بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM....


NAMUN, setelah melihat hasil tangkapan semakin berkurangan berbanding 30 tahun dahulu timbul kesedaran dalam diri Ahmad agar taburan haiwan laut tersebut perlu dipertingkatkan.
"Sebelum ini sebagai nelayan belangkas kami hanya menangkap haiwan ini untuk dijual namun sejak akhir-akhir ini belangkas semakin berkurangan.

"Hasil daripada jualan juga semakin hari semakin merosot kerana sejak dari dahulu saya sendiri tidak pernah terfikir untuk memulihara belangkas agar haiwan ini dapat terus membiak dengan baik," katanya ketika ditemui dalam program Kembara Media Perikanan 2013 anjuran Jabatan Perikanan baru-baru ini.
Bagaimanapun usaha menternak belangkas bukanlah sesuatu yang mudah, banyak usaha serta kos perlu dikeluarkan.

Usaha Ahmad yang bersungguh-sungguh memulihara taburan belangkas telah mendapat perhatian pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi tersebut telah mengeluarkan dana sebanyak RM35,000 untuk membina bilik penetasan belangkas untuknya.

Menerusi kemudahan tersebut, Ahmad kini mampu menetaskan hampir 100,000 ekor anak belangkas setiap tahun dan dilepaskan ke laut...sambung baca sini


Artikel Penuh: http://www.utusan.com


MEMBACA PETIKAN BERITA DI ATAS TERKENANG PI KISAH ZAMAN KECIL YANG DENGAN KESERONOKAN MENANGKAP BELANGKAS DAN KERONCONGNYA. KERONCONG BELANGKAS LEBIH KECIL BENTUKNYA DAN SEPERTI ANAK BELANGKAS. TAPI KATA ORANG ITULAH PASANGANNYA.

PASANGAN YANG SENTIASA BERSAMA KE MANA SAJA. KALAU  PASANGAN SUAMI ISTERI RAPAT DAN MESRA  AKAN DIISTILAHKAN SEBAGAI BELANGKAS. TAPI YANG BELUM KAHWIN TIDAK ELOK RAPAT SANGAT SEPERTI BELANGKAS YA..

PI DULU-DULU SELALU JUGA MENANGKAP BELANGKAS YANG BANYAK BERENANG-RENANG BERSAMA KERONCONGNYA DI MUARA SUNGAI KALA AIR LAUT PASANG.

                           PIC HIASAN...KAMPUNG PI...TEMPAT PI MENGUTP BELANGKAS

MUDAH  SAJA MENANGKAPNYA. BANYAK PULA TU...SEKEJAP SAJA MENGUMPULNYA SUDAH PENUH SERAGA BESAR. TAPI APA YANG NAK DIBUAT DENGAN BELANGKAS SEBANYAK ITU?  KALAU SETAKAT HENDAK DIMAKAN TELURNYA SEEKOR DUA SUDAH MENCUKUPI. CARANYA DENGAN MEMBAKAR BELANGKAS DI DALAM BARA API.

SETELAH DIFIKIRKAN KEMBALI KEJAM SANGAT RASANYA PERBUATAN ITU. TIDAK MUNGKIN MAHU LAGI MENGULANGI PERBUATAN ITU KINI. BOLEH JADI SEBAB ITU ORANG-ORANG DI KAMPUNG PI TIDAK SUKA MEMAKAN TELOR BELANGKAS KERANA TERPAKSA MEMBAKARNYA. MEMBAKAR BELANGKAS HANYA DILAKUKAN BUDAK-BUDAK ZAMAN PI DULU. BERSERONOK MENGUMPUL BELANGKAS DAN AKHIRNYA DIBUANG SEMULA KE MUARA LAUT.

KINI BELANGKAS PERLU DITERNAK PULA KERANA KEWUJUDANNYA SECARA SEMULA JADI YANG SEMAKIN BERKURANG DAN SUKAR MENEMUI BELANGKAS BERMAIN BUIH DI MUARA TAPI APA SANGAT YANG BOLEH DIMAKAN DARIPADA BELANGKAS YA? TELORNYA SEDIKIT, ISINYA PUN SEDIKIT..KULITNYA SAJA YANG BANYAK..RASANYA SEDAP JUGA TAPI ORANG-ORANG KAMPUNG PI YANG BIASA DENGAN PELBAGAI HASIL LAUT TIDAK MENGGEMARINYA.

20 comments - "TERNAK BELANGKAS ELAK PUPUS..."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 11 February 2014 at 23:56

bestnya belangkas...suka sangat.

Pha Is delete icon 12 February 2014 at 03:51

x pernah lagi tengok belangkas depan mata..

Kesuma Angsana delete icon 12 February 2014 at 09:30

tak ingat lah pernah tgk ke tidak belangkas ni ..

paridah delete icon 12 February 2014 at 09:31

yeke...peminat belangkas ni.....tq Muhammad Khairuddin Lim.

BM delete icon 12 February 2014 at 09:38

Dulu kat kampung memang mudah jumpa belangkas ni, la ni amat payah.
Xpernah sekali pun makan telur belangkas...

paridah delete icon 12 February 2014 at 09:41

yelah sekarang ni susah nk jumpa belangkas hidup secara alami di gigi laut...tapi kalau rajin mencari mungkin akan menemuinya....tq Pha Is.

paridah delete icon 12 February 2014 at 09:45

yeke KA...nampaknya KA kena google utk kenal belangkas yer heh..heh...gurau je KA....tq Kesuma Angsana.

paridah delete icon 12 February 2014 at 09:55

Kampung BM ni mesti berdekatan dgn laut ya...la ni mungkin masih ada belangkas yg berenang-renang dgn keroncongnya tapi makin sukar ditemui....telur belangkas kecil2 sedap juga rasanya.....tq BM.

Kesuma Angsana delete icon 12 February 2014 at 10:36

UNTUK KAMU , TQ AKAK... http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/02/gamaknyer-blogger-lelaki-tak-minat-baca.html

paridah delete icon 12 February 2014 at 10:43

SAMA2 KA NANTI KAK BACA....

notie delete icon 12 February 2014 at 10:54

Sedap ke makan belangkas... tak penah makan tapi suka tenguk bentuk dia

paridah delete icon 12 February 2014 at 11:55

belangkas kak suka makan telornya...isinya sedap sgt ...lbh sedap dari ketam...dh cuba baru tau....tq notie.

Sobri Yaacob delete icon 12 February 2014 at 12:23

belangkas.. x pnah mkn binatng ni..
wow x sangka spesis ini diambang kepupusan sis :)

Nick Nashram delete icon 12 February 2014 at 13:04

agak2 ne nak masak camne eh.
buat gulai kari cam sedap je..hehe

paridah delete icon 12 February 2014 at 13:43

entahlah nick...tiada resepi tertentu...dulu2 tu main bakar saja dlm bara api biasanya belangkas ni org2 kampung kak xpeduli pun nk menangkapnya....mungkin sedap juga dibuat gulai kot....tq Nick Nashram.

paridah delete icon 12 February 2014 at 13:48

xpernah makan ya...la ni susah nk jumpa n tentu susah nk merasa kesedapannya yg unik tu...kewujudannya pula amat berkurang.....tq Sobri Yaakob.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 12 February 2014 at 15:50

aiza belum pernah makan belangkas.. kalau tak silap aiza universiti malaysia terengganu (UMT) juga ada mengadakan kajian terhadap belangkas ini..

paridah delete icon 12 February 2014 at 16:13

Yeke ...dulu tiada siapa yg peduli tentangnya kan...elok juga universiti membuat kajian mana tau ada sesuatu yg bermenafaat tentang makhluk yg bergerak dgn belakangnya ni...tq Mizz Aiza.

babYpose delete icon 13 February 2014 at 20:10

Bole makan ye belangkas, ni baru tau, biasa yang kering kat pantai tu, patut kena ternak banyak gak yang mati.

paridah delete icon 13 February 2014 at 23:05

Memang boleh makan...banyak jumpa yg mati ya...mesti sbb air laut tercemar tu...tq babYpose.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”