بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

RUNSING fikiran dibuatnya. Keputusan terletak di tangannya. Kalau ikutkan rasa hati dan mengenang kembali apa yang pernah isteri dan anak-anak lakukan kepadanya, mahu sahaja permintaan si anak dan bekas isterinya ditolak mentah-mentah.
Masih segar dalam ingatannya bagaimana Zana (bekas isteri) telah membuang dirinya daripada keluarga tersebut. Semenjak hari itu, Fariz, tidak pernah berjumpa anak-anak yang semuanya dijaga oleh bekas isteri. Tatkala rindu meronta jiwa, Fariz gagahkan diri untuk bertemu anak-anaknya di rumah milik jandanya.

Tapi setiap kali percubaan itu dilakukan, belum pun sempat dia memeluk ketiga-tiga anaknya untuk melepaskan rindu, dia telah dimaki hamun Zana. Dihalaunya bagai anjing kurap!

Pedih! Maruahnya sebagai seorang ayah kepada tiga orang anaknya ibarat petir menyambar ke bumi. Hangus, hancur serta lebur. Begitulah punahnya harapan yang terpendam sejak sekian lama. Akhirnya keputusan diambil untuk merantau jauh meninggalkan tiga anaknya bersama-sama bekas isterinya.

Namun Fariz tidak pernah melupakan tanggungjawab ke atas ketiga-tiga anak kesayangannya. Melalui nombor akaun milik bekas isterinya itu, secara senyap-senyap dia memasukkan beberapa jumlah wang untuk anak-anaknya. Hanya dengan cara itu, Fariz mengharapkan anak-anaknya tidak melupakan terus dirinya sebagai ayah yang pernah hidup bersama dalam keluarga tersebut.

Ada kala, Fariz tewas melawan emosi diri. Dia menangis semahu mungkin dek terlalu merindui anak-anaknya. Namun dia tidak berupaya kerana khuatir bekas isterinya terus menghalaunya, mengherdiknya dan memaki hamun dirinya di hadapan anak-anak. Sampai bila? Fariz sebolehnya mungkin tidak mahu anak-anaknya menyaksikan perlakuan buruk itu di hadapan mata mereka. Dia tidak mahu kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang ayah tersungkur bagai barang terbuang yang tidak bernilai.

Tahun berlalu. Suatu pagi dia terbaca sesuatu yang cukup menyentap jiwanya di dalam sebuah akhbar. “Mencari ayah untuk menjadi wali." Begitu tajuk yang tertera di dalam akhbar tersebut. Dia tahu itu anaknya. Dia juga tahu itu namanya yang disiarkan di dalam akhbar tersebut.

Perasaan resah kembali menerjah. Kenangan silam tentang perbuatan bekas isteri terhadapnya datang satu persatu dalam memorinya. Kalau diikutkan rasa, inilah masa yang sesuai untuknya membalas dendam di atas setiap perbuatan si isteri yang pernah menghancurkan dan melukakan hatinya. Tapi bagaimana pula dengan nasib si anak?

Sayu! Fariz dalam dilema antara dendam kepada isteri serta rasa rindu yang keterlaluan kepada si anak. Ini adalah peluang terbaik untuknya berjumpa kembali dan memeluk erat ketiga-tiga orang anaknya di hari perkahwinan itu kelak. Tapi mampukah dia melakukannya kerana perasaan marah itu masih berbekas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

24 ulasan - "SAKIT HATI ATAU TANGGUNG JAWAB."

Abe Kie delete icon 5 Mac 2014 6:07 PG

salam. buang yg keruh ambil yg jernih..

notie delete icon 5 Mac 2014 7:42 PG

Aduhai kesiannya. Bagaimana agaknya penerimaan anak-anaknya ya. Kadang anak tidak bersalah menjadi mangsa oleh keadaan. Kalau mak dah pasak dengan kata-kata ayahnya jahatlah tidak ingat kat anak lah agaknya bagaimana ya sehingga anak itu dewasa. Mesti dah tersemat di hatinya ayahnya seorang yang tidak baik. Apa pun demi anak tunaikanlah tanggungjawab sebagai bapa buat yang terakhir. Semuga segala kesakitan sebelum ini dapat dihapuskan dengan menunaikan tanggungjawab tersebut. Melihat kebahagiaan anak juga dapat menyembuhkan kesakitan yang dah bertahun2 itu.

nohas delete icon 5 Mac 2014 10:51 PG

masalah suami isteri..anak yg menjadi mangsa...

Fiza Rahman delete icon 5 Mac 2014 11:38 PG

Bila dah jadi macam ni, anak2 yg jadi mangsa.

Kakzakie delete icon 5 Mac 2014 11:52 PG

Komen dulu walau kakak belum baca artikel penuhnya..
Sedih sebab anak tak bersalah yg memisahkan kasih adalah siibu.
Itulah bila perpisahan selalu yg jadi mangsa adalah anak-anak...
Jadikan teladan buat kita semua...

OK... nak sambung baca article penuhnya... kakak suka baca cerpen sebenarnya:)

Kakzakie delete icon 5 Mac 2014 11:54 PG

Ala... endingnya suruh kita buat pertimbangan sendiri kisahnya...
Tidak mustahil kisah seperti ini banyak terjadi sekarang..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 5 Mac 2014 2:05 PTG

sepatutnya seorang anak tidak boleh dipisahkan dengan ayahnya.. kasihan anak-anaknya yang menjadi mangsa..

paridah delete icon 5 Mac 2014 3:13 PTG

wsalam...setuju. lagipun apa yg berlaku telah berlaku....tq Abe Kie.

paridah delete icon 5 Mac 2014 3:29 PTG

wah hebat pendapat notie...pabila berlaku perpisahan dlm perkahwinan pasangan terlibat sering bermusuhan n xberfikir tentang anak2 mrk yg turut terdera perasaannya.moga fareez melupakan sakit hati yg dirasakannya bertahun-tahun demi masa depan anak kesayangannya. manatahu dgn pertemuan pada hari mewalikan nikah anaknya menyemarakan semula kasih sayang anak n ayah dgn lbih erat lagi...walau agak terlambat sedikit xmengapa asalkan ianya berlaku...tq notie.

paridah delete icon 5 Mac 2014 3:31 PTG

biasanya memang itulah masalah besarnya....tq nohas.

paridah delete icon 5 Mac 2014 3:36 PTG

kesian kan...ambil iktibar drpd kisah ni utk kemasylhatan keluarga kita....tq Fiza Rahman...

paridah delete icon 5 Mac 2014 3:42 PTG

kadang yg banyak kita tahu sibapa yg xbertanggungjawab terhadap anak2nya setelah perceraian berlaku tapi sebaliknya pula ya...tersentuh hati juga dgn kisah ni...tq Kakzakie.

paridah delete icon 5 Mac 2014 3:45 PTG

biasalah ending secebis kisah memang gitu...harap kakzakie dh baca sambungan novel SEBUAH VERSI CHINTA ya...endingnya lambat lagi heh..heh..

paridah delete icon 5 Mac 2014 3:47 PTG

ya betultu..mesti bertindak bijak tanpa terlalu ikut perasaan demi anak2 yg dikasehi...tq Mizz Aiza.

PearlVelvet SueQys delete icon 5 Mac 2014 4:31 PTG

cerita2 org dewasa yer auntie, saya amik ikhtibar ajelah

paridah delete icon 5 Mac 2014 5:35 PTG

ya cerita2 org dewasa n anak2 yg bakal dewasa kena jadikan teladan memilih tindakan bijak dlm hidup...tq PearlVelvet SueQys.

BUNDA a.k.a KN delete icon 5 Mac 2014 5:54 PTG

Kes rumah tangga ..keruntuhan rumah tangga...anak2 yang menjadi mangsa...putus kasih dengan salah sorang orang tua mereka kadang membawa kekeliruan kepada anak2 terutama yang dibawah umur..

Pha Is delete icon 5 Mac 2014 7:27 PTG

marahkan bekas isteri, jangan balas pada anak2.. mungkin mereka tak tahu hal sebenar..

paridah delete icon 5 Mac 2014 9:53 PTG

ya betul tu dlm permasalahan rumahtangga SUAMI/ISTERI anak2 yg menanggung akibatnya...tq BUNDA a.k.a KN

diana delete icon 5 Mac 2014 9:55 PTG

kesian anak2..kecik2 memang tak nampak sangt kesan nya.tunggu besar..lupa kat ayah depa..berdosa...

paridah delete icon 5 Mac 2014 9:57 PTG

YEKE..Pandai Pha Is...bertindak bijak demi masa depan anak2 kan....tq Pha Is.

paridah delete icon 5 Mac 2014 10:01 PTG

ya diana...anak2 perlukan kasih sayang ayah mrk...memutuskan silaturahim tu kan dosa...tq diana.

Pha Is delete icon 7 Mac 2014 2:53 PTG

u're welcome..
harap nnti saya dapat jadi seorang ayah yg baik.. amiin.. hehehe

paridah delete icon 7 Mac 2014 3:50 PTG

in sya Allah kak doakan pha is berbahagia disamping keluarga yg bakal dibina dgn perancangan sebaiknya...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”