بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...



“Bertenang Syah. Mengapalah Syah kata gitu. Syah tidak sayangkan abang? Tidak cintakan abang?” Mencerlang sinar matanya menentang kejora mata  gadis di sisinya membuatnya terpana. Terkedu dalam ruang bisu. Hatinya keliru.
“Syah tidak percayakah bahawa abang cintakan Syah. Bukan baru sehari dua ini. Tapi sejak kali pertama pertemuan kita. Sudah lama abang memendam rasa itu. sejak lama dulu. Abang menunggu masa yang sesuai saja hendak memberitahu Syah.
Abang telah beritahu keluarga abang tentang Syah. Dan bercadang hendak berkahwin dengan Syah bila tiba tikanya...”
Pengakuan Faizal itu langsung tidak diduganya itu membuatnya rusuh dan terkeliru. Serba salah pula dirinya kerana sebentar tadi telah menghamburkan kata-kata pedas yang mungkin menjerakan perasaan pemuda yang disayangi dalam diamnya itu.
Aisyah merenungi wajah Fazal dalam-dalam. Pandangan firasat yang menembusi tangkai dan jantung hatinya. Lantas memikirkan kewajaran pernyataannya itu. Dia mengandaikan apalah guna cinta Faizal itu. Sedangkan dirinya telah bertunang dengan gadis lain. Tidakah bodoh amat jika mengharapkan sesuatu yang ternyata akan hilang akhirnya.
Dan mula kembali meniti alam sedar. Menundukan wajah. Lalu meremaskan pula jari-jemarinya. Mengira jumlahnya dan tidak pernah mengharapkan berkurang jumlahnya dari sepuluh.
Faizal terlalu ingin mencapai se pasang tangan mongel berjemari runcing dan menggenggamnya erat untuk pernyataan cintanya yang mendalam terhadap gadis manis itu. Seorang gadis yang ternyata luar biasa kecantikan semula jadinya. Tidak ada tolok bandingnya baginya kejelitaannya. Yang telah memikat hatinya dan mendorong cinta yang mendalam terhadapnya.
Masakan mungkin dia melakukan sesuatu perkara yang menyebalkan gadis itu meski hatinya bergejolak keinginannya. Kelak akan tambah mengeruhkan suasana yang cuba dijernihkan. Mungkin dengan tindakannya menggenggam tangan gadis itu akan menyebabkannya terkejut.
 Lalu terus lari meninggalkan dirinya kerana dia telah melakukan harassment yang tidak diingini. Tentulah dia tidak mahu itu yang berlaku kerana hanya akan mengendalakan penyelesaian masalah yang sedang melanda mereka..
“Mengapa diam saja Syah. Syah tidak cintakan abangkah?” Ujar Faizal dengan yakin satu persatu kalimahnya. Menambahkan lagi kekuatan gelora yang mengombak di pantai hati Aisyah.
Namun ternyata meriakan hatinya dengan kegembiraan yang tidak terlafaz di bibir. Kini disedari sebenarnya dirinya tidak bertepuk di sebelah tangan. Tapi...
“Abang sudah pun bertunang. Mana boleh abang mencintai saya. Cinta abang hanyalah untuk tunang abang. Se pupu abang sendiri. Bukan untuk saya...”
Bergetar bibir Aisyah menuturkannya. Faizal merenungi seluruh wajah Aisyah yang keruh lagi muram kusam dengan sinar matanya yang tajam.
“Setahu abang, abang tidak pernah bertunang dengan sesiapa…”
“Ayah abang yang beritahu saya tadi. Takkanlah seorang ayah hendak berbohong tentang anaknya…”
Faizal terus menggeleng-gelengkan kepala. Memanifestasi penafiannya yang sesungguhnya.
“Menentukan pilihan calon isteri adalah hak abang sendiri. Abang tidak suka orang lain turut campur tangan dalam hal peribadi hidup abang. Walaupun ibu bapa abang sendiri Abang tahu apa yang terbaik untuk diri abang.” Tutur Faizal keras dan tegas.
‘Bolehkahku percayai kejujuran kata-katanya atau dia sekadar hendak mempermainkan hatiku. Kemudian setelah aku mula menaruh harapan, dia akan meninggalkan aku terkapa-kapa kecewa, merana.’ Bisik hati Aisyah yang ternyata masih meragui keluhuran yang sekadar pengucapan semata.
Namun dia tidak terdaya hendak menolak kegembiraan hatinya untuk melestarikan sebuah hubungan baru antaranya dan Faizal dalam ikatan yang lebih istimewa. Lagi abadi suci dan sejati.
Sudahnya kedua-duanya saling berbalas senyuman manis. Bersama-sama menyetujui keputusan rasa meski belum ada kata muktamatnya.
“Percayalah Syah, abang memang amat cintakan Syah. Abang hanya akan mengahwini Syah. Syah tidak cintakan abang?”
“Entah! Saya sendiri tak tahu sama ada saya cintakan abang atau tidak. Bukankah saya masih sekolah lagi dan tidak layak hendak memikirkan soal cinta yang sangat membebankan ini. Abang tengok sajalah sedangkan kita tidak bercinta dengan sebenarnya sudah ada gangguan-gangguan yang buatkan saya stres. Apalagilah jikalau saya tentukan abang pilihan saya. Sudah tentu terlalu banyak ranjau, duri yang akan melukakan saya. Saya tidak pasti sama ada saya akan tabah dan kuat menghadapinya...”
“Sabarlah Syah. Ini semua dugaan yang pasti kita akan lalui. Yang pasti abang yakin, Syah telah menerima cinta abang…”
Aisyah cuma tunduk. Masih leka meremas jemarinya. Tidak mengangguk membenarkan kenyataan Faizal itu waima menggeleng untuk menyanggahnya. Lantas Faizal menegaskan pada keyakinannya bahawa gadis idamannya itu tidak menolak cintanya. 
Sepi ruang itu daripada bicara kedua-duanya. Seakan sudah reda gelora sengketa yang melanda perasaan mereka. Aisyah sudah jelak hendak mendengar cerita tentang perasaan dibahaskan.
Kini dia sudah tahu dan yakin bahawa Faizal sememangnya mencintainya. Tiada apa lagi yang hendak dipersoalkan. Dia mula teringatkan mak cik Salina dan abang Zaharinya.
Sedari tadi ia hanya leka berkisah dengan Faizal tentang persoalan diri dan emosi mereka yang berlarutan waktu ke waktu tanpa memperdulikan di mana keberadaan kedua beranak itu, baru kini Aisyah terasa perlakuannya sebegitu tidak manis. Apa lagi berdua-duaan dengan se orang lelaki di rumah orang lain.
Lantas ia bangun dan melangkah ke dapur. Faizal tidak terkata apa-apa untuk menghalang tindakannya. Dibiarkan saja gadis itu berlalu meninggalkannya tanpa pamitan.
Kedua-dua beranak yang sedang mengatur hidangan di dalam dulang menyuging senyum kecil demi melihat kehadirannya. Aisyah terasa senyum itu sinikal hatta ia tidak keberatan untuk membalasnya.
“Seronoknya berbual dengan Faizal di depan sampai terlupa kami di dapur ya. Apa yang dipersoalkan? Dunia nak pecah perang dunia yang ke tiga ke?,” usik Zahari
Aisyah menarik muka masam mencuka. Tangannya cepat saja mengutil halus lengan Zahari.
“Aduh! Syah kalau Syah marahkan Faizal janganlah abang pula yang jadi mangsa. Mu ni tak patut betul buat abang lagu ni...”
“Abang Z tu yang salah. Suka sangat sakat kita...”
Riuh sebentar ruang itu dengan hilai tawa mereka. Masing-masing sedang merasakan keceriaan suasana yang membahagiakan mengikut penerimaannya.
“Sudah! Sudah! Jangan nak bergocoh di sini pula,” ujar Salina mencelah sekaligus melarang kegalakan yang keterlaluan.. Zahari dan Aisyah terhenti daripada meletuskan tawa.
“Tolong bawakan dulang hidangan ni ke atas. Abangmu tu dah kering tekak agaknya sebab asyik dok kecek denganmu tak renti sejak tadi...”
Aisyah menjeling tajam pada Zahari. Sinaran amarahnya terpancar jua meski apinya tidak menyala. Zahari cuma tersengih, menyeringaikan barisan giginya yang putih. Suka benar hatinya mengusik anak gadis yang mulai dilambung perasaan indah ini, menurut perkiraannya.
Dia memang maklum persoalan dan permasalahan yang berlaku di antara Faizal dan Aisyah gara-gara ayahnya yang menimbulkan angkara. Faizal telah menceritakan segala-galanya kepadanya. Tidak terkecuali diceritakan tentang perasaannya yang sebenar terhadap Aisyah.
Zahari tidak kisah tentang itu. Malah digalakannya agar Faizal menyatakannya secara berterus terang dengan yang empunya diri. Selama ini dia juga telah menduga bahawa Faizal memang menaruh perasaan terhadap Aisyah.
 Soal sama ada hasrat hatinya diterima Aisyah atau sebaliknya adalah risiko yang harus diterima sebagai lelaki.
Masakan akan tahu hasilnya sekiranya tidak berani hendak mencuba. Itulah falsafah hatinya. Apalagi setelah timbul krisis perasaan yang melibatkan Aisyah, Aisyah tentu inginkan penjelasan kenapa dirinya terbawa ke dalam masalahnya sehingga ayah Faizal sanggup menemuinya. Dan pertemuan itu amat menekan jiwanya.
Aisyah mencapai dulang yang berisi  seteko air dan cawan-cawannya. Juga tidak ketinggalan juadah kuih talam manis yang turut tersedia. Langkah yang diaturnya diekori Zahari dan mak cik Salina di belakangnya.
Di letakannya dulang itu di tengah meja berhadapan Faizal. Dan Zahari meletakan pula se piring keropok lekor yang di bawanya. Zahari berbalas senyum dengan Faizal. Seakan saling memahami makna manifestasi senyum manis yang terukir itu.
Punggungnya dilabuhkan di sisi Faizal. Aisyah dan mak cik Salina turut menduduki sebuah kusyen yang berdekatan dengan kedua-duanya.
“Dengarnya mu nak ke US. Bila nak gi? Buat gapo (apa)di sana?”
Aisyah memasang telinga demi mendengar pertanyaan Zahari dengan penuh minat. Tadi dia juga diberitahu ayah Faizal tentang itu. Dia langsung tidak pedulikannya tika itu. Kini dia merasa sangat perlu ambil kisah. Mak cik Salina tiba-tiba bangun daripada duduknya dan melangkah ke dapur. Ada sesuatu yang ingin dilakukannya di sana.
“Mungkin bulan depan. Aku nak sambung belajar dan ambil jurusan perubatan.”
Faizal menjawabnya sebagaimana yang ditanya.
“Oh! Mu nak jadi doktor ya. Mu gi jauh-jauh tinggalkan Syah di sini tak rindu ko?” Usik Zahari mengenenkan Aisyah. Sebenarnya dia suka apakala melihat wajah Aisyah merah urnanya kerana rasa marahnya. Lirikan matanya mencuri pandang.
Benar sekali dugaannya itu. Panjang muncung Aisyah ditarik wajahnya. Faizal dan Zahari berpandangan. Lantas tersenyum melihat kelaku Aisyah itu.
“Rindu pun apa nak buat, kenalah tanggung,” balas Faizal tersengih.
Aisyah menjadi tidak tentu arah  apakala namanya turut terkait dengan kisah yang sedang diwacanakan antara Faizal dan Zahari. Dia bangun. Hasratnya ingin ke dapur menyertai makcik Salina yang telah ke sana untuk mengambil sos pencicah keropok lekor yang terlupa dibawanya sebentar tadi.
 Jikalau hendak makan keropok lekor mestilah dicicahkan dengan sos cili yang khusus untuknya barulah terasa kesedapannya. Itulah pendapatnya. Tapi pastinya ada juga yang tidak gemar cara makan sebegitu. Mengikut citarasa masing-masing.
“Sembanglah puas-puasmu berdua. Saya tak pandai nak bercakap dengan orang-orang bijak macam abang berdua yang hobinya cuma nak menyakat saya.”
“Janganlah gitu Syah. Duduklah minum dulu. Cakap macam tu pun nak merajuk. Merajuk tu kerja budak-budak . Malulah sikit. Aik…aku terlupa memanglahmu pun masih budak-budak lagi heh…heh”
Bertambah bengkak hati Aisyah tatkala mendengar Zahari mengatakannya begitu. Dengan tawanya yang menggelegak pula.
‘Dungu benar abang Z tu. Kalau aku ini masih budak-budak tentulah abang Faizal tidak akan mencintai aku. Aku ini sudah besar tau. Sudah layak dicintai.’ Monolog Aisyah mengatur bicara di dalam benaknya.
Dia tidak teragak lagi untuk duduk semula. Terus melangkah, membawa dirinya, membawa hatinya
“Ayahmu sudah balik ke Ipoh?”
“Belum lagi. Katanya esok pagi.” Balas Faizal. Wajah Zahari direnunginya. Namun yang terbayang di matanya adalah wajah tegar ayahnya. Ayahnya yang beria-ia memintanya melupakan Aisyah.
“Apalah yang ada pada Aisyah itu, seorang anak miskin, rupa pun tidaklah seberapa cantiknya. Lagipun ayah sudah bercadang hendak meminang Marina untuk kau.  Dia tu cantik. Berpelajaran tinggi. Dan bukan orang lain dengan kita. Sepupu kau sendiri. Tentulah kita boleh mengeratkan hubungan kita dengan pak long kau sekiranya kamu berdua berkahwin...” Itulah kata-kata ayahnya yang membuatnya tersentak. Terus terkedu.













22 comments - " NOVEL SEBUAH VERSI CHINTA BAB 8 SAMBUNGAN..."

Khai♥Rin : anies delete icon 10 March 2014 at 09:31

akk, kalu berminat nk buku kn novel ni, akk nk x?

Khairul Bariah delete icon 10 March 2014 at 09:45

salam, paridah saya ada tag paridah utk join giveaway..meh ler join
http://cahayahidupku2569.blogspot.com/2014/03/sticky-post-7-day-giveaway-2nd-birthday.html

paridah delete icon 10 March 2014 at 09:51

eh...naklah..tapi kak xde kemampuan nk urus semua tu...tapi kalau annies nak tolong kak ok jer...terima kasih banyak2 Khairin annies.

paridah delete icon 10 March 2014 at 09:54

wsalam...ok nanti kak try join ya...terima kasih Khairul Bariah.

Joe Ismail delete icon 10 March 2014 at 10:28

wah pandai menulis novel ternyata ya :-)

paridah delete icon 10 March 2014 at 11:43

YEKE..Terima kasih banyak.Joe Ismail..xpandai pun.penulis.amatur saja.

Fiza Rahman delete icon 10 March 2014 at 11:43

Cepatlah sambungannya ☺☺

Sylarius Yusof delete icon 10 March 2014 at 12:33

Dah boleh buat skrip drama bersiri kat TV dah cerita ni. Hehe

Purnomo Jr delete icon 10 March 2014 at 13:44

membaca novel bertemakan cinta memang mengasyikan ya kak :)

paridah delete icon 10 March 2014 at 14:34

sambung seminggu sekali jer fiza....tq Fiza Rahman.

paridah delete icon 10 March 2014 at 14:42

wah ikuti juga ke...skrip drama tv biar penulis skrip drama saja yg tulis..kak xreti.....tq Sylarius Yusuf.

paridah delete icon 10 March 2014 at 14:47

cinta kan indah...novel bertemakan cinta n kasih sayang mmg digemari ramai....tq Purnomo Jr.

Yahya Doank delete icon 10 March 2014 at 17:35

Kereeeeen mbak,,,,,,,,

paridah delete icon 10 March 2014 at 18:06

terima kasih Yahya Doank...biasa2 saja..

diana delete icon 10 March 2014 at 18:31

kalau cerita cinta cemana pun mesti best..terbuai2 je..hhehe..bila ada sambungan nya ni?

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 10 March 2014 at 18:35

menunggu sambungannya...thanks

paridah delete icon 10 March 2014 at 21:39

kehidupan kitaoun bermula dgn cinta...sambungannya setiap isnin...jgn lupa ikutinya ya...tq diana...

paridah delete icon 10 March 2014 at 21:42

yeke....terima kasih banyak sudi ikutinya Muhammad Khairuddin Lim.

Sobri Yaacob delete icon 10 March 2014 at 23:05

salam sis..
menarik..sangat..teruskan..
selamat malam :P

paridah delete icon 11 March 2014 at 07:13

wsalam sobri..tulis suka2 saja..in sya Allah..selamat pagi selasa...terima kasih banyak Sobri Yaakob.

Kakzakie delete icon 11 March 2014 at 15:02

Alahai... lambatnya nak habis:)
Kakak rasa macam tak cukup panjanglah. Kena buat panjang sikitlah utk cerita ini:)
Kacaulah ayah Faizal ni. Si Marina tu suka juga ke?
Sambunglah cepat hahaha...

paridah delete icon 11 March 2014 at 18:19

yeke..panjang tu satu bab sampai dua kali update...minggu depan dh masuk bab 9...terima kasih kakzakie berminat ikuti novel ni....ceritanya makin berwarna warni n mengasyikan lagi seterusnya...kata sayalah heh..heh..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”