Sunday 9 February 2014

TABAH DALAM PASRAH...



ASSALAMUALAIKUM...




KISAH silam, pernah menjadi beban dalam sejarah hidupnya. Salah memilih laluan dalam perjalanan, maka dia menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang pernah dilakukan. Bertahun lamanya dia menjalani ‘hukuman’ berkenaan, hinggalah akhirnya dia terdampar di bumi Selangor. Mari kita soroti secebis kisah kehidupan seorang lelaki yang begitu dimatangkan dengan keadaan, Tuan Zahid Tuan Kechil, 56 yang sudi menjadi tamu Jejak Asnaf pada kali ini.

“Saya berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Zaman muda-muda dahulu, saya tertangkap oleh pihak Unit Pencegah Penyeludupan di bawah Kementerian Dalam Negeri, kerana terlibat dalam aktiviti tidak sihat di sempadan Malaysia - Thailand. Akibatnya, mahkamah menjatuhkan hukuman ‘penjara khas’ kepada saya, iaitu saya mesti melalui tahanan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LPK) di Batu Gajah, Perak."

Hakikatnya, LPK bukanlah penjara biasa seperti pesalah jenayah sivil yang lain. Ia disediakan bagi mereka yang terlibat dalam kes kesalahan menyeludup.

“Di Batu Gajah, sepatutnya saya mesti melalui hukuman selama dua tahun. Namun, atas kelakuan baik yang telah saya pamerkan, pihak kementerian telah membebaskan saya lebih awal, iaitu selepas setahun lebih sahaja saya pun dikeluarkan. Saya diberikan waran perjalanan dan wang belanja oleh pihak penjara sebanyak RM160 dan dengan wang itulah saya diminta berpindah ke Sabak Bernam, Selangor."

Menurut Zahid lagi, di Sabak Bernam dia wajib melaporkan diri di balai polis pada setiap bulan selama dua tahun. Malah dia juga tidak boleh berada di luar kawasan. Manakala pada setiap hari bermula jam lapan malam hingga enam pagi, dia juga wajib berada di rumah.

“Saya datang ke Selangor pada 1998. Dengan keadaan diri sebatang kara di negeri orang, saya pun mencari tapak memulakan perniagaan. Kebetulan di sini adalah kawasan nelayan, maka saya mulai berjinak-jinak menjual ikan. Mula-mula, saya jual dengan menggunakan sebuah motorsikal sahaja. Modal membeli motorsikal itu saya dapat dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang memberikan saya wang bantuan sebanyak RM2,000."

Itulah mulanya Zahid menjadi seorang peniaga. Tidak disangka, rezekinya memang di Sabak Bernam, bukan di Pasir Puteh. Walaupun saat itu dirinya masih dalam ‘tahanan terhad’, dia sudah mampu mencari ruang penghidupan. Berkat kesungguhannya berubah, Zahid akhirnya dibebaskan daripada tahanan terhad itu dalam tempoh tidak sampai pun dua tahun.

“Saya menjaja ikan ke kawasan kampung dan perumahan. Niat saya hanya satu, mahu mencari jalan penghidupan yang halal. Alhamdulillah, kemasukan pendapatan saya memang memuaskan. Saya mampu meraih untung bersih lebih daripada RM50 sehari. Kemudian pada 2000, saya memberanikan diri membeli sebuah van terpakai untuk memudahkan perniagaan, hingga kemudiannya saya juga mampu memiliki sebuah lori."

Zahid memang gigih berniaga, pagi dan petang dia menjaja ikan. Jika pagi, seawal jam enam pagi dia sudah keluar mencari rezeki hingga 12 tengah hari, dan pada sesi petang, dari jam empat hingga enam dia memasuki pula kawasan pedalaman untuk menemui pelanggan.

Demikianlah Zahid, biarpun dia sudah mampu meraih rezeki dan penghasilan yang agak besar, namun dia masih membujang. Hinggalah pada 2002, dia bertemu jodoh dengan seorang wanita.

“Inilah kisah sedih yang kemudiannya menjadikan saya seorang asnaf zakat. Semuanya cukuplah saya rangkumkan dalam satu kalimah, salah saya sendiri tidak bijak mengatur diri. Saya menamakan aset saya seperti lori dan sebagainya bukan atas nama sendiri, lalu apabila perpisahan terjadi pada 2012, saya kembali menjadi sehelai sepinggang."

Zahid sama sekali tidak menyangka kehidupannya akan kembali bertatih dari bawah. Bagi dirinya, dia sudah melakukan yang terbaik selama ini untuk meraih status kehidupan yang lebih baik. Namun, awan yang mendung terus merundung dirinya, biar pun dia sendiri tidak bersedia menerimanya.

“Selepas berpisah, saya merempat kembali. Suatu hari, saya disapa oleh seorang wakil dari pejabat ADUN di sini. Dia menyarankan saya agar menghubungi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Katanya, saya mungkin boleh mendapat bantuan daripada LZS."

PENULIS ialah Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

16 comments:

  1. pengalaman hidup seseorang yang elok diambil jadi iktibar....tq Khairin Annies.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu kenapa airmata kakak tetiba luruhlah pulak..
    Sedihnya. Besar ujian Allah berikan buatnya.

    ReplyDelete
  3. YA Sedih sangat kisah n ujian hidup yg dilaluinya...mudah2an hidupnya selesa n berbahgia kelak...tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  4. sedih sgt membacanyer kak... ujian Allah untuk hamba2nya yg terpilih kan !

    ReplyDelete
  5. Sedih sayu, Alhamdulillah ada pusat zakat dan surau, masjid memberi pertolongan. Moga dilindungi kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya syukur alhamdulillah pusat bantuan zakat tidak membiarkan mrk yg patut dibantu....tq babYpose

      Delete
  6. ya nasib seseorang xboleh diramal, ada yg jatuh bangun semula n jatuh lagi bangun lagi berusaha selagi ada upaya....begitulah kehidupan...tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  7. orang yang sabar pasti dapat ganjarannya..

    ReplyDelete
  8. in sya Allah...begitulah Allah janjikan sesuatu yg xterduga....tq BUNDA a.k.a KN

    ReplyDelete
  9. sedih..boleh di jadikan insirasi :)

    ReplyDelete
  10. ya ujian hidup kita berbeza-beza...jdkan iktibar n inspirasi ...tq Sobri Yaakob.

    ReplyDelete
  11. jatuh, bangun dan terus bangkit.. memang tabah beliau meneruskan hidupnya..

    ReplyDelete
  12. ya aiza dugaan hidup itu xberhenti selagi kita hidup...tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  13. terharu bacanya jadi sedih :(

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist