بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bahan-bahannya utk resepi...yang utama tentulah belimbing buluh yg telah direbus hingga kering,
ikan bilis,cili padi, bawang kecil, bawang putih, minyak masak, garam jika (jika suka sebab ikan bilis sudah masin)

Caranya..
Tumbuk cili padi, ikan bilis, bawang yang telah dihiris, bawang putih, belimbing buluh, kemudian panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga garing..
Sedia untuk dimakan.

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG INI DIPEROLEHI DARIPADA SAHABAT FB PI, CHAH TINA. BELIAU TINGGAL DI KUANTAN DAN MENGUSAHAKAN SAMBAL HITAM INI UNTUK JUALAN. RESEPI TRADISI INI MEMANG SEDAP DAN ISTIMEWA SESUAI UNTUK HIDANGAN MAKAN TENGAHARI.

DI RUMAH KALAU ADA POKOK BELIMBING BULUH YANG BERBUAH LEBAT, BOLEH CUBA RESEPI INI. LAMA JUGA TAHANNYA KALAU DISIMPAN. TAPI RASANYA TAK SEMPAT SIMPAN DAH HABIS DIMAKAN.

PIC GOOGLE






JIKALAU BERMINAT HENDAK RASAI SAMBAL HITAM YANG ENAK INI BOLEH HUBUNGI

Chah Tina No. 25, lrg BKP 27, bndr baru ktn putri, kuantan...no ct..0139325016  



13 ulasan - "SAMBAL HITAM PAHANG..."

Tanpa Nama delete icon 1 Disember 2013 5:34 PTG

Koi nak tanya, aok org Pahang ke?. Mana tahu resepi buat sambal hitam. Waw tentu mentua lalu dibelakang tak akan nampak apatah lagi makan dengan sambal asam rong cicah dengan ikan sungai bakar tawar. Lecor air lior koi. Dari komen sajak "Luka".

paridah delete icon 1 Disember 2013 6:56 PTG

memanglah koi org Pahang sbb tu koi tahu sambal itam ni...sdak mat makan ngan sambe asam rong cicah ikan sungai bakor tawor yer...koi dh terikut care aok nulis....tq aok sudi singgah blog koi yek...

Tanpa Nama delete icon 1 Disember 2013 8:45 PTG

sedapnya, dah lama tak makan ni..teringat masa kecik ditemerluh, arwah mak selalu masak ni.

nohas delete icon 1 Disember 2013 9:26 PTG

pernah makan sambal ni masa di Jerantut..makan lak dgn masak tempoyak ikan patin..memang best..

paridah delete icon 1 Disember 2013 10:14 PTG

YEKE..sorry.moga arwah mak tenang di sana.....kalau nk merasa lagi sambal hitam ni boleh oder dgn Chah Tina tp buatan org lain masakan sama dengan buatan mak sendiri kan....tq sudi singgah laman kak.

paridah delete icon 1 Disember 2013 10:16 PTG

masakan Pahang ni resepinya simple saja tapi kesedapannya xterkata.....tq nohas.

notie delete icon 2 Disember 2013 9:06 PG

walaupun nampak macam dah garing dan tak menawan, sambal lagi lama masak lagi meletups rasanya. Ni sambal tradisional pahang ni kena jaga supaya ianya tidak pupus di telan zaman. Belum penah rasa tapi apa juga sambal tetap pujaan hati saya hehehehe

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 2 Disember 2013 10:36 PG

wah.. nampak sedap sambal hitam tu kak.. aiza tak pernah mencuba lagi.. tentu sedap masakan tradisi pahang.. :D

paridah delete icon 2 Disember 2013 11:25 PG

sedap ni notie la ni jd buah tangan utk mrk yg hadir kenduri khwin di Pahang. Makanan tradisi yg dh ada jenama milik Phg ni....tq notie.

paridah delete icon 2 Disember 2013 11:31 PG

cubalah aiza makanan tradisi org2
















cubalah aiza, kalau xcuba xtau rasanya mmg sedap makanan tradisi ni walau resepinya simple saja....tq Mizz Aiza.

Kesuma Angsana delete icon 2 Disember 2013 12:35 PTG

nampak sedap sgt tu kak .. maaf lama x kesini KA kebusyan seminggu dua ni.. ni terjah bila free time lunch !

paridah delete icon 2 Disember 2013 2:50 PTG

yele rindu juga dgn lama xjmpa kat sini tp kak xlupa KA....TQ KA

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 2 Disember 2013 11:10 PTG

itu la kak.. nampak sedap.. ada masa insya-Allah boleh aiza cuba resipi yang kak bagi tu.. aiza suka pedas..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”