بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pak Engku
CORAT-CORET PAK ENGKU...

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Salam Ukhwah buat semua....

Buat renungan sahabat dan taulan!

'TAK SEINDAH WAJAH'
(Lakonan hidup..........)

Dalam kehidupan di dunia ini kita tak boleh lari dari hidup bermasyarakt.
Kalau kita cuba lari dari hakikat ini, mengasingkan diri dan hidup bersendirian maka dikatakan pula kita nanti sebagai 'Kera Sumbang'.

Yang pastinya di dalam kehidupan kita memerlukan kawan, sahabat, rakan,
taulan atau teman. Bila mencarinya kita sangat berharap akan mendapat
yang terbaik buat diri kita. Tidak kiralah dia teman biasa atau teman sehidup
semati kita. Jikalau mencari teman biasa kita mendambakan kawan yang
sebenarnya kawan. Kawan seiring jalan! Kawan yang benar-benar sayang
kepada kita. Perbidalan ada mengatakan, 'Sayang ibu sayang sahaja, Sayang ayah menurut kata, Sayang saudara sama berada, Sayang sahabat sama binasa!'

Inilah sebenarnya teman yang kita perlukan. Teman yang tetap bersama dikala kita menangis. Bukan hanya berada di sisi kita sewaktu kita ketawa.
Begitulah dikatakan oleh orang tua-tua, 'Teman ketawa senang didapat, Teman menangis sukar dicari!' Teman atau sahabat yang sanggup binasa
atau mati bersama kita memang sukar untuk kita dapat.! Masih adakah lagi insan yang sebegini mulia hatinya? Kita sering mengharapan teman atau rakan yang 'Seperti aur dengan tebing, hidup sandar menyandar.' Kawan yang sanggup menagis atau susah bersama kita. Hakikatnya, yang banyak kita temui sekarang ialah kawan yang 'Ibarat enau di dalam belukar, melepaskan pucuknya masing-masing!

Lebih dahsyat lagi, terkadang-kadang kita dapat 'Kawan yang menikam kawan dari belakang!' Kawan yang 'Telunjuknya lurus kelingkingnya berkait!'
Kawan yang, 'Mulut kita disuapkan pisang, buntut kita dicucuknya dengan onak!' Kawan yang suka 'Menggunting dalam lipatan' pun ramai kedapatan di sekeliling kita.

Jelasnya, di dalam hidup ini amat payah untuk kita hendak membaca apa yang ada dalam hati perut orang. Kita nampak wajah yang indah
dan tutur katanya yang manis, namun belum pasti ia adalah gambaran sebenar peribadi seseorang! Terkadang-kadang di mulut yang manis
terdapat racun yang berbisa. Ibarat lebah, 'Mulut membawa madu, pantat membawa sengat!' Ada juga orang yang suka 'Menanam tebu di pinggir
bibir.' Manis cakap dan budi bahasanya hanya di mulut sahaja, sedangkan
di hatinya tidak seperti yang dikatakannya.

Janganlah kita sangkakan yang manis-manis itu, semuanya enak belaka. Ingat-ingatlah, 'Di dalam madu kadang-kadang ada hempedu.' Kan sudah dikatakan oleh orang yang terdahulu, 'Lidah itu tidak bertulang!' Seperti
lirik lagu 'Tinggi Gunung Seribu Janji' nyanyian mendiang Broery yang berbunyii....
'Memang lidah tak bertulang
Takterbatas kata-kata
Tinggi gunung seribu janji
Lain di bibir lain di hati....'.

Kita ini sebenarnya adalah manusia yang lemah. Sering tertipu oleh lakonan
manusia. Manusia yang hidupnya suka berpura-pura. Dan aku pun terkenangkan sebuah lagu ini yang didendangkan oleh Tan Sri S.M.Salim yang berjudul 'Tak Seindah Wajah (Lakonan hidup..) Seolah-olah kisah yang diceritakan di dalam lagu ini mungkin terkena tepat ke batang hidung aku sendiri.. Hayatilah akan madah di dalam lagu ini...

'Ku sangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu berniat zahir
Ku kira suci jiwa nurani
Suci seikhlas wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang.

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda...'

Begitulah adanya kehidupan ini. Jadi berhati-hati dan berwaspadalah kita di setiap ketika. Jangan nanti bila kita sudah tersemu baru kita menyesal. Kata orang tua-tua, 'Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya.'

Sekian untuk renungan kita bersama.
Tammatul Al Kalam.

1
BANYAK KAWAN PERKARA KAWAN
ADA KAWAN MEMBERI KITA KEBAHAGIAAN
ADA KAWAN SERING MEMBUAT KITA RAWAN
MENIALAI KAWAN
JANGAN HANYA MELIHAT YANG DI LUARAN
RUPA YANG CANTIK DAN TAMPAN
KITA TERUS TERTAWAN
INGATLAH MEREKA ITU JUGA ADALAH INSAN
YANG PUNYA BERBAGAI-BAGAI KELAKUAN DAN KELEBIHAN!

ADA KAWAN YANG SUKA MAKAN KAWAN
SUKA MENIKAM KAWAN DARI BELAKANG
ADA KAWAN YANG ZAHIRNYA KITA NAMPAK BAIK
RUPANYA TELUNJUK DIA LURUS KELENGKENGNYA BERKAIT
ADA KAWAN, DI LUAR PERIBADINYA MENAWAN
NAMUN DALAM DIAM-DIAM, DIA MENGGUNTING DALAM LIPATAN
MULUT KITA, PISANG DIA SUAPKAN
PUNGGUNG KITA, ONAK RUPANYA DIA CUCUKKAN!

TERKADANG-KADANG KITA JUGA MUDAH TERLUPA
BUKANLAH TUJUAN UNTUK HENDAK BERBURUK SANGKA
MEMANG TERDAPAT SERIGALA YANG BERBULUKAN DOMBA
DAN MUSANG YANG BERBULU AYAM PUN BANYAK YANG ADA!

ADA KAWAN YANG SUKA BERPURA-PURA
MULUTNYA MANIS MENGALAHKAN MANISNYA GULA
DI BIBIR, TEBU DITANAM RUPANYA
DI HATINYA, ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA.

KAWAN YANG KITA HENDAK CARI
BIARLAH KAWAN YANG SEJATI
SETIANYA BERSAMA KITA MEMBAWA HINGGA KE MATI
JANGANLAH SEMASA KITA KETAWA DIA MENGHAMPIRI
TAPI DI WAKTU KITA MENANGIS DIA MENGHILANG DIRI
DAN KITA TERKONTENG-KONTENG TINGGAL SENDIRI!

KEPADA KAWAN-KAWAN INILAH PESAN SAHAYA
MEMILIH KAWAN BIARLAH BERPADA-PADA
KITA KENALAH SENTIASA HUBAYA-HUBAYA
SUPAYA HIDUP KITA NANTI TIDAKLAH TERPEDAYA!

Sekian. Tamattul Al Kalam.

22 comments - "CORAT CORET PAK ENGKU...KAWAN-KAWAN KITA..."

Sobri Yaacob delete icon 18 March 2014 at 08:50

assalamulaikum slamat pagi sis..
have are nice day..
klik2 nissan n singapore airline :P

paridah delete icon 18 March 2014 at 09:56

wsalam sobri...wah menabung utk kak yer...terima kasih banyak.

SmuaInfo delete icon 18 March 2014 at 12:35

ijin nyimak artikel yang bagus nih :)

Kakzakie delete icon 18 March 2014 at 13:17

Kawan, sahabat, teman dan macam-macam lagi tapi benar bagai dikata kena berhati-hati sebab mata kita mampu melihat luaran namun jauh di sudut hati dan perlakuannya yg benar-benar kita tak tahu..

Apa yg penting jadikan diri kita utk menjadi sahabat yg baik dulu kalau mahu mendapat sahabat yg baik...

Kesuma Angsana delete icon 18 March 2014 at 13:23

coretan penuh seribu pengertian ni kak, bermakna sekali !

paridah delete icon 18 March 2014 at 13:48

ya tulisan seorang yg matang dlm hidupnya lagi berpengalaman....tq Semuainfo.

paridah delete icon 18 March 2014 at 13:59

ya coretan yg dikongsi drpd seorang yg luas pengalaman hidupnya....tq Kesuma Angsana.

paridah delete icon 18 March 2014 at 14:04

benar sekali kakzakie...jikalau kita ingin memiliki ramai sahabat2 yg baik kita juga harus menunjukan sifat baik lagi murni....tq Kakzakie.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 18 March 2014 at 15:10

coretan yang bermakna...

paridah delete icon 18 March 2014 at 15:20

setuju dgnmu...pandangan berdasarkan pengalamannya....tq Muhammad Khairuddin Lim.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 18 March 2014 at 16:17

rambut sama hitam, hati lain-lain.. jadilah sahabat yang baik erhadap kawan kita..

paridah delete icon 18 March 2014 at 16:32

ya betul tu aiza...seorang yg baik patut mendapat sahabat2 yg baik...tq Mizz Aiza.

Sylarius Yusof delete icon 18 March 2014 at 16:35

Orang-orang lama ni kalau dia bermadah, memang power ayatnya. Hehe :-)

Anisayu Nastutik delete icon 18 March 2014 at 16:58

Dikala sedih dia menyapa
Dikala ada nasib bahagia
Tak lupa berbagi dengan pula

Ini arti teman yang baik dalam makna

paridah delete icon 18 March 2014 at 18:11

betul tu susah nak menafikannya...maklum kaya ilmu n pengalamannya...tq Sylarius Yusof.

paridah delete icon 18 March 2014 at 18:15

wah pandai bermadah pula ya benar sekali n dalam maksudnya....tq Anisayu Nastutik sudi singgah karyaku..

Khai♥Rin : anies delete icon 18 March 2014 at 19:15

kena dgn pepatah..rambut sm hitam hati lain2

Sobri Yaacob delete icon 18 March 2014 at 20:21

ha..ha.. sama-sama sis..
dtg lgimenabung :P

Aku Penghibur delete icon 18 March 2014 at 20:23

coretan yang sangat bagus sekali, hati manusia ini lain-lain kata di mulut tak sama di hati

paridah delete icon 18 March 2014 at 21:17

ya kesimpulannya begitulah agaknya...tq Khairin annies.

paridah delete icon 18 March 2014 at 21:20

coretan Pak Engku yg bernas menceritakan maksud yg jelas...tq acik Aku Penghibur.

paridah delete icon 18 March 2014 at 21:33

terima kasih banyak sobri.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”