بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ZAHARI YANG PRIHATIN...


Aisyah duduk di atas bangku panjang berkusyen yang disediakan. Faizal pula mengambil tempat di sebelahnya. Sementara Zahari sedang berhadapan dengan seorang petugas di kaunter.
Aisyah merasa amat segan apabila ada seorang lelaki dewasa berada di sisinya. Seorang lelaki yang dia tidak biasa bergaul dan langsung tidak mengenali hati budinya. Wajahnya memerah kerana menyerap darah yang menyerbu ke muka kerana keterkejutannya.
Dia berinsut sedikit daripada kedudukannya yang agak rapat dengan Faizal. Dan memberi tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan Zahari di kaunter. Seorang gadis sedang mencatat setiap maklumat yang diperolehi daripada Zahari ke dalam sebuah buku tebal. Zahari kembali menyertai Faizal dan Aisyah setelah selesai urusan yang berkaitan.
Aisyah merasai kegatalan di kakinya yang merenyut-renyut. Terutamanya di bahagian yang terlindung di sebalik sarung kakinya. Dia sangat ingin membelek dan menggaru-garu untuk melegakan kegatalannya, jikalau boleh.
Tetapi dia malu dengan orang-orang yang berada di sisinya. Di sebelah menyebelahnya. Abang Znya di sebelah kanan dan Faizal di sebelah kiri. Terasa pula bahawa segenap tingkahnya diperhati kedua-dua lelaki ini.
Terpaksalah ditahankan saja rasa perit dan gatal yang sangat mengganggu itu. Dia ingin berinjak jauh dan lari daripada kedua-dua lelaki itu untuk mengelak daripada rasa serba-salahnya disedari. Tetapi dia hendak berinjak jauh kemana? Hendak lari kemana? Injak ke kanan terlalu dekat pula dengan Zahari. Mengensut ke kiri terlalu rapat pula dengan Faizal.
Jikalau dia hendak bangun dan lari tentu abang Znya akan menyambar tangannya dan memaksanya duduk semula. Dia tidak mahu itu yang berlaku. Kerana dia malu diperlakukan begitu.
Seorang wanita Cina berambut kontot keluar dari bilik rawatan Doktor Ravi. Dia merupakan pesakit terakhir sebelum tiba giliran Zahari. Terdengar nama Aisyah binti Salleh yang dilaung petugas dari hadapan bilik doktor Ravi. Aisyah tersentak. Kejora matanya bulat merenungi Zahari dengan tajam. Zahari tersenyum cuma.
  “Pergilah…doktor dah panggil namamu tu. Zahari bangun mendepani Aisyah yang terkapa-kapa tidak tahu hendak menentukan keputusannya. Tahulah dia kini bahawa bukan abang Znya yang hendak berubat. Tetapi Zahari hendak mengubatkan penyakit yang sedang dideritainya.
Aisyah mengagak Zahari pasti akan mengheret tangannya dan membawanya masuk ke dalam bilik rawatan doktor Ravi jikalau dia enggan ke situ.  Dia tidak mahu Zahari berbuat begitu. Dia malu.
Aisyah bangun perlahan-lahan. Melangkah longlai memboloskan diri ke dalam bilik rawatan. Anak mata yang jernih melepaskan pandangan polos lughu kepada Zahari yang tersenyum simpul membalas renungannya.
. Bibirnya terkemam kerana menggumam tindakan Zahari yang tidak pernah dijangka.
Doktor sebaya abang Znya itu tersenyum kepadanya. Seorang gadis pembantunya mengambil tekanan darahnya yang ternyata normal. Suhu badannya tidak berubah kerana dia tidak demam.
Doktor yang melayannya sangat ramah dan berbudi bahasa itu menyebabkannya tidak malu-malu bercerita tentang penyakit yang dideritainya. Gangguan kudis yang bertompok di kakinya yang jijik menyusahkan dan membimbangkannya akan bertambah melarat pula hari demi hari, diceritakan semuanya.
Hinggakan terpaksa diperdayakan Zahari untuk membawanya ke klinik. Tetapi tidak pula diceritakan tentang kisah itu kepada doktor di hadapannya. Jikalau tidak kerana Zahari dia tidak akan pernah bertemu dan kenal dengan seorang doktor di sebuah klinik persendirian. Apalagi jikalau Zahari berterus-terang dengan tujuannya. Dia pasti menolak dan tidak mahu.
“Awak jangan takut hendak ke klinik apabila ada sebarang masalah kesihatan. Untuk mengelak penyakit awak mesti jaga kebersihan diri dengan baik. Mandi dengan kerap dan menggunakan sabun antiseptic. Rebus pakaian yang digunakan sebelum mencucinya untuk mengelakan jangkitan kuman. Saya akan berikan ubat makan dan anti-biotik yang perlu disapu pada kaki yang berkudis. Awak mesti makan mengikut jadual yang diberi.”
Doktor itu tunduk menulis preskripsi ubat di kertas setelah memberi sedikit penerangan kepada Aisyah. Tamat sudah sesi pertemuan itu. Aisyah melangkah keluar daripada bilik rawatan doktor Ravi. Walaupun tanpa disuruh.
Buat apa lagi hendak berlama-lama di situ jikalau semua urusannya sudah selesai. Sebelum itu tidak lupa pula mengucapkan terima kasih kepada doktor yang sentiasa  kelihatan manis wajahnya kerana tidak lokek dengan senyuman.
Kadang-kadang dia merasa sangat marah kepada Zahari kerana sanggup memperdayanya untuk membawanya ke klinik. Tetapi tetap sangat berterima kasih kerana kebaikan dan keluhuran budi anak lelaki mak cik Salina yang berusaha hendak menolongnya walau apa cara.
Dan dia sangat berharap agar tidak terlewat sampai di rumah dan bertembung dengan neneknya yang menyedari kelewatannya. Kelak terpaksa pula merekacipta alasan untuk menemberangkan neneknya yang bersedia menyembur api marahnya.
Dia tidak mahu berbuat begitu. Tetapi jika terdesak terpaksa dilakukan juga. Demi mempertahankan diri dan perasaannya.
Zahari dan Faizal berdiri di kaunter ubat. Aisyah hanya diam membatu di atas bangku panjang laksana orang dungu. Hanya memerhati gelagat kedua-dua lelaki muda itu. ‘Abang Z atau Faizal yang akan membayar duit ubatnya?,’ tanya hatinya.
‘Apa yang mu berdua nak buat, buatlah. Aku memang tidak berduit sesen habukpun. Lagipun bukan aku yang hendak ke sini.’ Aisyah berkata-kata dengan dirinya di dalam hatinya. Langsung tidak menyangkal budi baik yang ditabur kepadanya namun tidak mahu dibebani dengan bayaran ubat yang ternyata diluar kemampuannya.
“Biar aku yang bayar duit ubat. Kau pergilah masuk ke kereta dengan dia.” Faizal menetapkan keputusan.
“Tidak mengapakah? Tidak menyusahkanmu?”
“Tak apa. Tidak menyusahkan pun. Aku ikhlas…kau pergilah dulu.”
“Terima kasih Zal.” Zahari menepuk bahu temannya itu. Dia tersengih sedikit. Faizal ingin berbudi. Dia tahu budi baik yang ditaburnya sangat wajar dan kena pada tempatnya.  Tidak sesal sedikitpun kerana duitnya terbang kerana membayar belanja ubat Aisyah. Seorang anak malang yang polos. Tetapi perwatakannya kelihatan cerdas dan cerdik. Mempunyai raut wajah yang bersih. Ayu lagi cantik. Hatinya merasa terpesona pula.
Sebelum menaiki kereta dan pulang Faizal mengajak Zahari dan Aisyah menjamu selera terlebih dahulu di sebuah restoran berdekatan. Sekali lagi dia yang mengeluarkan belanjanya. Zahari memang mahu hendak membayar semua harga makanan yang masuk ke ususnya dan Aisyah tetapi Faizal tetap berkeras dengan niatnya. Zahari terpaksa mengalah. Dia hanya berharap apa yang dilakukan Faizal tidak menyusahkannya.
Aisyah terpesona melihat gelagat kedua-duanya. ‘Alangkah beruntungnya insan-insan yang mempunyai wang ringgit. Hidup ria dan mewah. Dapat membeli dan menunaikan apa sahaja kemahuan tanpa masalah.
‘Malanglah nasib aku yang miskin dan papa-kedana tidak berduit ini! Hidup pun terpaksa menumpang dan membebankan orang saja.’ Aisyah seakan berbisik dengan sepinggan nasi yang terletak di hadapannya.
Dia teragak-agak hendak menyuapkannya ke mulut kerana rasa malu yang menyelubungi dirinya menghadapi suasana yang di luar daripada kebiasaannya.
“Makanlah! Cepat makan, cepat kita boleh balik. Kot nanti kita terlambat sampai nenekmu marah pula.”
Zahari menggesa dan mengingatkan tentang kaitannya. Aisyah tersedar dari menungan yang membuatnya terleka seketika.  Melihat dengan ralit kedua-dua lelaki di sebelah-menyebelahnya itu sudah memulakan suapan dan tidak langsung memperdulikannya. Begitu asyik memenuhi tuntutan selera.
Aisyah tidak bertangguh lagi untuk melakukan hal yang serupa kerana dirinya memang sangat lapar. Perutnya tidak dapat lagi dipujuk supaya jangan terus berkeroncong.
Perlahan-lahan tangan kanannya yang kecil dan lemah itu mulai menyuap butir-butir nasi yang putih bersih ke mulut buat memenuhi keperluan ususnya. Habis nasi se pinggan dilahapnya. 

20 comments - "SEBUAH VERSI CHINTA BAB 2 SAMBUNGAN...."

Purnomo Jr delete icon 4 January 2014 at 20:11

True story ya :)

paridah delete icon 4 January 2014 at 21:15

ya didasarkan dari kisah benar....tq Purnomo Jr sudi singgah blog kak...

Mak Wardah delete icon 4 January 2014 at 22:20

Penulisan yg baik...saya suka baca. Muga terus menerus ya.

paridah delete icon 4 January 2014 at 23:33

YEKE..Terima kasih...in sya Allah ada sambungannya...tq Mak Wardah sudi singgah blog kak.

Indra Kusuma Sejati delete icon 4 January 2014 at 23:44

Cerita menarik, dan saya suka dengan cara penyampaiannya.

Salam

Yobert Parai delete icon 5 January 2014 at 00:33

True storynya menarik buat di simak :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 5 January 2014 at 00:42

aiza menanti sambungannya kak.. kak paridah memang seorang penulis ya?

andre-tkj delete icon 5 January 2014 at 01:20

makasih gan :) , Postingannya Keren Bermanfaat gan ^_^

~ Blogwalking Andrekocak Blog - Ribuan Backlink Gratis ~

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 5 January 2014 at 01:38

best

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 5 January 2014 at 08:01

salam pagi minggu kak. akak memang seorang penulis yang baik.. teruskan usaha.., =)

Abdul Kholiq Hasan delete icon 5 January 2014 at 09:30

saya tidak mengerti harus berkomentar apa, saya terlarut membaca hal diatas

paridah delete icon 5 January 2014 at 09:46

wsalam...yakah...terima kasih banyak2 suddi singgah blog kak..

paridah delete icon 5 January 2014 at 09:48

yeke...terima kasih banyak Yobert Parai...

paridah delete icon 5 January 2014 at 09:52

terima kasih banyak aiza sudi ikutinya...kak penulis dulu2 aiza...la ni menulis merapu kat blog pulak..heh..heh..tq Mizz Aiza.

paridah delete icon 5 January 2014 at 09:54

yeke...sekadar berkongsi cerita...tq andre-tkj sudi singgah blog kak.

paridah delete icon 5 January 2014 at 09:57

yeke...in sya Allah...terima kasih banyak Muhammad Khairuddin Lim.

paridah delete icon 5 January 2014 at 10:01

wsalam ema...yeke.. sukanya...terguling-guling gembira dipuji..terima kasih banyak -Kak Nah Backyard...

paridah delete icon 5 January 2014 at 10:03

wah asyik menghayatinya ya AKH...terima kasih banyak Abdul Kholiq Hasan...

Aku Penghibur delete icon 5 January 2014 at 15:01

jalan cerita yang sangat menarik ^_^ .. in cerita betul atau rekaan ? thump up

paridah delete icon 5 January 2014 at 16:12

wah pandai menilai karya sastera juga acik ni..terima kasih ikutinya..didasarkan dari cerita benar...adalah tokok tambah sikit2....tq acik Aku Penghibur...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”