بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..

Sekadar berkongsi secebis kisah manusia...


Ilmu hitam, lesbian

ADA beberapa laporan luar negara minggu ini menarik perhatian termasuk pendedahan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengenai gangguan ilmu hitam.

Dalam buku There is Always a Choice, Susilo menceritakan bagaimana beliau dan isteri terpaksa berdepan kepulan awan hitam di kediaman mereka sebelum Pilihan Raya 2009.

Beliau mengaitkan kejadian itu dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang dengki atas kebahagiaan mereka.

Menurut Susilo, ada beberapa lagi insiden menimpanya yang sukar dijelaskan dengan logik akal namun beliau enggan mendedahkannya.

Awang tidak pasti sama ada terdapat pemimpin mana-mana negara sebelum ini yang berkongsi pengalaman berkaitan gangguan ilmu hitam menerusi buku.

 Biasanya pemimpin utama mengelak untuk menyentuh soal seperti itu. Mungkin Susilo ada sebab kuat untuk mendedahkannya.

Satu lagi laporan membuat ramai tersenyum ialah kisah tawaran unik yang sangat lumayan daripada seorang taikun Hong Kong, Cecil Chao.

Beliau menggandakan ganjaran HK$1 bilion (RM430 juta) kepada mana-mana lelaki yang berjaya mengahwini anak perempuannya, Gigi Chao yang merupakan seorang lesbian.

Sebelum ini, pada 2012, beliau telah membuat tawaran HK$500 juta (RM215 juta) dan berjaya menarik lebih 20,000 lelaki untuk mencuba nasib. Namun anak perempuannya masih tetap menyukai kaum sejenis.

Walaupun elemen kekayaan taikun itu menarik untuk diperkatakan, Awang teruja melihat kisah tersebut daripada sudut kasih seorang bapa.

Chao mengimpikan anaknya kembali normal, berkahwin dengan lelaki dan mempunyai cahaya mata bagi mewarisi kekayaan mereka.

Awang berharap impiannya tercapai dengan ganjaran terbaharu itu. Jejaka-jejaka Malaysia terutama keturunan Cina yang berani dan kacak, boleh mencuba.

Selain dapat berbakti melakukan misi ‘membetulkan’ lesbian, anda akan menjadi kaya raya sekelip mata kalau berjaya. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my


                                              gambar hiasan timeline..


28 ulasan - "SBDY dan gangguan ilmu hitam...mencari jodoh putri Hong Kong."

Fahrizal Mukhdar delete icon 27 Januari 2014 10:20 PTG

Saya belum tau berita tentang presiden saya masalah ilmu hitam ... hehe. Masalah lesbian ... ckckc. kasian juga ya

joe delete icon 28 Januari 2014 7:01 PG

wah ternyata ilmu hitam itu memang ada ya....

Irfa delete icon 28 Januari 2014 8:36 PG

sian ayah dia berhabisan duit sbb nak anaknya hidup normal

notie delete icon 28 Januari 2014 8:43 PG

Selagi ada manusia yang dengki dengan orang lain maka akan selalulah ilmu Hitam berleluasa. Hanya demi kepuasan diri sendiri sehingga sanggup menganiaya orang lain tanpa mengira akan dosa dan akibat perbuatannya. Mudah-mudahan kita selalu terhindar dari manusia yang mempunyai niat tak baik pada orang lain. Dijauhkanlah hendaknya.

paridah delete icon 28 Januari 2014 8:47 PG

Pak Presiden sudah siap tulis buku lagi...yg kesian tu tentu pada ayah putri tu kan.....tq Fahrizal Mukhdar.

paridah delete icon 28 Januari 2014 8:49 PG

hitam putih tu kan warna kehidupan, sejak purbakala sudah ada....tq joe.

paridah delete icon 28 Januari 2014 8:51 PG

yalah irfa ayah sanggup buat apa saja demi anak kesayangan....tq irfa.

paridah delete icon 28 Januari 2014 8:58 PG

betul tu notie kita kena dindingkan diri kita dgn amalan2 alquran yg suci utk mengelak diri kita drpd gangguan syaitan ilmu hitam yg berspora melalui udara r apa saja...org2 yg dengki irihati sanggup berbuat apa saja demi kepentingan peribadi...tq notie.

Kang Zeer El-Watsi delete icon 28 Januari 2014 9:53 PG

wah rambute dowo tenin mbak parida :D

Dwi Alfina delete icon 28 Januari 2014 9:58 PG

hemmm di malaysia juga ada yaa seperti itu

Kakzakie delete icon 28 Januari 2014 10:13 PG

Bila syaitan bermaharaja di hati lupa kekuasaan ada pada Allah. Sanggup berbuat yg syirik janji hajat di hati tercapai. Tak tahu belum tentu duit dpt memperolehi segalanya. Tengoklah tawaran jutaan pun belum dpt pulihkan anak dara jadi normal.. kena kaunseling dulu patutnya..

paridah delete icon 28 Januari 2014 10:45 PG

Rambut panjang menyeri wajah cantik...eh berkenan ker kang? tq Kang Zeer El-Watsi.

paridah delete icon 28 Januari 2014 10:47 PG

di mana saja ada dwi....tq Dwi Alfina.

paridah delete icon 28 Januari 2014 10:55 PG

ya betul tu ikutkan hasutan syaitan berperangai mcm syaitan segalanya nk dikuasai...mungkin kaunselor memberi tip begitu kot kpd bapa gadis itu...mrk lbh fhm masalah mrk tapi msh jg xtemui jln penyelesaiannya....tq Kakzakie.

Khai♥Rin : anies delete icon 28 Januari 2014 12:48 PTG

rasanya artikel ni da lama diterbitkan...

mmm kalu dikahwin kn dgn lelaki normal pun belum tentu anaknya tu berubah 100%

SmuaInfo delete icon 28 Januari 2014 1:17 PTG

gambarnya cukup seram tuh Mbak :(

acik idah delete icon 28 Januari 2014 2:07 PTG

Lesbian nie berpunca dari naluri... jalan terbaik ialah kaunseling dan bimbingan...

paridah delete icon 28 Januari 2014 4:11 PTG

yeke..citer lamalah tu...tahlah soal naluri n menyangkut hati n hati manusia sentiasa bolak balik...xdpt nk pstikkan kedudukannya...tq Khairin annies.

paridah delete icon 28 Januari 2014 4:14 PTG

aikk...pic wanita cantik berambut panjang pun menyeramkan ke...lawa tu...tq smuainfo.

paridah delete icon 28 Januari 2014 4:16 PTG

ya mudah2an ada kaunselor yg ditugaskan memberi bimbingan kpd gadis yg bermasalah tu...tq acik idah.

Kesuma Angsana delete icon 28 Januari 2014 4:44 PTG

mcm2 yang lebih kat dunia nikan kak !

Aku Penghibur delete icon 28 Januari 2014 6:14 PTG

sebenarnya ada caranya selain kauseling ,.. boleh juga di kawinkan dengan lelaki yang baik ..dan pastinya lelaki itu mampu membimbing dirinya..

paridah delete icon 28 Januari 2014 7:14 PTG

yelah KA kisah manusia ni mcm2..xterfikir dek kita.....tq Kesuma Angsana.

paridah delete icon 28 Januari 2014 7:27 PTG

itulah yg telah dilakukan bapanya hingga sanggup menawarkan wang billion HK kpd pemuda yg berjaya menawan hati anak gadisnya....tq acik Aku Penghibur.

Etika Maria delete icon 28 Januari 2014 9:25 PTG

Wah, kak Paridah dah baca aja nih buku itu.. Keren :)

paridah delete icon 28 Januari 2014 10:18 PTG

takdalah tika...xbaca lagi pun....tq Etika Maria.

Sobri Yaacob delete icon 30 Januari 2014 12:14 PTG

itulah bab buku tu memng saya x pnah baca..dan x pnah dgar..insaallah satu hari klau jumpa bleh la baca..stakat ni just sempat baca bku tun dr mathadir.. yg bab lesbian ..mana ada bapa x nak anaknya normal dan mlahirkan pewaris kluarga :)

paridah delete icon 30 Januari 2014 5:35 PTG

yeke...wah bca buku tun dr mahathir juga...kak ada juga beli buku tu...buku SBDY xpernah jumpa lagi...tp lbh seronok baca catatan drm tntg pngalaman hidupnya...kesilapan hidup yg dilakukan kini mungkin berakhir juga...masa yg akan mnntukannya moga niat ayahnya mahu lht anak gadisnya berubah normal trkabul.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”