بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

NAMANYA BERBEZA-BEZA, RUPANYA SAMA, RASANYA ADUHAI PEDAS MENYENGAT...

INILAH DIA, CILI PADI, CILI API, CABAI BURUNG, CABE RAWET, CILI PADI, LADA KECIK...


                                     Semua pic Hatijah Hussin  timeline untuk hiasan.

                                         KEGUNAAN UTAMA TENTULAH NAK BUAT SAMBAL BELACAN, BUDU, CENCALOK, SAMBAL KICAP SETIAP HARI ATAU RENCAH LAIN-LAIN MASAKAN. PENTING SEKALI DALAM MASAK LEMAK CILI PADI, RENDANG DAGING KESUKAAN ORANG-ORANG NEGERI SEMBILAN JUGA SIAPA-SIAPA SAJA YANG SUKAKAN MASAKAN TU. ADA SESETENGAH DARIPADA KITA YANG TIDAK GEMAR MAKAN NASI JIKA TIDAK ADA RASA PEDAS. MAKAN NASI SAMBIL MENGGIGIT CILI PADI PUN SUDAH PUAS RASANYA. KESUKAAN MASING-MASINGLAH TU YA...

TAPI JANGAN GUNAKANNYA UNTUK MENCILI MULUT ORANG YANG MENGUMPAT KEJI KITA IKUT SEDAP MULUT DIA SAJA YA...TAK PATUT SANGATLAH TU KAN...IKUTKAN HATI ITULAH YANG NAK DIBUAT AGAR SIPENGHAMBUR KATA-KATA PEDAS ITU MERASAKAN PULA KEPEDASAN SEBENAR MULUTNYA DISUMBAT CILI...


KHASIAT CILI PADI.
http://ping.busuk.org/
  • agen penghalang kanser dimana ia mempunyai sifat anti oksidan yang tinggi .
  • mengaktifkan denyutan jantung .
  • meransang peredaran dan memperbaiki peredaran darah dalam badan .
  • merangsang pengeluaran gas dari dalam sistem pencernaan.
  • membunuh cacing dalam perut .
  • boleh digunakan sebagai racun serangga ( cili + bawang putih ) 


AKARNYA DIKATAKAN BOLEH MERAWAR CIRIT BIRIT DAN DAUNNYA BOLEH DIGUNAKAN MENGUBAT BISUL. ITU PETUA DULU-DULULAH.
HARGANYA SEKILO LEBIH DARIPADA 20RM. TAPI TAKKAN NAK DIBELI BEGITU BANYAK UNTUK KEGUNAAN DAPUR DI RUMAH, SEDIKIT SAJA SUDAH MEMADAI. UNTUK KEGUNAAN YANG SEDIKIT SAJA ITU ELOKLAH DITANAM DI DALAM PASU-PASU KECIL BEGINI. CANTIK JUGA WARNA BUNGANYA YANG PUTIH BERSIH, BERTUKAR PULA MENJADI BUAH YANG HIJAU, MERAH, KUNING MENGHIASI TAMAN RUMAH KITA. KALAU TERLEBIH DARIPADA KEGUNAAN SENDIRI BOLEHLAH DIBERI KEPADA JIRAN-JIRAN TERDEKAT. KAN BANYAK DAPAT PAHALA TU...BUAT BEKAL DI AKHIRAT SANA...
HENDAK MENANAMNYA TIDAKLAH TERLALU SUSAH CUMA TABURKAN SAJA BIJI BENIH KE DALAM TANAH GEMBUR BERCAMPUR PASIR DAN SEDIKIT BAJA ORGANIK. SIRAMKAN DENGAN AIR YANG DIRENJIS-RENJIS. PABILA ANAK BENIH TUMBUH DAN AGAK BESAR BOLEHLAH DIUBAH KE DALAM BEKAS-BEKAS YANG BERSESUAIAN.
DI DALAM KEBUN SAWIT MEMANG BANYAK TUMBUH POKOK-POKOK CILI PADI NI, MUNGKIN ANASIR PENYEBARNYA IAITU BURUNG-BURUNG, AYAM HUTAN GEMAR MEMAKANNYA DAN BIJI-BIJINYA DIBAWA KE SEGENAP KEBUN SAWIT. MEMANG MUDAH MENEMUI CILI PADI YANG MERAH DAN LEBAT BUAHNYA DI BAWAH POHON-POHON SAWIT. KALAU RAJIN MENGUTIPNYA DAN MENJUALKANNYA BERDUIT JUGA...

22 ulasan - "PEDASNYA MENYENGAT...."

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 5 Januari 2014 5:37 PTG

cili padi sedap dibuat sambal belacan.. nasi goreng cili pdi pun sedap kak.. kreatif burung diperbuat daripada cili tu.. :D

joe delete icon 5 Januari 2014 6:07 PTG

indah sekali burung yang terbuat dari cabai

Dwi Alfina delete icon 5 Januari 2014 6:14 PTG

burung cabenya indah :)

paridah delete icon 5 Januari 2014 7:07 PTG

kalau suka pedas apa saja dimasak mesti nak masukan cili padi kan...tq Mizz Aiza.

paridah delete icon 5 Januari 2014 7:08 PTG

ya kreatif n rajin...tq joe..

paridah delete icon 5 Januari 2014 7:10 PTG

puas nak menyusun cabenya tu kan...tq Dwi Alfina.

Sobri Yaacob delete icon 5 Januari 2014 7:12 PTG

sis kat tempat saya pangil nama ni cabai burung..kadang cili padi..
memng senang nak jumpa cari je kat kawasan sawit or kebun getah..
tumbuh merata2..sdap buat nasi goreng pedas..

but ada satu fakta saya x tau la betul or x pasal cili padi ni..org ckap kalau cili padi yg ditanam pedas tandanya org itu pemarah kalau kurang pedas.. penyabar la sikit... he..he.. just joking :)
so nak tau dri tu pnyabar or pmarah tnamlah cili lpas tu rasa..he..he.. ;P

Abdul Kholiq Hasan delete icon 5 Januari 2014 7:22 PTG

cabe rawit,, ini rasanya sangat nendang kalau dibuat sambel apalagi kalau sambelnya di gunakan untuk ayam goren.. sedap...

nohas delete icon 5 Januari 2014 10:01 PTG

mengaktifkan denyutan jantung..memang benar sekali, bila makan, jantung berdegup kencang..hehe..

paridah delete icon 5 Januari 2014 10:12 PTG

apapun nama cilipadi memang pedas sobri...sangat pedas atau kurang pedas mungkin disebabkan ketahanan deria rasa kot. kak dulu suka makan pedas tp la ni pedas sikit pun rasa terbakar lidah...tq Sobri Yaakob.

paridah delete icon 5 Januari 2014 10:16 PTG

wah ayam goreng pun guna cabe rawet untuk sambalnya sedap tu...tq Abdul Kholiq Hasan.

paridah delete icon 5 Januari 2014 10:18 PTG

jantung berdegup kencang sebab kepedasan yer nohas...tq nohas.

BM delete icon 5 Januari 2014 10:25 PTG

Tanpa cili, makanan bagaikan tiada perisa... Lagi pedas lagi sedap! :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 5 Januari 2014 11:29 PTG

betul tu kak.. aiza memang kuat makan pedas.. kalau tak pedas rasa ada saja yang kurang ketika makan..

paridah delete icon 6 Januari 2014 6:49 PG

ya pedas2 cili api walau pedas dimakan juga tiap hari...

paridah delete icon 6 Januari 2014 6:55 PG

wah suka makanan pedas ya tanda orangnya berani n xgentar dgn masalah...tq BM

notie delete icon 6 Januari 2014 9:27 PG

Aruah mak saya penah masak sambal tumis cili api..... Pedas memang pedas tapi sedap bila cecah dengan ubi rebus tapi tulah kalau sesetengah orang jenis perut nipis , tak kuat pedas memang mengulang cik tan je lah.

BUNDA delete icon 6 Januari 2014 9:30 PG

Assalam...

memang betul tanpa pedas rasa tak lengkap sesuatu makanan/lauk...
Tapi bunda kurang makan pedas...

Seri Selaseh delete icon 6 Januari 2014 9:40 PG

hah.... tq tq... dah lama terpikir apa lagi yg nak ditanam di rumah. Nak cut cost.. Stakat ni dah ada kunyit, serai, pandan. tak terpikir plak pokok cili padi. Tq tq. Memang pasnih nak tanam cili padi plak.

paridah delete icon 6 Januari 2014 10:27 PG

sambal tumis cili api pedas tu...sedap tu makan dgn nasi mau berair mata menahan kepedasan...tp masakan mak xterbanding sedapnya walau apa saja yg dimasaknya...sabar yer notie...tq.

paridah delete icon 6 Januari 2014 10:29 PG

samalah kita ...dah tua2 ni kak dh xtahan pedas..lidah dh nipis...tq Bunda.

paridah delete icon 6 Januari 2014 10:33 PG

wah dh dpt tmbhan idea utk edible garden ya..bagus utk cut cost of living...tq Seri Selaseh.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”