بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
DATO' IDRIS BUANG MENULIS....

Assalamualaikum kawan2 fb. Sama2 lah kita hayati kisah 9 mimpi Rasullullah S.A.W. yang sangat relevant buat kita semua umat umat Baginda.Semoga kita mengambil iktibar darinya.
Semoga Iman,Amalan,Ibadah,Rasa Syukur,Keinsafan,Kasih & Ketqwaan kita terhadap ALLAH swt bertambah kukuh dengan penuh tawaduq dari hari ke-hari dari tahun ke-tahun.

Selamat Tahun Baru & Salam 2014 kepada semua kawan2 fb,sanak saudara sahabat handai & adik kakak sekalian serta keluarga dimana saja anda semua berada. Aameen & Wassalam.



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

 1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

 2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

 3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku. 

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

23 comments - "9 MIMPI RASULLULLAH SAW..."

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 2 January 2014 at 12:18

sangat bermanfaat perkongsian mengenai 9 mimpi rasulullah saw ini kak.. menambah ilmu baru untuk aiza..
p.s: cantik header baru blog kak.. :D

Achmad Fazri delete icon 2 January 2014 at 12:36

Semua itu tergantung amal ibadah ya.. Amal baik akan menyelamatkan, sedangkan amal buruk akan menyiksa

Sobri Yaacob delete icon 2 January 2014 at 13:13

terima kasih pkongsian sis faridah..semoga kita sma2 saling ingat mengingati ya :) amin..

BM delete icon 2 January 2014 at 13:27

Betapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap umatnya, sentiasa mengingati kita agar tidak terlalai. Selawatku keatas Nabi SAW.

paridah delete icon 2 January 2014 at 13:30

yalah aiza kita ini bukanlah banyak sangat ilmunya, banyak yg kita pelajari lebih banyak kita tak tahu...kak sekadar berkongsi ilmu mrk yg tahu mudah2an memanafaatkan...tq Mizz Aiza.

paridah delete icon 2 January 2014 at 14:24

ya amal ibadah yg menjadi bekalan kita di akhirat sana...tq Ahmad Fazri.

paridah delete icon 2 January 2014 at 14:27

yes sharing is caring...walau sepotong ayat kita kongsikan manafaatnya....tq Sobri Yaakob.

paridah delete icon 2 January 2014 at 14:31

ya Rasullullah sgt mengasehi kita umatnya..berselawatlah jgn alpa demi junjungan yg mulia...tq BM...

Kakzakie delete icon 2 January 2014 at 15:34

Kesimpulannya walau apa juga ibadah yg dilakukan biarlah khusyuk, ikhlas dan kerana Allah kerana sesungguhnya hanya amalan kita yang membantu kita di akhirat kelak...

Selamat tahun baru dari kakak.

paridah delete icon 2 January 2014 at 15:55

YA Amalan2 ibadah harus diperbanyakan n iklas melakukannya in sya Allah..SELAMAT TAHUN BARU Moga langkah hidup lbh lncar n Allah permudahkan semua urusan...tq Kakzakie.

Aku Penghibur delete icon 2 January 2014 at 17:58

Allahuakbar !!
Betapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap umatnya,terima kasih atas pkongsian

paridah delete icon 2 January 2014 at 20:00

bertuahnya kita terpilih menjadi umat Rasullullah SAW...subhanallah...tq acik Aku Penghibur.

Sobri Yaacob delete icon 2 January 2014 at 20:38

ur wc sis :)

nohas delete icon 2 January 2014 at 22:01

syukran kerana berkongsi ilmu yg bermanfaat ini...semoga kita istiqomah melakukan kebajikan dgn ikhlas dan menjauhi larangannya..

wanariahamiza delete icon 3 January 2014 at 00:46

Assalamualaikum bunda Paridah. Salam ziarah tahun baharu. Moga tahun ini lebih baik hendaknya.
Terima kasih atas perkongsian ilmu dalam entri ini. :)

Abdul Kholiq Hasan delete icon 3 January 2014 at 08:14

itulah mengapa seharusnya umat manusia (umat islam) berlomba-lomba dalam kebaikan bukan saling menuduh dan saling menikam dari belakang hanya demi kebahagian duniawi yang hanya sementara

paridah delete icon 3 January 2014 at 08:51

sam2...kita kongsi ilmu yg kita yakini kesahihannya....tq nohas.

paridah delete icon 3 January 2014 at 08:54

wsalam anakanda...salam tahun baru...insya Allah kita mohon doa hari ini lebih baik dari semalam...tq wanariahamiza...

paridah delete icon 3 January 2014 at 08:58

wah indahnya kalimat yg disusun...bunda setuju dgn AKH hidup ni sementara, banyakkan berbuat amal kebaikan sesama kita...bukan sebaliknya...tq Abdul Kholiq Hasan.

Kesuma Angsana delete icon 3 January 2014 at 10:25

salam kak, menyinggah ari ini & terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya ye!

Khai♥Rin : anies delete icon 3 January 2014 at 13:29

saya suka yg nombor 9 tu...hanya bersedekah, dpt menghalang api neraka

paridah delete icon 3 January 2014 at 14:08

wsalam KA...kak mmg tertunggu-tunggu kunjungan KA..itu tandanya KA dh sht n kembali aktif bw...tq Kesuma Angsana.

paridah delete icon 3 January 2014 at 14:11

mimpi Rasullullah itu benar jd kita perlu perbanyakan amal ibadah...mungkin yg mana satu menolong kita terhindar drpd siksaan neraka....tq Khairin annies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”