بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...




Arnab (rabbit) atau kelinci (hare) merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalamorder Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.
Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari bahasa Arab, iaitu arnab[1] (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab".[2] Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972.[3]Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.
sumber wikipedia.

SAMPAI HATI KE KALAU ARNAB CANTIK NI KITA SEMBELIH, DAH TU DAGINGNYA KITA MASAK RENDANG KE, KARI KE, MASAK KICAP KE? KALAU OKAY, JOMLAH!...kata noradabi rosdi.

pic noradabi rosdi.
DI RUMAH PI ADA DUA EKOR ARNAB PUTIH YANG COMEL TAPI BUKAN MILIK PI. ENTAH DARIPADA MANA DATANGNYA. PABILA DITANYA KEPADA JIRAN-JIRAN TIDAK ADA YANG MENGAKU. JADI DIBIARKAN SAJA ARNAB INI BERMAIN DI LAMAN RUMAH. DAN HABISLAH PUCUK-PUCUK MUDA POKOK BUNGA DAN SAYUR DI KERJAKANNYA.

DAGING ARNAB NI SEDAP RASANYA DAN KURANG KANDUNGAN KOLESTEROL TAPI PI BELUM PERNAH MERASANYA.

SUMBER MAKANAN YANG HALAL DIMAKAN NAMUN SANGGUPKAH ARNAB-ARNAB COMEL INI DISEMBELIH YA...

RESEPI RENDANG ARNAB.
http://resepiworld.blogspot.com/2010/10/resepi-rendang-arnab.html

BAHAN-BAHANNYA :

1ekor arnab
1 sudu besar kunyit serbuk
2 sudu besar serbuk cili
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 in halia
1in lengkuas
1/2 biji kelapa dijadi kan kerisik
2 batang serai
1 biji kelapa-ambil 2 mangkuk santan pekat
1 senduk minyak masak

CARA MEMBUATNYA :

1. Arnab di potong dan dibersihkan, .Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas ditumbuk halus
Serai dititik
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi dan barulah dimasuk
kan daging dan garam secukup rasa
3. Kemudian masukkan pati santan. Kacau supaya semuanya sebati, dan biarkan kuahnya
menjadi kering

SEDIA DIHIDANG.


16 ulasan - "ARNAB-ARNAB COMEL..."

Rezky Alfiand delete icon 10 Januari 2014 11:53 PTG

hehehe mantap deh kelinci nya. Comel banget gan :)

nohas delete icon 11 Januari 2014 2:20 PG

comelnya..tak sampai hati nak makan arnab..

Friska Lee delete icon 11 Januari 2014 4:20 PG

dulu pernah piara dua juga dirumah tapi sayang dah mati :D

paridah delete icon 11 Januari 2014 7:38 PG

ya arnab2 comel...tq Rezky Alfiand

paridah delete icon 11 Januari 2014 7:40 PG

samalah dgn kak....tq nohas

paridah delete icon 11 Januari 2014 7:43 PG

sukakan arnab ya...cari gantinya yg baru...tq Friska Lee

Kang Zeer El-Watsi delete icon 11 Januari 2014 10:16 PG

wah mengerikan kalau harus menyembelih arnab :D

Nick Nashram delete icon 11 Januari 2014 10:23 PG

kat rumah saya ade pelihara.
masa beranak anak2 dia merah lagi..huhu

Dwi Alfina delete icon 11 Januari 2014 11:11 PG

gak tega makannya:( abis arnabnya lucu

paridah delete icon 11 Januari 2014 11:11 PG

wah lembut hatinya ni..xsampai hati ya....tq Kang Zeer Elwatsi.

paridah delete icon 11 Januari 2014 11:16 PG

yeke...hairan juga tengok anak2 arnab yg baru lahir berwarna merah tanpa bulu ya...bila dh besar cantik n comel....tq Nick Nashram.

paridah delete icon 11 Januari 2014 11:19 PG

dagingnya lazat tu...tp makcik pun xsampai hati nk makan sbb terbayangkan kucing....tq Dwi Alfina.

Pha Is delete icon 12 Januari 2014 7:26 PG

x pernah lagi merasa daging arnab..

Sobri Yaacob delete icon 12 Januari 2014 11:08 PG

wow..cantiknya gambar2 arnab tu.
skali baca sampai abih rupanya resepi masak arnab..
x pnah merasa dging arnab :)

paridah delete icon 12 Januari 2014 7:00 PTG

yeke...sedap tu..samalah kita...tq Pha Is.

paridah delete icon 12 Januari 2014 7:04 PTG

sesekali upload resepi dgn sedikit kisah yg berhubung dgn topik berkaitan kan...kata yg dh merasa daging ni sedap sangat....tq Sobri Yaakob.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”