Tuesday 7 January 2014

MENYESAL TAK SUDAH....


ASSALAMUALAIKUM..


pic google untuk hiasan.


"AKU SELALU SILAP BUAT KEPUTUSAN DALAM HIDUP NI..."

"CUBA KAU SEBUT KEPUTUSAN APA YANG SILAP BESAR TU..."

"TU..."

"KENAPA DENGAN SURAU TU? SURAU KITA KAN ELOK CANTIK . TEMPAT BERSOLAT ORANG-ORANG KITA DAN JUGA MEREKA YANG SINGGAH DALAM PERJALANAN...APA YANG NAK DISESALKAN PULA?"

"AKU CUMA MENDERMA SEELA PASIR SAJA..."

"AKU PUN CUMA DAPAT BERI SEKAMPIT SIMEN...HABIS ITU SAJA YANG AKU MAMPU PUN..."

KAWANNYA TIDAK MENYAMBUNG BICARA. HANYA TERDIAM TIDAK BERKELIP MERENUNG SURAU KECIL COMEL YANG DI TEPINYA TEGAK POHON BIDARA YANG RIMBUN. POHON BIDARA DITANAM IMAM SURAU ITU. DAUN BIDARA AMAT PERLU UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH YANG MENINGGAL DUNIA.

'AKU DULU MAMPU UNTUK MEMBIAYAI BINAAN KESELURUHAN SURAU ITU TAPI AKU LEBIH MEMILIH UNTUK MEMILIKI HABUAN DUNIA DENGAN MELABUR SEJUMLAH WANG YANG BANYAK DALAM PASARAN SAHAM INDEKS LUAR NEGARA YANG TIDAKKU KETAHUI UJUNG PANGKALNYA. SUDAHNYA WANG YANG DILABUR, LEBUR LESAP. JIKALAU AKU BIJAK SEDIKIT TENTU WANG ITU TELAH AKU GUNAKAN MELABUR UNTUK HARI AKHIRATKU....

PESANAN USTADZ DI MASJID MASIH KUINGAT ANTARA AMAL KEBAJIKAN YANG KEKAL BERSAMBUNG PAHALANYA SELAGI DIGUNAKAN DAN BESAR FADILATNYA UNTUK MENOLONG KITA DI AKHIRAT SANA KELAK ADALAH:-

1.  MEMBINA MASJID/SURAU.
2.  MENGAJAR ILMU YANG BERMENAFAAT
3.  MENULIS BUKU-BUKU ILMU..
4.  MEMBINA KOLAM..
5.  MEMBINA JALAN
6.  BERSEDEKAH JARIAH.

DAN BANYAK LAGI AMAL-AMAL KEBAJIKAN YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS BUKAN RIAK.

HENDAK MENYESAL PUN PERKARA ITU TELAH BERLAKU. CUMA HARUS AKU BERINGAT UNTUK TIDAK TERLALU KEDEKUT MELABUR WANG DALAM AMAL KEBAJIKAN KERNA IANYA BERKEKALAN. HABUAN DI DUNIA PERLU SEADANYA.' HATINYA BERDESIS.

31 comments:

  1. Amal jariyah ya bunda ... hehe. Posting artikel yang bermanfaat dan mengarahkan pembaca pada kegiatan berpahala juga termasuk bukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar mencoret bicara minda...tq Fahrizal Mukhdar..

      Delete
  2. Mohon keampunan drpd Nya. Semoga yg sudah berlalu itu dihapuskn dosa2 itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. astaghfirullah...sesungguhnya kita ini adalah org2 yg terlalai n berdosa...tq Khairin annies.

      Delete
  3. dunia utk menabung saham akhirat..menyesal di akhirat, memang tak sudah..a point of no return..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu...melabur saham akhirat banyak2 agar tiada penyesalannya...tq nohas.

      Delete
  4. amal yang tidak pernah terputus dan akan selalu mengalir pahalanya meski sudah tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betultu...pahalanya bak air mengalir tidak pernah putus...tq Abdul Kholiq Hasan.

      Delete
  5. semoga selalu diberi kebijaksanaan dlm hidup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya Allah harus bijaksana mengatur hidup....tq Kang Zeer El-Elwatsi

      Delete
  6. in sya Allah...terima kasih Muhammad Khairuddin Lim.

    ReplyDelete
  7. Satu cerita yang membuat kita termenung sebentar menyelidiki apakah harta-harta yang kita dapat disalurkan ke arah mana. Apakah yang kita belanjakan selama ini ke arah duniawi sahaja ke ataupun ada sedikit ke arah akhirat. Apa pun kata ustaz yang saya dengar dalam satu bicara Rohani, sedekahlah makan pada sesiapa samada kawan opis atau kawan baik pada setiap hari jumaat walau hanya sebungkus nasi lemak kerana fadilatnya sedekah pada hari kumaat bertambah-tambah fadilatnya. Ilmu yang bermanfaat walaupun hanya secebis tapi ianya menjadi ikutan sepanjang hayat juga dapat menambahkan fadilat ke akhirat jika ianya ikhlas di ajar kepada orang lain. Membeli kerusi roda dan disedekahkan pada hospital manfaatnya akan berterusan selagi ada orang yang mengunakannya. Itu dalah secebis yang saya ingat. (lupa baca kat mana)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya perlu muhasabah diri berfikir apa yg kurang n perlu tambah n tingkatkan amalan2 baik yg berpehala sbg bekal ke akhirat...pelaburan saham akhirat adalah harta kita yg sebenarnya...bukan harta2 dunia yg semuanya ditinggalkan kpd waris setelah kita tiada...

      Delete
  8. Assalamualaikum. Terima kasih atas entry yang bermanfaat ini.

    Kesihatan yang baik bermula daripada makanan. Klik --> Vitamin Suci untuk info lanjut. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..terima kasih sudi singgah blog karyaku...tq Vitamin Suci.

      Delete
  9. yes..makcik sharing yg baik2 saja in sya Allah...tq Dwi Alfina.

    ReplyDelete
  10. BETUL SGT2 TU KAK
    MCM KISAH RM1 DAN RM50
    RM1 SELALU MASUK TABUNG MASJID
    RM50 MASUK SOPIM MALL

    ReplyDelete
  11. Lebih kuranglah tu irfa.....tq Irfa.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas peringatan ini kak paridah... :)

    ReplyDelete
  13. sama2 mengingatkn diri sendiri sebenarnya idah....tq acik idah.

    ReplyDelete
  14. ianya juga salah satu pelaburan kita di alam kubur nanti.. ramai yang masih berkira-kira untuk itu.. terima kasih kerana mengingatkan aiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan mengingatkan aiza r sesapa tapi lbh utk diri sendiri...terima kasih aiza turut rasa apa yg kak rasa...kita hanya insan biasa n xsempurna mana...

      Delete
  15. Contoh dan teladan disebalik paparan.
    Moga kita jadikan iktibar mohon tidak lalai dgn dunia semata-mata.

    ReplyDelete
  16. ya dunia melalaikan kita,semakin dikejar jadi lelah n tanpa sedar dunia meninggalkan kita tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  17. semoga kita semua beringat akan keperluan mengalirkan wang , tenaga serta tulisan ke arah jariah yg berpanjangan .

    ReplyDelete
  18. mudah2an sentiasa kita beringat setiap yg kita lakukan keputusan bijaksana dunia n akhirat...tq QV

    ReplyDelete
  19. sebuah cerita narasi yang menarik untuk di renung dan di simak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya terima kasih sekafar renungan bersama...tq Ali Taufik sudi singgah blog karyaku.

      Delete
  20. Cerita yang memberi pengajaran..... Apa yang kita miliki dihari ini....itu bukan milik kita

    ReplyDelete
  21. in sya Allah...yang kita miliki di dunia xmembawa kemana kecuali harta yg telah dijadikan amal jariah....tq ANAK KUALA.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist