بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

KUIH JALA EMAS NI BAHAN UTAMANYA CUMA TELOR ITEK, TELOR AYAM DAN GULA. RASANYA MANIS. RUPANYA KUNING TERANG. SANGAT TERKENAL DISEBELAH PANTAI TIMUR SEPERTI DI KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG. MUDAH DITEMUI DALAM MAJLIS PERKAHWINAN KERANA SERING DIGUNAKAN SEBAGAI HANTARAN PERKAHWINAN.

JOM CUBA BUAT JALA EMAS PULA BUKAN JALA BIASA.

Jala Emas Raja 



Bahan-Bahan:
10 biji telur itik
2 biji telur ayam (ambil kuningnya sahaja)
1 cawan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Cara:
Campur kuning telur bersama air jernih dalam kulit telur dan kacau di dalam mangkuk besar sehingga kembang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang.

Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula (cara ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya).

Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang atau mengikut suka.
Tambahan:
Ambil air jernih yang terdapat di dalam kulit telur (bukan putih telur). Biasanya jika kita pecahkan telur dan keluarkan isinya, kita dapat melihat ada air jernih di dalamnya

RESEPI...
http://resepi.mesra.net/



20 comments - "JALA EMAS"

Yoni Risqilana delete icon 19 February 2014 at 23:06

pasti enak banget ya mbak..
hmmm..nyummmii...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 20 February 2014 at 09:37

aiza pernah merasa kuih ini kak.. masa tu rakan sepejabat aiza orang kelantan yang bagi.. memang rasanya tersangat manis.. terima aksih sebab kak berkongsi resipi di sini..

paridah delete icon 20 February 2014 at 09:46

ya sedap sangat ni...tq Yoni Risqilana.

paridah delete icon 20 February 2014 at 09:49

ya aiza kuih ni mmg manis tapi rasanya sedap...resepi dh ada tu aiza trylh buat...tq Mizz Aiza.

nohas delete icon 20 February 2014 at 10:32

mari menjala..tak pernah makan kuih ni..

Irfa delete icon 20 February 2014 at 10:51

sy kelantanese
tp x penah makan kuih ni
mgkin sbb area kami jarang jumpa kueh ni kot

Khai♥Rin : anies delete icon 20 February 2014 at 10:56

tetiba saya tingat puding diraja...ada kuih ni kan?

paridah delete icon 20 February 2014 at 10:57

jom menjala..sedap ni nohas...tq

joe delete icon 20 February 2014 at 10:59

mungkin kalau di Indonesia bernama bihun, sama atau tidak ya?

paridah delete icon 20 February 2014 at 11:02

yeke...mungkin ikut daerah kot, mcm daerah yg bersempadan dgn terengganu n daerah di phg yg femes kuih ni cuma di kuantan n pekan yg bersempadan dgn terengganu tq irfa.

paridah delete icon 20 February 2014 at 11:04

puding raja gunakan jala emas juga tapi ada tambahannya...tq Khairin Annies.

paridah delete icon 20 February 2014 at 11:07

ya mungkin juga tu...sbb mcik pun xtau rupa bihun di Indonesia...jikalau di sini bihun digoreng dgn pelbagai rencah r dimakan dgn sup setelah dicelur.....tq joe.

Kesuma Angsana delete icon 20 February 2014 at 11:16

suka tgk tapi tak berapa suka makan, hehehe tq share resepi yer kak

Kakzakie delete icon 20 February 2014 at 11:35

Kakak dah banyak kali tengok kawan blogger tunjuk tapi kakak tak pernah buat dan tak pernah merasa. Teringin juga nak merasa. Nak buat macam tak confident boleh jadi sebab tengok rata-rata gambarnya cantik bukan main...

paridah delete icon 20 February 2014 at 13:59

kuih tradisi ni cantik unik rupanya...mungkin ramai yg xsuka makan mcm KA sbb rasanya manis sgt....resepi pun kak kongsi drpd web masakan....tq Kesuma Angsana.

paridah delete icon 20 February 2014 at 14:01

cubalah buat..mana tahu kot menjadi...tak try tentu tak tahu hasilnya....tq Kakzakie.

PearlVelvet SueQys delete icon 20 February 2014 at 15:21

mcm x pernah makan aje ni auntie !

paridah delete icon 20 February 2014 at 15:31

yeke...kuih org lama ni PearlVelvet SueQys...tq

Pha Is delete icon 20 February 2014 at 16:27

1st time dengar dan tengok.. ingatkan tadi kuih jala a.k.a roti kirai...

paridah delete icon 20 February 2014 at 17:12

kuih ni manis pha is...n disediakan dlm majlis2 yg istimewa sbb tu namanya jala emas bukan roti jala r roti kirai...kuih2 lama ni....tq Pha Is.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”