Thursday 6 February 2014

KEK BUAH... KUKUS..

ASSALAMUALAIKUM...

SEDAPNYA KALAU DAPAT MAKAN KEK BUAH DIBUAT SENDIRI. PI KONGSIKAN RESEPINYA YANG DIPINJAM DARIPADA SEBUAH BLOG MASAKAN. TERIMA KASIH BERKOI
GNSI RESEPI KEK KEGEMARAN PI JUGA RAMAI YANG LAIN

KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahannya

500 g tepung gandum
100 g gula halus - letak 90g jer
5 biji telur - GRADE A
500 g mentega
250 g buah-buahan campuran
250 g kismis hitam 
50 g kepingan badam (almond flake) disangai
50 g walnut-dicincang dan disangai
50 g biji bunga matahari -disangai
1 2/3 sudu teh bicarbonate of soda
1 2/3 sudu teh cream of tartar
1 1/4 sudu teh esen vanilla

1 3/4 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil

Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 500 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.

3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.

4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.

5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.

6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.

7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.

8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

http://dapur-digital.blogspot.com/



20 comments:

  1. Salam, sedapnya, saya mmg suka kek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...pandang pic saja dh rasa sedapnya kan...tq babYpose

      Delete
  2. wah kek kukus buah-han ni hanya di masak oleh kakak saya hanya pada hariraya puasa je, huhuhu tapi memang sedap. Walahaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek buah kukus mmg kegemaran kak juga...xpernah membuatnya main beli saja..raya nanti boleh tempah pada kakak notie pula...tq notie.

      Delete
  3. org yg manis buat kuih ni, pasti x mng tangan kan terutama musim cuti sbb byk kenduri kawen ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenduri kahwin mewah dgn kek ni ya...sedap dapat makan ramai2 ya...tq Khairin Annies.

      Delete
  4. adik saya dulu berniaga kek ni, ambik resepi dr mak mertua org Johor....siap beli dapur khas, pakai arang kot..sebb nak kukus 4 jam..lama tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...pandai buat kek kukus n boleh dijadikan sumber rezeki...bagustu...mmg lama proses memasaknya n harganya tentulah senilai dgn modal n tenaga yg dikeluarkan...tq nohas.

      Delete
  5. Kek kukus ni kalau kukus lama memang tahan lama. Sebab itu biasa harga lebih mahal. Tapi satu kek ini tak mudah muak sebab ada buah-buah di dalamnya. Tapi yg ada diabetic kena beringatlah:)

    ReplyDelete
  6. kek kukus ni mcm jenis roti manis juga xmudah muak dimakan...tp bagi pengidap diabetis kena pantang pula ya...tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  7. Ermm... idah x berapa suka la kak kek buah nie... baik yang kukus atau pun bakar...
    Mungkin sebab rasanya manisss sangat kott... :]

    ReplyDelete
  8. yalah idah kek ni manis sangat mungkin sebab buah2nya yg manis tu...kak makan juga sbb bagi kak kek ni sedap....tq acik idah.

    ReplyDelete
  9. Saya hanya tau makan jer...nak buat?...angkat kaki dan tangan lor... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka makan pun ok tentu berbangga yg membuat n yg menghidangkannya...tq BM

      Delete
  10. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  11. YEKE...Terima kasih banyak Muhammad Taufik nanti mcik follow blog anak...

    ReplyDelete
  12. KA suka sgt , tpi kalau nak buat pun sesekali je or masa raya2 hehehe

    ReplyDelete
  13. yeke...pandai juga buat kek buah ya....kak suka makan jer...tq Kesuma Angsana

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist