بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

DAH LAMA JUGA TAK BALIK MENJENGUK RUMAH SENDIRI...RINDU SANGAT PADA KAMPUNG HALAMAN JIRAN TETANGGA YANG BAIK YANG SELAMA INI SEBAGAI SAHABAT DAN RAKAN YANG SANGAT PRIHATIN. MAKLUM BUKAN SENANG HIDUP SEGAGAI OKU JIKALAU TIDAK DIBANTU SERBA-SERBINYA.

TERAMAT RINDU PADA ORKID-ORKID YANG TERGANTUNG DI SERAMBI. BAGAIMANALAH KABAR FLORAKU ITU. MASIH RAJINKAH ORKID-ORKID KESAYANGANKU ITU BERBUNGA DENGAN PERTOLONGAN JIRAN-JIRANKU YANG RAJIN MENYIRAMNYA DAN KADANG-KADANG KAK FAUZIAH JIRANKU YANG JUGA PEMINAT ORKID ITU MEMBAJANYA.

BELIAU SUKA SEKALI MELIHAT RUMAHKU YANG TIADA PENGHUNI DIHIASI ORKID-ORKID YANG BERBUNGA CANTIK. AGAR BIAR NAMPAK SEPERTI ADA YANG TINGGAL DI DALAM TERATAKKU ITU KATANYA. BESAR SUNGGUH HATINYA MAHU MENOLONGKU. ALLAH JUGA YANG MEMBALAS BUDI BAIKNYA DAN JIRAN-JIRANKU YANG AMAT PRIHATIN ITU.

LAMBAT BETUL KAKI YANG PATAH INI BAIK SEDIKIT AGAR TIDAK MENYUKARKAN PERGERAKAN MELAKUKAN SESUATU. INI APA SAJA YANG HENDAK DIBUAT PERLUKAN BANTUAN ANAK-ANAK.
JIKALAU ANAK-ANAK TIDAK MENOLONG IBUNYA YANG SAKIT TERDUDUK INI BAGAIMANALAH JADINYA AGAKNYA...

SESUKA HATI PULA BERCERITA KISAH SEDIH DIRI SENDIRI YA...BUKAN APA-APA SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN BETAPA SUKARNYA OKU MENGALAMI SAKIT PATAH TULANG DALAM USIA YANG SEMAKIN LARUTNI...JADI KAWAN-KAWAN, ADIK-ADIK, ANAK-ANAK JAGALAH PERGERAKAN JANGAN SAMPAI KEMALANGAN SEHINGGA MENYEBABKAN PATAH TULANG. SIKSA AMAT MENAHAN SAKITNYA...

JANGAN LARUT DENGAN KESEDIHANKU ...JOM TENGOK ORKID-ORKID YANG MENGHIASI SERAMBIKU...
















CANTIK TAK KOLEKSI ORKID-ORKID PI?

12 comments - "ORKID-ORKID KESAYANGAN ...RINDUNYA..."

Etika Maria delete icon 15 February 2014 at 19:43

Subhanallaah, cantik nya tuh orchid nya kak.. Kalau tanteku liat nih yah, pasti bakalan gemes dia liat koleksinya kak paridah.. Dia juga suka sekali pelihara orchid :)

BM delete icon 15 February 2014 at 20:38

Wah! Cantik2nya orkid, sedang meriah berbunga pula tu! pelbagai warna dan bentuk...macam ditaman bunga!

Haliza Ghazalli delete icon 15 February 2014 at 21:41

Saya doakan kaki Kak Paridah cepat sembuh.
Wah! Cantik nye orkid2 Kak Paridah. Orkid saya pun tengah ni berputik.

paridah delete icon 15 February 2014 at 21:57

koleksi orkid kak agak banyak juga tika...sebab tu kak rasa ralat meninggalkannya...tante tika pun sukakan orkid ya...memang ramai peminat orkid ni...tq Etika Maria.

paridah delete icon 15 February 2014 at 22:06

ya sesekali orkid-orkid ni akan berbunga serentak memenuhi sekeliling serambi..sukanya hati memandang keindahannya.....tq BM.

babYpose delete icon 15 February 2014 at 22:08

Assalamualaikum, semoga cepat sembuh kak paridah, geram saya tengok orkid tu, tringin jugak nak tanam pokok bunga plak lepas ni. Take care ye.

paridah delete icon 15 February 2014 at 22:11

terima kasih doa leeza tu...kaki kak dh beransur sembuh...orkid2 leeza sdg berputik ya..mesti teruja sangat menunggu ia mekar membuka kelopaknya...begitulah kak selalu...tq Haliza Ghazali.

paridah delete icon 15 February 2014 at 22:20

wa'alaikummussalam babYpose terima kasih banyak doanya...kak ni kalau dh semakin kuat sihat banyak betul yg nk dibuat terutama mengurusi orkid2..cuba2lah bertanam bunga terutama orkid kerana bunga2 ini keindahannya menjadi terapi minda kesegaran jiwa...tq babYpose.

BUNDA a.k.a KN delete icon 16 February 2014 at 08:56

cantik2...bunda suka tengok bunga orkid tapi tak rajin nak bela..

paridah delete icon 16 February 2014 at 10:22

terima kasih...suka sangat dgn orkid...badan tu xsihat sgt tapi tetap juga nak membelanya....tq BUNDA a.k.a KN

notie delete icon 17 February 2014 at 08:10

Semuga kaki akak cepat sembuh dan kesihatan bertambah baik. Amin. Saya nampak orkid akak dalam blog kak jee. Ya Allah ni kalau akak saya yang no 1, 3 dan 5 nampak mesti nak tahu macamana aka bela orkid ni. Sebab selalu je berbunga. Akak saya semuanya peminat orkid. Sanggup habis duit ke orkid dari beli barang kemas. katanya orkid dan bunga-bungaan ini merupkan terapi minda. Hati dan jiwa tenang melihat bunga-bungaan berkembang mekar. Apa rahsianya?

paridah delete icon 17 February 2014 at 10:31

terima kasih doa notie...bersemangat kak nk cepat pulih n dpt bermain dgn orkid semula...betul kata kakak2 notie tu memerhati keindahan bunga2 menjadi terapi minda kerna jiwa rasa tenang n hilang masalh seketika...selama kak membela orkid kak hanya gunakan baja tahi kambing yg dh diproses, kak akan rendamkan seminggu n siramkan ke pokok orkid...sukatan baja tu ikut berapa banyak orkid yg nak disiram. kalau ada tunas baru elakan drpd terkena air baja ...bimbang mati pula...tq notie.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”