بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
sireh

MASYARAKAT negara ini telah lama menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai penyembuh penyakit.
Sebutkan apa jua kaum, terutama komuniti Orang Asli pastinya memiliki kaedah tersendiri dalam penggunaan tumbuhan dalam proses merawat penyakit.

petai

Tumbuhan herba yang terdapat di dalam hutan sebenarnya memiliki nilai yang tidak terhitung. Sehingga kini hanya sebahagian sahaja yang berjaya dikenal pasti identiti serta penggunaannya.
Selebihnya, rahsia tumbuhan herba tersebut masih belum dikenal pasti tersimpan kukuh jauh di tengah belantara.

Bagaimanapun, kajian demi kajian giat dijalankan pihak-pihak tertentu sama ada di pihak kerajaan, badan bukan kerajaan juga institusi-institusi penyelidikan bagi mengenal pasti tumbuhan yang berpotensi untuk kegunaan manusia.

                                      senduduk

Pihak Jabatan Hutan Negeri Perlis (JPNPs) merupakan antara pihak yang amat sedar akan potensi tumbuh-tumbuhan itu dan keperluan untuk mengembangkannya.
Bagi Penolong Pengarah, Eko-Pelancongan JPNPs, Che Aziz Ali, hutan bukan setakat membekalkan balak semata-mata.

Jelasnya, pelbagai tumbuhan di dalamnya mampu membekalkan pelbagai kegunaan dan memiliki nilai ubat-ubatan dan nilai komersial yang lain.

"Kami amat menyedari hal ini dan berusaha menyampaikan maklumat berkenaan tumbuhan herba kepada orang ramai.
"Antara usaha jabatan adalah dengan menubuhkan sebuah muzium etnobotani dan bank genetik bangi kebanyakan sumber tumbuhan herba yang boleh di temui seluruh negara di sini," katanya ketika ditemui di Taman Rimba Herba Perlis dalam program Kembara Bersama Media Kementerian Sumber Asli (NRE) baru-baru ini.

Tambah Che Aziz, taman Rimba Herba tersebut ditubuhkan oleh JPNPs pada 1998 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1999.
"Antara lain tujuan penubuhan taman itu adalah untuk memperkenalkan tumbuhan herba tempatan yang mempunyai nilai perubatan kepada masyarakat setempat.
"Koleksi tumbuhan herba yang terdapat di taman Rimba Herba terdiri daripada tumbuhan liar sedia ada di dalam taman, tumbuh-tumbuhan yang didatangkan dari tempat lain dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini," katanya.

                                               bunga tahi ayam

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat 80 peratus penduduk dunia masih menggunakan tumbuhan herba sebagai ubatan tradisional.
China dan India umpamanya adalah antara negara yang tertua mengamalkan perubatan tradisional berasaskan tumbuhan dan di seluruh dunia hampir 422,000 tumbuhan berbunga dan 50,000 daripadanya digunakan untuk tujuan perubatan.

Di negara ini, bilangan tumbuhan vascular yang wujud dianggarkan sebanyak 12,500 spesies atau 40 peratus di seluruh negara dan lima peratus daripada jumlah di dunia. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, hampir 2,830 adalah spesies berpokok.
         
SEMUA PIC GOOGLE...
                                          tongkat ali


Sehingga kini koleksi di taman tersebut telah mencecah 1,000 spesies, antaranya tongkat ali, kacip fatimah, cekur
                                  kacip fatimah
r, mengkudu, dan pelbagai lagi.

Sesetengah tumbuhan herba yang terdapat di situ merupakan tanaman yang biasa ditemui di sekeliling rumah tetapi memiliki nilai perubatan seperti bunga raya, bunga tahi ayam, senduduk, pokok kapal terbang, sirih, daun kesom, pinang dan sebagainya.

bunga raya

Dikenali sebagai muzium hidup, taman Rimba Herba amat sesuai dijadikan destinasi kunjungan utama bagi mereka yang berminat untuk mengenali dan mengetahui jenis serta kegunaan tumbuh-tumbuhan tempatan yang memiliki nilai perubatan.

           Pinang.


Ujar Che Aziz, melalui pengalaman melihat, menyentuh dan menikmati hasil produk tumbuhan herba, secara tidak langsung pelawat akan mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang kelebihan tumbuhan herba.

"Di taman ini kami turut menyediakan laluan interpretasi, tandas, wakaf, bangku rehat dan meja, ruang taklimat, pusat informasi, kiosk cenderahati serta pusat jualan tumbuhan dan produk herba," katanya.


Antara aktiviti menarik yang boleh dijalankan di taman tersebut adalah lawatan berpandu dan lawatan pandu sendiri ke denai alam, rendaman kaki dalam minyak herba, lawatan ke laman orkid dan jualan pokok terutamanya produk herba.

Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menikmati urutan minyak herba dan mencuba minuman herba yang ditawarkan di sana.
Taman Rimba Herba Perlis dibuka pada setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang dan anda boleh menghubungi kakitangan jabatan di talian 04-9765966 untuk sebarang maklumat tambahan atau datang terus ke taman tersebut di Rimba Herba, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20131111/ag_01/Pulihara-khazanah-ubatan-dari-rimba#ixzz2mTKLfxAj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

6 comments - "TAMAN RIMBA HERBA..."

nohas delete icon 5 December 2013 at 14:17

menarik ni..herba2 ni baik utk kesihatan..tiada chemical..

paridah delete icon 5 December 2013 at 15:21

setiap tumbuhan yg Allah tumbuhkn di muka bumi-Nya ada rahsia penawar utk sakit tertentu, cuma kita yg xtau...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 5 December 2013 at 17:15

wah.. menarik tu kak.. kalau tak silap aiza kebanyakan negeri pasti ada taman herba dan taman pertanian sendiri..

paridah delete icon 5 December 2013 at 18:52

ye agaknya kot...taman herba mmg sedia ada semulajadi cuma prlu ditmbh serba sedikit isinya yg tiada.....tq Mizz Aiza

Pha Is delete icon 6 December 2013 at 04:52

saya pernah ke taman rimba herba d perlis tu sebab termasuk dalam assignment kami untuk kaji tembuhan ada kat situ..

paridah delete icon 6 December 2013 at 11:56

Wah ada pengalaman yer...bagus selidik n kaji khazanah alam rimba kita...uar2kn pengetahuannya kpd semua..tq Pha is.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”