjang2 he..he..

paridah delete icon 24 March 2014 at 17:38

yeke...baca jerlah sobri...kak berterima kasih sangat sudi juga sobri luang masa membacanya....

SmuaInfo delete icon 24 March 2014 at 18:01

udah bab 10, saya tidak nyimak dari awal Mbak :D

Aku Penghibur delete icon 24 March 2014 at 18:22

menarik nie , yang lepas ada ke kak ? kalau baca dari mula baru seronok

paridah delete icon 24 March 2014 at 18:57

rugi terlepas ni..tapi kalau nk baca semua bab klik labels novel SEBUAH VERSI CHINTA nanti semua bab akan terpapar...tq SemuaInfo.

paridah delete icon 24 March 2014 at 19:01

yeke..yg lepas ada...acik klik je kat labels NOVEL SEBUAH VERSI CHINTA...ACIK Boleh mula baca dari bab 1 hingga yg terbaru...tq acik Aku Penghibur.

Sobri Yaacob delete icon 24 March 2014 at 21:34

mesti la baca..saya ckup menghragai klau org tulis carpen or novel.. bkan senang nak tulis2 panjang sambil nak feelkan suasana..nead natural talent :P
digi n tesco x3

Kakzakie delete icon 25 March 2014 at 11:08

Harap-harap Faizal tak lupakan Aisyah (macam kakak pula pengarangnya). Tak sabar sebenarnya kakak kalau baca pendik-pendik ni..

paridah delete icon 25 March 2014 at 13:41

karya sastera ni berbeza dgn tulisan biasa n cuma yg berminat saja suka membavanya...terima kasih sobri ...bakat semulajadi tu membantu yg lebihnya adalah kemahuan...tq rajin singgah n klik2..

paridah delete icon 25 March 2014 at 13:45

insya Allah...kisah Aisyah n Faizal tidak mendatar saja...tapi lebih mengejutkan lagi pengalaman baru Aisyah...tunggu sambungannya ya....terima kasih Kakzakie.

Kesuma Angsana delete icon 26 March 2014 at 16:19

mkn menarik jalan ceritanyer akak.. terbaik !

paridah delete icon 26 March 2014 at 22:27

YEKE..Terima kasih banyak Kesuma Angsana...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”