Thursday 6 March 2014

JENAYAH ANIAYA ISTERI..

ASSALAMUALAIKUM....

Jenayah aniaya isteri



ISTERI dan anak-anak adalah di bawah tanggungjawab dan jagaan suami. Suami adalah ‘pelindung’ kepada isteri dan anak-anak. Justeru, suami bertanggungjawab menjaga, memberi nafkah yang mencukupi serta memberi kasih sayang kepada mereka.

Allah SWT menyuruh kita hidup aman damai dan berkasih sayang dalam sebuah rumah tangga. Jika anak tidak boleh disakiti, didera dan dianiaya, isteri juga mendapat perlindungan undang-undang Allah SWT dan undang-undang biasa.

Walau bagaimanapun, setiap hari ada sahaja kes keganasan atau penderaan terhadap isteri. Ada isteri yang dipukul, diterajang, dicurah asid, ditumbuk dan sebagainya. Itu adalah penderaan fizikal. Penderaan emosi juga tidak kurang, malah ada isteri yang terlalu tertekan sehingga dia hilang pertimbangan dan membuat perkara di luar kewarasan.

Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang ada di semua negeri, adalah menjadi satu kesalahan jika mendera isteri. Ini diperuntukan oleh seksyen 128 (1): "Seorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganiaya isterinya atau suaminya atau menipu harta isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Mahkamah boleh, sebagai perintah tambahan, memerintahkan supaya dibayar pampasan bagi harta yang telah ditipu itu."

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam tidak mentakrif perbuatan aniaya seperti Akta Keganasan Rumahtangga 1994 mentafsir penderaan isteri, namun maksudnya adalah sama. Dalam kedua-dua undang-undang, keperluan utama ialah membuat laporan polis jika berlaku penganiayaan atau penderaan.

Sama seperti Akta Keganasan Rumahtangga 1994, Enakmen itujuga membuat peruntukan yang berbentuk gender neutral, di mana mangsa boleh jadi suami atau isteri.

Walau bagaimanapun, majoriti kes penganiayaan ialah terhadap isteri dan pelaku adalah suami.
Perbezaan antara Akta Keganasan Rumahtangga (AKR) dengan enakmen ialah AKR lebih spesifik.

AKR terpakai kepada orang Islam dan tindakan boleh diambil melalui AKR dahulu dan kemudian isteri yang beragama boleh membuat permohonan cerai melalui fasakh atau taklik.

AKR juga memberi perlindungan kepada mangsa seperti Perintah Interim, Perintah Penghunian Eksklusif, waran tangkap, pampasan dan sebagainya. Dalam seksyen 128, hukuman adalah jelas jika suami atau isteri menganiaya pasangan masing-masing. Penderaan atau penganiayaan terhadap isteri boleh digunakan sebagai alasan untuk memohon fasakh atau taklik.

Gantung tak bertali

Selain penderaan secara fizikal, meninggalkan isteri tanpa khabar berita atau yang disebut sebagai meninggal langsung adalah satu kesalahan di bawah enakmen itu.

Meninggal langsung isteri atau dahulunya disebut ‘gantung tak bertali’ adalah suatu penganiayaan atau penderaan terhadap isteri. Ramai suami beranggapan dia mempunyai kuasa mutlak terhadap isterinya dan menyalahgunakan kuasanya sebagai suami. Apabila suami isteri berbalah, dan isteri mengambil keputusan untuk meminta cerai, suami pula secara sewenang-wenangnya meninggalkan isteri dan anak-anak.

Perkataan lumrah yang disebuat ialah: " Tak nak jadi bini aku tak pa. Aku tak dapat, orang lain pun tak dapat."

Dalam hal ini isteri boleh memohon taklik kerana suami tidak balik lebih dari empat bulan qamariah. Ada sesetengah kes, isteri lari dari rumah kerana tidak sanggup untuk terus tinggal dengan suami.

Bila isteri memohon taklik, suami bantah atas alasan isteri nusyuz kerana meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami. Akhirnya isteri terpaksa memohon fasakh yang mungkin memakan masa kerana suami mungkin menukar alamat atau berpindah ke tempat lain.

Jika seorang suami secara sengaja meninggalkan isterinya tanpa alasan, isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk suaminya kembali kepadanya. Ini diperuntukan oleh seksyen 121 yang berbunyi: "Jika seseorang telah tidak lagi hidup bersama dengan isterinya mengikut cara yang dikehendaki oleh Hukum Syarak, isteri itu boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersama semula dengan isterinya."

Menurut seksyen 127: "Jika seseorang telah diperintahkan oleh mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duany


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

19 comments:

  1. Semoga kekerasan dalam rumah tangga
    Tak kerap terjadi lagi
    karena kekerasan hanya membuat kerugian buat yg melakukannya
    terima kasih sudah mengingatkan..ya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu dlm hidup berumahtangga perlu ujudkan keharmonian bukan pertelagahan n ada sikap toleransi....tq Purnomo Jr.

      Delete
  2. gantung tak bertali tu aiza pernah tengok contoh seorang wanita orang kampung aiza menjadi mangsanya.. kasihan dia terpaksa membesarkan 8orang anak-anaknya bersendirian, sedangkan suaminya berseronok dengan isteri dan anak-anak baharu.. dah la dia kerja sebagai tukang jahit baju secara kecil-kecilan dari rumah.. nafkah untuk anak-anak memang suaminya tak pernah bagi.. hampir 6tahun akhirnya dia disahkan janda selepas suaminya bersetuju melafazkan talak.. bagi lelaki begitu, jawablah di akhirat nanti kerana melepaskan tanggungjawab..

    ReplyDelete
  3. gantung xbertali ni sgt menganiaya wanita...kalau dh benci sangat lepaskan saja n beri hak2 yg sepatutnya...ini perkahwinan hanya diatas kertas sedangkan tanggungjawab kpd isteri diabaikan...jikalau ada anak2 bersama isteri tambah lbh membebankan isteri terpaksa menyara anak2 n mendidik anak2 seorang diri.bukan senang nak buat semua tu sedangkan ayah mrk senang lenang bergembira dgn kehidupan barunya...sedih mengenangkannya...biasanya apa yg berlaku n menyebabkan perpecahan keluarga mengundang masalah sosial dlm masyarakat dgn perilaku liar anak2 yg terabai n kurang mendapat kasih sayang...betul Aiza jangan jadi muflis di akhirat kelak sbb semua pahala yg dibuat akan diberikan kpd anak isteri yg teraniaya..sakit tu. ...tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga suami dan isteri memahami tanggungjawab masing-masing sebagai suami atau isteri setelah berkahwin.. kalau memang dah tak nak lepaskan dengan cara baik, bukan bergantung tak bertali macam tu..

      Delete
  4. masa belum dapat kemain jaga.
    bila dah kawen isteri jdi punching bag.
    dayus lelaki yg camne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah juga nak faham situasi alam berumahtangga ni kan..jadikan teladan kisah2 gini...tq Nick Nashram.

      Delete
  5. Bila lelaki Islam menikah tanpa mengetahui asas munakahat tidak mustahil semua ini boleh terjadi. Tambah rumit bila mahkamah yg mengendali sering bertangguh. Memang banyak kes yg biasa jadi mangsa isteri. Masa ditinggal masih muda ada lagi lelaki yg mahu tapi dek kerana masih ada ikatan terpaksa turun-naik mahkamah. In the end lelaki yg menunggu tak tahan cari lain dah. Yg perempuan akhirnya bila dah tua tak ada siapa mahu... sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kita kata lelaki yg kurang ilmu munakahat atau asas perkahwinan yg bersikap begitu ..yg terlalu berat ilmu di dada juga rentaknya lebih kurang sama saja n xde sikap timbang rasa pbila mslh rumahtangga melanda mrk...akan bertindak ikut perasaan bukan fikiran waras...tq Kakzakie.

      Delete
  6. sedih tengok kejadian atau kes macam ni.. buat memalukan pihak lelaki je..

    ReplyDelete
  7. jadi pemerhati sambil geleng2 kepala ya pha is. tingkat taraf lelaki itu lbh tinggi drpd wanita jadi mrk seharusnya sbg khalifah yg melindungi wanita yg lemah...tq Pha Is.

    ReplyDelete
  8. Antara ciri-ciri lelaki dayus adalah bersifat zalim terhadap isteri dan anggota keluarga. Mohon dijauhkan dari sifat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...kak doakanmoga ciri2 sifat lelaki dayus yg disebutkan dijauhi darimu...tq Sylarius Yusuf.

      Delete
  9. Lbh teraniaya bila pasangan bernikah di sempadan kemudian tdk didaftarkan, isteri diabai, gntg x bertali...nak tuntut taklik tak boleh, camne tu ye?

    ReplyDelete
  10. yg bernikah di sempadan tu mmg masalah sekiranya xdidaftarkan jika sebarang tuntutan taklik hendak dibuat so sebelum kahwin kahwin di sempadan fikirlah panjang2 dulu kot.

    ReplyDelete
  11. satu senario yg biasa sangat dah berlaku sekarang ni....bukan terjadi dikalang pasangan yg msh muda jer yg dh jadi datuk pun ada.
    Pernah terjadi jiran kat kampong bunda..anak dua orang ..msg2 dh berkahwin...cucu 4 org...
    Masih cari lain...bkn orang jauh pun anak jiran belakang rumah jer....
    Tinggal mcm tu tanpa nafkah..tanpa jengok anak cucu pun....
    Masa muda semua manis..semua cantik...bila dh dpt yg muda tinggal gantung tak bertali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya senario begini berlaku di mana saja tanpa mengira usia..walau pasangan yg dah lama bersama tetap tidak lepas drpd godaan...hendak bercerai malu kpd anak cucu sudahnya siisteri dibiarkan tanpa dipedulikan nafkahnya keperluannya n digantung xbertali tanpa jelas statusnya....kesiankan...tq BUNDA aka KN.

      Delete
  12. saya tidak mengerti tapi yang saya tahu memang anak dan istri adalah tanggung jawab seorang suami/ayah, sedangkan untuk seorang anak adalah sampai ia berumah tangga.

    ReplyDelete
  13. ya kefahaman yg sedikit sudah memadai utk menjadi lelaki budiman yg sayangkan anak isteri n bukan menganiaya mrk...tq Abdul Kholiq Hassan...lama juga xbersua AKH disini...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist