بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

PANAS YANG MENGERINGKAN KL DAN SEKITARNYA BEGITU MEMBAHANG MEMBUAT MERASA TIDAK SELESA DAN INGIN LARI DARIPADA SUASANA INI....
TAPI HENDAK LARI KE MANA YA? LARI DEKAT-DEKAT SAJA.

KALAU KE NEGERI SEMBILAN ATAU MELAKA SITUASINYA SAMA SAJA. BEGITU JUGA KALAU MENGHALA KUALA SELANGOR. AIR JUGA SUDAH DICATU...TENTU BERMASALAH JIKA TIBA-TIBA TERDESAK HENDAK GUNAKAN TANDAS YANG PILINYA TIDAK BERAIR.

TAPI HUJUNG MINGGU PERLU AMBIL PELUANG KELUAR DARI KL YANG SEMAKIN KERING KONTANG NI.

DAN RODA KERETA BERPUTAR LAJU MENDAKI LEBUHRAYA KARAK MEMBELAH ALAM HIJAU YANG SEGAR DAN DINGIN. TIBA-TIBA DALAM PERJALANAN HUJAN TURUN MENYIMBAH. POHON-POHON YANG TEGAK RIMBUN KELIHATAN LEBIH BERMAYA.

LORONG YANG DIPILIH SETELAH KELUAR DARIPADA GENTING SEMPAH RUPANYA MENUJU KE JANDA BAIK. DESTINASI INI YANG MENJADI PILIHAN ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU UNTUK MEREHATKAN DIRI SEKETIKA.



KE JANDA BAIK JALANNYA MENDAKI SEOLAH MEMASUKI HUTAN DARA YANG TIDAK TERUSIK. NYAMAN SEKALI SUASANANYA. ALAM SEMULAJADINYA BAIK TERPELIHARA. JALAN MENUJU JANDA BAIK DI KELILINGI HUTAN DAN TIDAK DICEMARI SAMPAH SARAP YANG BERTABUR WALAU DI SINI ADALAH TEMPAT PERCUTIAN YANG SERING DIKUNJUNGI.

BERADA DI JANDA BAIK SEPERTI BALIK KAMPUNG SENDIRI DENGAN BENTUK RUMAH KAYU YANG MASIH GAGAH TERDIRI. NAMPAK TIDAK RAMAI YANG TERUJA MENDIRIKAN RUMAH BATU BESAR WALAU BANYAK CHALET DAN HOMESTAY YANG DIUSAHAKAN PEMILIKNYA.

554079_267881006682109_962622225_n
JANDA BAIK MENGEKALKAN KEINDAHAN ALAM TANAH TINGGI YANG HIJAU TANPA BANYAK PENEROKAAN TANAH DENGAN AKTIVITI PERTANIAN....AIR SUNGAINYA MENGALIR TENANG MENCELAHI BATU-BATU DAN RUMPUN BULUH DI TEBINGNYA...

TAPI JIKALAU BERPELUANG KE SINI PADA MUSIM BUAH-BUAHAN TENTU MEWAH MENIKMATI BUAH DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS DAN PELBAGAI JENIS LAGI KERANA JANDA BAIK ADALAH DUSUN BUAH-BUAHAN TEMPATAN.

TULISAN PI INI HANYA BERDASARKAN IMBASAN SEPINTAS LALU SAJA. JIKALAU NAK TAHU DETILNYA KENA BACA SUMBER-SUMBER YANG BERKAITAN. MUNGKIN RAMAI YANG BERMINAT NAK TAHU KENAPA JANDA BAIK YANG TERDIRI DI DALAMNYA BEBERAPA BUAH KAMPUNG LAGI DINAMAKAN JANDA BAIK?

Semua pic google.

10 comments - "JANDA BAIK SEMPURNA BAIK...."

Kesuma Angsana delete icon 4 March 2014 at 12:09

sejuk memandang pic2 di janda baik ni kak !

paridah delete icon 4 March 2014 at 12:56

ya..kak juga pertama kali ke situ bagai berada di kampung tengah hutan yg lengkap prasarananya....cantik tempatnya...tq Kesuma Angsana.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 4 March 2014 at 13:38

subhanallah.. cantik dan nyaman suasana di sana kak.. aiza belum pernah sampai di sana lagi..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 4 March 2014 at 13:38

subhanallah.. cantik dan nyaman suasana di sana kak.. aiza belum pernah sampai di sana lagi..

paridah delete icon 4 March 2014 at 15:08

hujung minggu boleh bercuti ke sana...berlindung dari pencemaran udara n mnghirup udara segar...dekat jer dgn KL. tq Mizz Aiza.

Qaseh Wee delete icon 4 March 2014 at 19:12

belum pernah sampai ke sana . teringin pergi juga satu hari nanti .

babYpose delete icon 4 March 2014 at 21:35

Tu la kalau buka pintu dapur kita ada sungai macam tu, laju ja masak hehe :)

paridah delete icon 4 March 2014 at 21:50

kak highway karak tu selalu lalu pergi balik tp xpernah terlintas nk masuk...baru pertama kali kesitu....cantik menenangkan jiwa menikmati suasana perdesaan...cubalah bercuti ke sana....tq Qaseh Wee.

paridah delete icon 4 March 2014 at 21:53

masak macam nk makan berkelah di tepi sungai kan sedap tu....tq babYpose.

notie delete icon 26 March 2014 at 08:08

Nyaman dan damainya terasa melihat aliran sungai begitu jernih mengalir. Bestnya

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”