بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM.....

SALAM JUMAAT YANG MULIA

SELAGI ADA WAKTU 

Di ceritakan bahawa beberapa orang Nabi telah berkata kepada Malaikat Maut :

Tidakkah engkau mempunyai utusan yang engkau kirimkan terlebih dahulu sebagai peringatan kepada manusia ?

Malaikat Maut menjawab :

Demi Allah ! Aku mempunyai banyak utusan seperti sakit dan penyakit. Uban, tua, pudar pendengaran dan kurang penglihatan.


Apabila orang yang di timpa perkara-perkara ini tidak mahu mengambil peringatan dan tidak mahu bertaubat kepada Tuhan maka tatkala mencabut nyawanya aku katakan :


Bukankah aku telah utuskan utusan demi utusan dan peringatan demi peringatan ? 


Akulah utusan yang tidak ada lagi utusan selepas ku dan aku adalah pemberi peringatan yang tidak ada lagi pemberi peringatan selepas ku.


Setiap hari Malaikat Maut akan menyeru :


Hai orang-orang yang telah mencecah usia EMPAT PULUHAN.
Ini waktu nya kamu membuat PERBEKALAN.
Fikiran mu masih cerdas dan tubuhmu penuh KEKUATAN.


Hai orang-orang yang telah mencecah usia LIMA PULUHAN.
Telah hampir waktu PENGAMBILAN dan PENUAIAN.


Hai orang-orang yang telah mencecah usia ENAM PULUHAN.
Kamu lupa kepada BALASAN seksa dan kamu LALAI menyahut SERUAN
Padahal kamu tidak mempunyai sebarang PERTOLONGAN.

Oleh Abu Al-Faroj Al-Jauzi di dalam Kitab Raudhatul Musytaq Wa Al-Tariq Ila Maliki Al-Khallaq


COPY PASTE HAMBA PADA ILAHI FB.









32 comments - "SELAGI ADA WAKTU..."

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 19 December 2013 at 21:10

terima kasih kerana mengingatkan aiza.. selagi hidup selagi itu kita perlu sediakan bekalan untuk di alam akhirat kelak..

Etika Maria delete icon 19 December 2013 at 21:24

Sungguh dalam setiap perjalanan kehidupan ini, Tuhan sentiasa menyertai kita dengan ayat2 Nya yang memngingatkan, salam silaturahmi :)

Nick Nashram delete icon 19 December 2013 at 21:36

orang yg paling bijak adalah org yg byk mengingati mati..dah sampai ajal, malaikat maut tak tggu da smpai umur 60. kena la sedia saham utk akhirat awal2.

paridah delete icon 19 December 2013 at 22:31

Kita ini manusia biasa yg xsempurna sentiasa ragu samada Allah menerima amalan kita utk dibawa ke akhirat sana...tq Mizz Aiza.

paridah delete icon 19 December 2013 at 22:34

salam silaturahim...Allah sentiasa mengingatkan hamba2nya namun kita ni yg pelupa...tq Etika Maria

paridah delete icon 19 December 2013 at 22:39

ajal maut itu pasti tanpa mengira usia...cuma tanda2 yg dikirim sebagai peringatan...tq Nick Nashram.

Sarah Talib delete icon 19 December 2013 at 23:00

Ajal maut tak kira usia...terima kasih di atas peringatan..

Qaseh Wee delete icon 20 December 2013 at 00:08

walaupun kita sihat tanpa penyakit , ajal tetap dtg menjemput .

Pha Is delete icon 20 December 2013 at 01:17

ajal kena sentiasa bersedia.. bial2 masa ja dia boleh datang..

ANAK KUALA delete icon 20 December 2013 at 07:37

Dunia ini diciptakan oleh Allah untuk kita sebagai umat manusia dan manusia ini jua dicipta untuk akhirat....jadi marilah kita sama sama menafaatkan kehidupan kita didunia ini untuk kita bawa keakhirat andai nya kebaikan yg kita jalani dunia ini kebahagiaanlah yang menanti kita diakhirat dan jika sebaliknya disitulah letaknya DERITA kehidupan kita nanti.

paridah delete icon 20 December 2013 at 07:45

mesti bersedia dgn kehadirannya bila2 masa pun....tq Qaseh Wee

paridah delete icon 20 December 2013 at 07:47

betullah ketentuan Allah xpernh mungkir...tq Pha Is.

paridah delete icon 20 December 2013 at 08:06

dunia yg sementara ini hanyalah persinggahan perjalanan kita ke alam kekal...bersyukurlh n merasa bhgia melakukan amalan2 kebaikan yg akan dibawa ke akhirat sana...tq ANAK KUALA...

paridah delete icon 20 December 2013 at 08:09

MENGINGATKAN DIRI SENDIRI JUGA....TQ Sarah Talib.

Kakzakie delete icon 20 December 2013 at 11:24

Pentas dunia selalu melalaikan manusia. Iman kena pupuk tidak boleh sehari-dua. Bersyukur andai tersedar dari 'mimpi' sebelum Izraeil menjemput. Alangkah sedih dan ruginya andai terus terleka hingga akhirnya... na'uzubillahiminzalik...

Sobri Yaacob delete icon 20 December 2013 at 11:30

terima kasih atas pkongsian kak
menarik sangat byak pnjaran..
salam jumaat :)

Khai♥Rin : anies delete icon 20 December 2013 at 11:53

sy suka dgn kata2 malaikat yg terkahir tu

paridah delete icon 20 December 2013 at 12:05

masa cepat berlalu meninggalkn kita n harus tersedar drpd kelekaan2 yg ternyata merugikan sebelum kesal kerna xsempat mengisi raga bekalan penuh2....tq Kakzakie.

paridah delete icon 20 December 2013 at 12:08

saling berkongsi demi kebaikan bersama....tq Sobri Yaakob.

paridah delete icon 20 December 2013 at 12:12

malaikat memberi peringatan agar kita sentiasa beringat.....tq Khairin annies.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 20 December 2013 at 13:00

betul tu kak.. terasa diri ini kerdil di sisi Allah.. terlalu banyak dosa yang telah dilakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.. bersamalah kita memperbaiki diri..

Liza Licha delete icon 20 December 2013 at 13:02

kita kena selalu beringat akan hari kematian .. bagus entry ni kak.

paridah delete icon 20 December 2013 at 14:12

ya aiza sentiasa perlu muhasabah diri....tq

paridah delete icon 20 December 2013 at 14:15

tq liza sekadar santapan rohani di Jumaat yg mulia ini....tq Liza Licha.

nohas delete icon 20 December 2013 at 14:33

Salam Jumaat...ingat lima perkara sebelum datang lima perkara...thanks for sharing..

acik idah delete icon 20 December 2013 at 14:52

Terima kasih atas peringatan ini kak...
Kita manusia nie selalu lalai... kita lupa yang dunia hanya sementara jerr...

paridah delete icon 20 December 2013 at 15:29

salam jumaat...betul tu sentiasa kena ingat....tq nohas

paridah delete icon 20 December 2013 at 15:34

ya idah berkongsi sepatah dua kata yg baik2....tq acik idah.

Kesuma Angsana delete icon 20 December 2013 at 16:35

very gd sharing kak tq yer !

paridah delete icon 20 December 2013 at 17:01

Sharing is caring...tq Kesuma Angsana.

Abdul Kholiq Hasan delete icon 21 December 2013 at 10:07

sungguh indah kalimat2 di atas, alangkah indahnya jika semua orang dapat seperti kalimat2 diatas

paridah delete icon 21 December 2013 at 11:22

kalimat2 indah mengusik jiwa yg merasainya....tq Abdul Kholiq Hasan.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”