بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
HANYA tinggal dua hari untuk Zana memberikan keputusan. Tempoh seminggu yang diberikan kepadanya, terasa begitu cepat.

 Menerima lamaran atau tidak? Ternyata tempoh lima tahun meninggalkan alam perkahwinan, parutnya masih terasa. Mahu sahaja dibuang jauh-jauh memori hitam perkahwinan sebelum ini. Apakah perkahwinan kali kedua ini mampu mengisi kembali sisa-sisa kebahagiaan kehidupan rumah tangga yang pernah terbina dahulu.

Suatu ketika dahulu, tatkala menerima lamaran Zaki untuk memperisterikannya, betapa perasaan gembira dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Memang itu yang diharapkannya. Hadirnya seorang lelaki dalam kehidupannya, sekali gus membimbingnya menjadi isteri yang solehah dan mithali.

pic google.

Merisik daripada teman dan rakan-rakan yang mengenali Zaki, Zana dikatakan menolak tuah andai lamaran tersebut ditolak. Zaki, pemuda yang mempunyai pendidikan ilmu agama, juga berkerjaya. Apa lagi yang dia mahukan? Bukankah Islam juga menyarankan, jika hendak memilih isteri atau suami, maka dalam empat perkara yang perlu diberi perhatian, yang memiliki agama adalah keutamaannya.

Akhirnya Zana bersetuju menerima lamaran Zaki. Harapan Zana, rumah tangga yang bakal dibina bersama Zaki, akan kekal bahagia selama-lamanya. Tapi langit tidak selalunya cerah. Mendung datang bertamu menguji emosi Zana. Pada awalnya Zana tidak mahu mempercayainya.

 Cerita-cerita yang didengari daripada teman-teman Zaki cuba ditolak mentah-mentah. Dia kenal siapa suaminya. Mana mungkin suaminya mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang! Mustahil. Zaki tidak akan melakukannya.

Suatu malam, Zana menguatkan hati untuk mendapatkan kesahihan daripada mulut suaminya sendiri. Dia tidak mahu terpedaya dengan kata-kata yang disampaikan kerana khuatir terperangkap dalam mainan fitnah.

Dummm! Bagai petir menyambar ke tangkai jantungnya. Zaki mengiakan. Namun yang menjadi penghalang hubungan suaminya dengan perempuan itu,(Mira) ialah ikatan perkahwinan Mira yang tidak mahu dilepaskan oleh si suami, Farid.

Kata Farid, dia mahu melihat sejauh mana perbuatan curang Mira mampu diteruskan. Talak di tangannya dan hanya dia yang akan menentukan nasib si isteri.

Ternyata angau percintaan membuatkan manusia tidak kenal mana kaca, mana permata. Zaki dan Mira masih meneruskan hubungan sulit mereka sekalipun tahu, hubungan itu tidak akan membawa mereka ke alam perkahwinan. Makan, menonton wayang, berlibur, membeli-belah dan apa jua aktiviti yang dilakukan, pasti Zaki akan bersama Mira.

 Rumah? Hanya malam yang menyambut kepulangannya. Itu pun sekadar untuk merehatkan tubuh yang keletihan.
Sampai bila? Suara hati bertalu-talu mempersoalkan, sanggupkah Zana terus makan hati dengan kerenah suaminya sekalipun berpuluh kali dipujuk dan dinasihati agar melupakan Mira. Namun jawapannya hampa. Mira tetap menjadi pilihan Zaki.

Zana nekad. Dia tidak mahu menjadi isteri dayus ‘berkongsi’ dosa bersubahat dengan maksiat yang dilakukan oleh si suami. Zana memohon agar Zaki menceraikannya. Tapi Zaki enggan. Jalan akhir, Zana memfailkan fasakh dan akhirnya berjaya.

Setelah segala urusan selesai, Zana membuat keputusan pulang ke rumah orang tuanya bersama tiga cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Zaki. Zaki ditinggalkan dalam keadaan masih lena dibuai mabuk cinta dengan isteri orang.

24 ulasan - "ANDAI JODOH TIDAK PANJANG..."

nohas delete icon 31 Januari 2014 11:41 PTG

bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi...dunia, dunia..

babYpose delete icon 1 Februari 2014 12:12 PG

Nauzubilahiminzalik...

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 1 Februari 2014 7:44 PG

Bila nafsu mengatasi iman...

Dwi Alfina delete icon 1 Februari 2014 9:12 PG

naudzubillah, nafsu mengalahkan iman ;(

Sobri Yaacob delete icon 1 Februari 2014 10:36 PG

menarik.. membuatkan diri terfikir..nafsu atau kemahuan / kehendak..

paridah delete icon 1 Februari 2014 10:49 PG

ya...dunia dgn kisahnya....tq nohas

paridah delete icon 1 Februari 2014 10:51 PG

ya mohon dijauhi segala kemungkaran...tq babYpose.

paridah delete icon 1 Februari 2014 10:53 PG

ya nafsu dibiar merajai diri...tq -Kak Nah Backyard.

paridah delete icon 1 Februari 2014 10:56 PG

ya...mohon Allah memelihara kita drpd melakukan dosa keji....tq Dwi Alfina.

paridah delete icon 1 Februari 2014 10:58 PG

apa susah sangat nak fikir setiap kehendak perlu berlandaskan iman....tq Sobri Yaakob.

Aku Penghibur delete icon 1 Februari 2014 12:46 PTG

bila nafsu mengalahkan iman... ya ALLAH .. entri ini beri kesedaran pada diri ini yang banyak kelemahan

paridah delete icon 1 Februari 2014 1:41 PTG

ya kita sentiasa selalu melakukan kesilapan kerana kelemahan diri tapi patut berusaha memperbaiki kesilapan.....tq acik Aku Penghibur.

Purnomo Jr delete icon 1 Februari 2014 4:44 PTG

Ini kisah nyata ya..

acik idah delete icon 1 Februari 2014 5:24 PTG

Itu namanya cinta buta... buta hati... buta segala2 nya...

paridah delete icon 1 Februari 2014 5:33 PTG

ya kisah nyata n benar berlaku di mana saja....tq Purnomo Jr.

paridah delete icon 1 Februari 2014 5:34 PTG

ya..setuju dgn idah....tq acik idah.

Qaseh Wee delete icon 1 Februari 2014 9:26 PTG

jika suami itu benar2 beriman , semua itu takkan berlaku ... alhamdulillah zana dapat melepaskan beban ...

paridah delete icon 1 Februari 2014 9:39 PTG

ya betul tu...zana bertindak bijak tidak membiarkan dirinya n anaknya tersiksa....tq Qaseh Wee.

Devy Indriyani delete icon 1 Februari 2014 10:36 PTG

cinta diambang keningungan neh..hehehe

kunjungan pedana. salam kenal

Dwi Alfina delete icon 2 Februari 2014 9:17 PG

salam hujung minggu makcik

paridah delete icon 2 Februari 2014 11:49 PG

begitu pula ya...terima kasih Devy Indriyani...sudi singgah blog mcik.

paridah delete icon 2 Februari 2014 11:50 PG

ya salam hujung minggu Dwi Alfina...tq.

Atiqah Wadiah delete icon 2 Februari 2014 1:22 PTG

Ni cerita betul ke ni?ke novel?hehe..klu btol,sedihnya jd zana :'(

paridah delete icon 2 Februari 2014 1:41 PTG

YA cerita benarlah tu...xpa zana bertindak cepat demi masa depannya...tq Atiqah Wadiah sudi singgah blog karyaku.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”