بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

NOVEL TERBARU PI YANG MENGAMBIL MASA LEBIH 10 TAHUN UNTUK DISUDAHKAN. BIASALAH KALAU MENULIS SAMBIL-SAMBIL. MENULIS HANYA PABILA ILHAM MENJENGAH DI MINDA. KALAU KEKERINGAN IDE DITINGGALKAN DAHULU BERBULAN-BULAN LAMANYA.

KARYANYA TIDAKLAH SEHEBAT MANA WALAU MENGAMBIL MASA UNTUK MENYIAPKANNYA.

Bab 1.

Mengirai nasib.


PETANG semakin berhujung. Sudah meremang senja. Dia masih sendirian di tangga rumah yang paling bawah. Kala begini memang dia sering sendirian di rumah. Neneknya belum lagi pulang dari berjualan di gerai di muka simpang, di pinggir jalan besar.
            Kini dia bersama neneknya. Menumpang hidup bersamanya. Cucu kepada seorang nenek menurut tarafnya. Seorang nenek yang secara nalurinya sangat mengasihi cucunya. Tetapi dia tidak merasakannya begitu. Biar sedikit pun dia tidak merasai kasih neneknya itu tumpah kepadanya. Aneh.
`Malangnyalah nasib aku bersendirian di sini. Jika aku bersama ibu-bapaku tentu tidak sebegini buruk nasibku.` Keluhan dan rintihan Aisyah menggema hebat di dalam lowongan kalbunya.
Hanya dia yang mendengarnya. Dan gemaan suara rintih hatinya sentiasa berulang kali didengarinya. Semenjak dia di sini, begitulah perasaan yang menderanya. Menumpang hidup dengan neneknya yang bukan langsung kemahuannya. Neneknya itu pula seolah tidak gemarkannya berada di sisinya. Dia tidak diingini.
Tafsiran itu dibuatnya berasaskan layanan neneknya itu terhadapnya. Neneknya itu sukar bertutur manis kepadanya. Wajahnya sentiasa masam mencuka setiap kali bertentang mata dengannya. Yang ditambah dengan maki herdik setiap kali hatinya  mengatakan cucunya itu telah melakukan kesalahan yang amat besar
. Umpamanya jikalau Aisyah kelihatan lewa hendak membasuh pakaian di perigi. Terlambat sedikit menyediakan hidangan tengahari atau malam untuknya  dan pelbagai tugasan yang dilonggokan ke atas bahu gadis kecil itu agar dilaksanakan sebaiknya
Jikalau Aisyah memberi alasan ke atas kesilapan atau tidak dapat  melakukan tugasannya dengan sempurna, kemarahannya segera memuncak. Tanpa belas kasihan cucunya itu akan dibalunnya dengan apa saja  yang sempat dicapai tangannya. Walau dengan seberkas penyapu lidi neneknya itu tega melakukannya.
Perih sekali lorong hidup yang dilalui kini dirasakannya. Sudah terlalu banyak air matanya yang tumpah menangisi keperitannya. Hanya dia yang rasa. Hanya dia yang maklum.
Dia mengamati pula kedua-dua belah  kakinya. Hanya sepasang selipar buruk yang mengalas kakinya. Itupun tinggalan kedua-dua ibu-bapanya sebelum berhijrah ke Pahang, untuk menetap di sana. Membina sebuah penghidupan baru. Di tempat yang asing dan baru.
Aisyah tidak dapat menyertai ibu-bapanya dan adik-beradiknya kerana dia masih di menengah rendah. Di tempat baru itu tidak ada sekolah menengah yang berhampiran dengan tanah rancangan yang baru diteroka itu.
Ibu-bapanya bersepakat meninggalkannya dengan neneknya demi masa depannya. Langsung pula tidak menyedari kesulitan yang terpaksa ditanggung gadis kecil itu kerana keputusan itu. Kepayahan yang amat berat terpaksa ditanggung.
Dengan dua buah bas yang disediakan kerajaan negeri emak, ayah dan adik-adiknya bersama 20 keluarga yang terpilih menyertai skim tanah LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) meninggalkannya dengan lambaian sayu.
Mengadaptasi sunnah Rasullullah yang berhijrah daripada Makkah ke Madinah demi mengelak daripada ancaman kafir musyrikin Makkah yang jahiliah untuk menegakan Islam dan menyebarkan syiarnya dengan perintah Allah s.a.w.
Dan penghijrahan yang dilakukan ibu bapa dan adik-adiknya daripada Kelantan ke Pahang adalah demi menyahut seruan kerajaan agar merobah penghidupan ke tahap yang lebih baik. Strategi perancangan telah diatur sebaiknya. Dan hanya menunggu hasil daripada perancangan itu dengan penyertaan mereka yang mahu..
Kini dia kesaorangan tanpa orang-orang yang sangat dikasihinya.
‘Dah nasib aku. Apa nak disesalkan lagi. Dan aku kena menerima takdirnya dengan reda.’ Dia mengamati pula sepasang kakinya sekali lagi. Pedih dan gatal seiringan dirasainya. Merenyut-renyut kegatalan yang dirasakan sedang merayap di sebalik kulitnya. Apa tidaknya, telah tumbuh butiran kudis yang jijik dan menghodohkan rupa kakinya. Baunya sangat memualkan. Gatal dan pedih tidak tahu hendak digambarkannya.
Beberapa ekor lalat berterbangan menghampirinya. Hendak hinggap di situ. Mungkin tertarik dengan baunya yang hamis tetapi menyelerakan deria rasa serangga-serangga itu. Pantas Aisyah menepisnya. Mengusirnya jauh-jauh.
Dia pasti lalat-lalat itu memang hendak singgah di atas kudisnya dan merembeskan virus yang dibawanya ke kakinya yang berkudis dan menanah itu.
Kesannya kelak tentu lebih memudaratkan. Dia amat bimbang kudis-kudis yang semata-mata berada di kaki akan merebak pula ke bahagian lain tubuhnya.
 Pernah juga dia mengecek sedikit duit dari neneknya untuk membeli ubat buat mengubati sakit kudis di kakinya.
Malang sungguh nasibnya. Neneknya itu seakan tidak mendengar pula. Puas juga diulang-ulang tetapi tiada.....

2 ulasan - "SEBUAH VERSI CHINTA...BAB 1 MENGIRAI NASIB."

Khai♥Rin : anies delete icon 13 Disember 2013 6:48 PTG

sebak..tiba2..

paridah delete icon 13 Disember 2013 7:06 PTG

tq Khairin annies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”