بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...




SETIAP KALI TIDUR KADANG ADA PELBAGAI CERITA MIMPI YANG MENEMANI TIDUR KITA. ADAKALANYA MIMPI KITA BAGAIKAN SEBUAH DRAMA PENDEK YANG MEMBERI ILHAM KEPADA MEREKA YANG BERMINAT BERKARYA SASTERA. ADA JUGA YANG TIDUR LANGSUNG TIDAK MENGALAMI SEBARANG MIMPI...NYAMAN SAJA TIDURNYA SEHINGGA SIANG.

TAPI MIMPI YANG BERLAKU KEPADA SEORANG BAPA YANG DITIMPA MUSIBAH KEHILANGAN TIGA ANAK PEREMPUAN YANG SANGAT DIKASEHINYA LANTARAN DIBUNUH DI TALIAIR DAN BENDANG DI KEDAH BEBERAPA MINGGU LALU TELAH MENJADI PENYELESAIAN KES PEMBUNUHAN TERSEBUT...SEOLAH ALLAH MENGHANTAR ILHAM UNTUK MEMECAH KEBUNTUAN YANG MEMBELENGGU MINDA SEORANG HAMBA-NYA YANG TIDAK BERDAYA...baca petikan berita di bawah..


Mimpi lerai misteri KEHILANGAN tiga anak sekali gus apatah lagi dibunuh, adalah sesuatu yang amat sukar diterima oleh mana-mana ibu bapa.

Itulah yang dilalui oleh Rusdi Rani dan Siti Aisyah Arifin di Kampung Alor Semelah, Alor Setar. Kesemua tiga anak pasangan itu, Nur Syafika Nadia, 14, Nur Izzati, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui mati pada akhir November lalu.

Kejadian tersebut mencetuskan kegemparan di Kedah. Ramai tertanya-tanya apa cerita sebenar kes itu kerana sudah lebih sebulan, tiada sebarang perkembangan.

Dari hari ke hari, Rusdi dan Siti Aisyah menanggung keperitan yang tidak terhingga.
Pada Selasa lalu, Rusdi, 39, menceritakan bagaimana beliau mengalami mimpi aneh. Dalam mimpi itu anak sulungnya muncul menyebut nama seorang remaja di kawasan berhampiran yang dipercayai bertanggungjawab.

Walaupun sekadar mimpi, hal itu dilaporkan kepada polis dan ia menjadi petunjuk baharu. Misteri pembunuhan itu akhirnya terungkai apabila polis pada Khamis lalu, menahan dua remaja berusia 19 tahun termasuk suspek utama yang namanya disebut melalui mimpi.

Dalam kejadian itu, menurut sumber polis, suspek cuba merogol Nur Syafika tetapi gagal lalu bertindak membunuhnya sementara dua beradik lagi mati lemas selepas ditolak ke dalam sungai.
Awang paparkan kisah ini kerana sangat tersentuh dengan tragedi yang menimpa sebuah keluarga dalam kalangan rakyat biasa.

Beberapa kali menatap wajah sugul Rusdi dan Siti Aisyah menerusi media, perasaan Awang terusik. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bayangkan jika kejadian seperti itu menimpa anak-anak kita?



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140119/re_04/Bisik-Bisik-AWANG-SELAMAT#ixzz2qtNURu6X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

28 ulasan - "ERTI SEBUAH MIMPI ..."

nohas delete icon 20 Januari 2014 10:51 PTG

Subhanallah..doa mereka yg dizalimi itu tiada hijab..Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat..

Etika Maria delete icon 20 Januari 2014 10:58 PTG

Subhanallaah, sungguh hanya orang2 kuat yg diberi cobaan seperti suami istri ini...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 21 Januari 2014 1:35 PG

alhamdulillah kes ini menemui jalan penyelesaian.. al-fatihah kepada ketiga-tiga mangsa..

Kang Zeer El-Watsi delete icon 21 Januari 2014 8:33 PG

alhamdulillah...disuguhi artikel menarik:)

Irfa delete icon 21 Januari 2014 8:33 PG

mmg mnyedihkan, 3 anak hilang sekaligus
berat dugaan bagi mereka
alhamdulillah, si pelaku sudah di tangkap
moga mendapat balasan setimpal
# tak tahu pulak dpt msge dlm mimpi
mgkin anak itu terseksa sgt saat mati nya

notie delete icon 21 Januari 2014 8:44 PG

Al fatihah buat ketiga-tiga mangsa. Semuga perbuatan mereka yang tidak berperi kemanusiaan itu mendapat pembalasan.

Friska Lee delete icon 21 Januari 2014 9:07 PG

tabah dan Tuhan pasti memberikan sesuatu yang indah suatau hari nanti :)

paridah delete icon 21 Januari 2014 9:16 PG

ya Allah Maha mengetahui bisikan doa hambanya yg teraniaya didengari Yang Esa...tq nohas.

paridah delete icon 21 Januari 2014 9:20 PG

ya dugaannya sangat hebat tika.....kehilangan tiga anak sekaligus dlm insiden yg sukar diterima...tq Etika Maria.

paridah delete icon 21 Januari 2014 9:24 PG

ya syukur alhamdulillah..ketiga-tiga mangsa mendapat pembelaannya....tq Mizz Aiza

paridah delete icon 21 Januari 2014 9:26 PG

terima kasih turut mengikuti apa yg dipaparkan....tq Kang Zeer El-Watsi.

paridah delete icon 21 Januari 2014 9:31 PG

ya irfa bersyukur sungguh mangsa yg teraniaya cpt dikesan pelakunya....Allah memberi petunjuk dlm segenap perkara n kita perlu peka...tq irfa/

paridah delete icon 21 Januari 2014 9:39 PG

ya al fatihah hadiah kita utk mrk ...anak2 kecil yg suci telah ke rahmatullah dgn pesanan kpd mrk yg tinggal agar sentiasa berhati-hati menjaga amanah Allah ..in sya Allah mrk yg kejam lagi zalim ini akn dpt pmbalasn yg setimpal...tq notie

paridah delete icon 21 Januari 2014 9:42 PG

ya in sya Allah..moga kedua-dua ibubapa mangsa tabah dengan ujian yg dihadapi mrk.....tq Friska Lee.

Khai♥Rin : anies delete icon 21 Januari 2014 10:34 PG

alfatihah buat ketiga2 mangsa..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 21 Januari 2014 10:55 PG

secara tidak langsung juga membuktikan anggota polis semakin cekap menjalankan tugas..

paridah delete icon 21 Januari 2014 11:19 PG

ya..terima kasih Khairin annies.

paridah delete icon 21 Januari 2014 11:22 PG

betul tu kak setuju...polis kita cekap walauinfo berdasarkan mimpi tetap disiasat...tq Mizz Aiza.

Sylarius Yusof delete icon 21 Januari 2014 3:16 PTG

Cuma yang tak puas dalam hal ini bila macam mana si pelaku boleh tergamak berlaku kejam terhadap anak-anak kecil tersebut.

paridah delete icon 21 Januari 2014 3:20 PTG

ya..mmg sukar nak faham tindakan manusia yg tiada perikemanusiaannya....tq Sylarius Yusof.

Muhammad Luthfi delete icon 21 Januari 2014 4:38 PTG

Arti sebuah mimpi kadang ada yang baik dan ada yang buruk hiks :'(
seperti tadi saya mimpi buruk mbak hehe :(

Kesuma Angsana delete icon 21 Januari 2014 4:56 PTG

moga yg bersalah menerima hukuman sewajarnya... mimpi kdg2 membawa erti kan kak !

paridah delete icon 21 Januari 2014 6:47 PTG

ya mimpi juga kadangkala adalah petunjuk r ilham..kalau mimpi buruk setelah sedar ludah ke kiri itu petua org alim luthfi....tq Muhammad Luthfi.

paridah delete icon 21 Januari 2014 6:51 PTG

ya..KA..ramai yg anggap mimpi mainan tidur tp pada kak mimpi membawa maksud tertentu...semoga pesalah yg terlibat xterlepas drpd hukuman setimpal. ..tq Kesuma Angsana.

Aku Penghibur delete icon 21 Januari 2014 10:13 PTG

.. si pelaku sampai hati buat sedemikian rupa :( kejam

Wirda Amir delete icon 22 Januari 2014 12:32 PG

terlerailah misteri melalui mimpi. . . .

paridah delete icon 22 Januari 2014 7:44 PG

ya sifat antigonis manusia itu berada dimana saja...tq acik Aku Penghibur.

paridah delete icon 22 Januari 2014 7:47 PG

ya Allah mengizinkannya berlaku begitu...tq Wirda Amir.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”