بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

AHAD LALU BERPELUANG BERSAMA ANAK-ANAK MENAIKI BUKIT TINGGI BERJAYA HILL RESORT.

MUDAH SAJA NAK MENGENALI LETAK TEMPAT TU KERNA DARI LEBUHRAYA KARAK SUDAH JELAS KELIHATAN BINAAN TANDA YANG TERPAMPANG DI PUNCAK BUKIT TINGGI. JALANNYA BENGKANG-BENGKOK MENDAKI BUKIT DENGAN HAWA YANG DINGIN NYAMAN.

SEBAB TEMPAT NI PRIVATE PROPERTY HENDAK MASUK KE SINI DIKENAKAN BAYARAN YANG TINGGI JUGA. SEBUAH KERETA YANG DIPENUHI PENUMPANG  DEWASA DAN KANAK-KANAK LANGSAI JUGA 110RM..

ADA HOTEL DAN BINAANNYA BERKONSEPKAN SENIBINA PERANCHIS. TAMAN-TAMAN TERSEDIA PELBAGAINYA DENGAN INDAH MENURUT PENGGEMARNYA. KALAU SUKA NAK MELEPAK SANTAI ADA TAMAN YANG LUAS UNTUK DIRONDA.








NAK MENUNGGANG KUDA MENGIKUT TRAIL YANG TERSEDIA BOLEH JUGA ATAU NAK BERMAIN GOLF, PADANG GOLFNYA HIJAU TERBENTANG.

RAMAI YANG MEMBUAT KUNJUNGAN PERCUTIAN KE SINI DAN ADA JUGA NAMPAKNYA PASANGAN PENGANTIN YANG MERAKAMKAN DETIK INDAH PERKAHWINAN MEREKA.

SESEKALI TERFIKIR ALANGKAH BERTUAHNYA HIDUP KALAU SEKAYA TAN SRI VINCENT TAN YANG MEMILIKI PROPERTY SEBUAH TANAH TINGGI PERCUTIAN YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA INI...HMMM...


13 ulasan - "JALAN-JALAN KE BUKIT TINGGI BERJAYA HILL RESORT..."

Etika Maria delete icon 4 Januari 2014 12:37 PG

Seru pastinya kak liburan nya, apalagi bersama keluarga.. Selamat malam kak :)

nohas delete icon 4 Januari 2014 12:49 PG

Belum pernah sampai lagi ke sini...hidup kita bertuah juga, kak walaupun tak kaya mcm tan sri, dpt nikmat iman dan Islam..Alhamdulillah..kaya tu subjektif...selamat berhujung minggu..

Friska Lee delete icon 4 Januari 2014 4:31 PG

seru sekali kelihatannya bila-bila saya mau juga ke malaysia jalan-jalan cuma sekarang belum ada wangnya ..

paridah delete icon 4 Januari 2014 9:53 PG

ya menyeronokan sekali bercuti di sini..salam pagi tika...tq Etika Maria.

paridah delete icon 4 Januari 2014 10:01 PG

cantik sekali view di sini nohas...saja jer berangan-angan, hidup seadanya pun sudah amat bersyukur alhamdulillah apalagi berada dlm nikmat Islam sbg umat terpilih in sya Allah...selamat berehat hujung minggu.....tq nohas.

paridah delete icon 4 Januari 2014 10:06 PG

ya friska tempatnya cantik menarik...silalah berkunjung ke sini ramai kawan2 kita yg boleh jadi tourist guide utk friska....tq Friska Lee

Sobri Yaacob delete icon 4 Januari 2014 12:10 PTG

salam sis..
ar ah x pnah sampai sini lg..tapi view tempat ni memang lawa..
mcm kat france pun ada..
mana stukah sis?? yg btudung putih itukah>?:P

paridah delete icon 4 Januari 2014 1:16 PTG

wsalam...di sini ok juga untuk bercuti tapi costly sikit...maklum mcm percutian kat france tu..kak kat dlm keta xkeluar lagi...semua tu pic anak2...tq Sobri Yaakob.

Pha Is delete icon 5 Januari 2014 7:10 PG

macam istana

paridah delete icon 5 Januari 2014 10:45 PG

ya...istana Peranchis kot....tq Pha Is.

Sobri Yaacob delete icon 6 Januari 2014 8:59 PTG

owh ingat yg tudung putih tadi :P

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 7 Januari 2014 2:11 PTG

aiza pernah sampai di sana sekali.. masa tu masih belajar sekitar tahun 2006..

paridah delete icon 10 Januari 2014 3:03 PTG

yeke...cantikkan tempatnya...tq Mizz Aiza.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”