Wednesday, 11 December 2013

NOSTALGIA PAK ENGKU...

  • Hari Sabtu lepas aku balik ke kampung aku, Kg. Pantai. Ada jemputan kenduri nikah kahwin dari En Rahman, kek Kg Mayor. Baru pertama kali aku sampai ke rumahnya itu. Rumah batu dia, di bina atas tapak sawah. Lalu aku teringat, cerita aku masa masih remaja kecil dahulu, di mana di sungai yang mengalir di hadapan rumahnya itu, di situlah aku dan adik aku Acun sering memancing ikan. Biasanya aku dan adik banyak dapat ikan bila memancing di situ. Yang biasa kami dapat adalah ikan seluang, ikan putih dan ikan sembilang sawah. Ada ketikanya sampai dua cucuk panjang ikan yang kami dapat.

    Di sebelah tapak sawah yang dia buat rumah tu adalah sawah yang arwah aku dan aku kerjakan pada masa aku masih remaja kecil. Masih terpandang-pandang aku akan pondok@pundung tempat kami berteduh menghilang penat selepas mengerjakansawah dan waktu menghalau burung masa padi berbuah dan mula menguning. Aku teringat di sawah itu aku selalu memancing ikan puyu atau ikan haruan. Umpan yang diguna untuk memancing ikan puyu adalah cacing dan untuk mengail ikan haruan, anak katak. Kita orang kampung namakan memancing haruan dengan umpan anak katak itu, memancing otek-otek!

    Aku juga teringat di sawah itu aku dan ayah aku memasang perangkap untuk menangkap burung wak-wak, burung puyuh dan burung yam-yam. Banyak kali juga burung-burung tu masuk dalam perangkap tu. Maka hari itu kami sekeluarga akan dapat lauk burung goreng cili api. Emmm memang sedap!!!

    Aku juga teringat waktu musim menuai padi. Kami menuai padi dengan menggunakan alat tuai yang dibuat sendiri oleh arwah ayah aku. Mata alat tuaian itu adalah dari mata pisau cukur yang di patahkan dua. Arwah ayah, arwah emak dan aku yang sering melakuka kerja-kerja menuai itu. Apabila padi tuai sudah segemal, kami letakkan di atas batas sawah. Apabila tiba waktu nak balik, padi-padi itu dimasukkan ke dalam guni untuk dipikul dan dibawa pulang ke rumah. Sampai di rumah nanti sudah menjadi sebahagian dari tugas aku untuk mengirik padi pula. Untuk meleraikan buah padi dari tangkainya! Aku ingat lagi, apabila aku dah letih menuai, aku akan ambil batang padi dan buat serunai dari batang padi tu. Masa nak buat serunai tu ada pantunnya. Sewaktu menjolok batang padi tu dengan tangkai padi pada bahagian hadapan serunai tu, pantun ini dinyanyikan. Aku masih ingat lagi akan pantun tu yang berbunyi macam ni:-
    "Jolok-jolok emping, terjolok padi muda;
    Terjolok buntut kambing, keluar anak kuda."
    Adakah pantun ini berbunyi lucah? Entah, aku pun tak tahu pada masa tu. Tak tergambar pun!

    Waktu musim padi masak ini juga, di hujung daun pelepah pokok rembia akan tergantung berpuluh-puluh atau beratus-ratus sarang tempua. Sarang burung tempua jantan dan sarang yang betina. Sarang burung tempua jantan dan betina, tidak sama. Aku selalu cuba nak ambil sarang ini tapi tak dapat sebab ia terlalu tinggi di pokok rembia tu. Memang dah resminya burung tempua bersarang tinggi, Tidak ada yang bersarang rendah. Itulah agaknya ada peribahasa Melayu yang menyebut:-
    "Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah!" Betul juga kan?

    Bila dah habis musim menuai, aku dan adik aku Acun sering juga lagi pergi ke sawah tu kerana memancing ikan dan sambil-sambil tu, mencari ikan laga atau ada orang sebut ikan pelaga! Cara nak cari ikan pelaga ni adalah di bekas-bekas tapak kaki kerbau yang ditakungi air. Kalau di atas air tu ada buih-buih halus pasti akan ada ikan laga di dalamnya. Ikan-ikan laga ini, aku dan adik aku bawa balik dan bela di dalam botol kaca yang jernih.

    Inilah secebis kenangan indah aku bersama adik aku Acun sewaktu kami masih remaja kecil. Umur aku masa tu dalam 12 tahun dan adik aku 10 tahun. Kini semua itu tinggal kenangan. Kat kampung aku dah tak ada lagi sawah padi lagi, tak ada lagi empang batu untuk mengempang nak menaikkan air sungai masuk ke dalam bendar mengiri sawah-sawah di kampung aku masa itu. Aku masih ingat lagi orang yang menjaga empang batu dan tali air sawah tu yang namanya Jalud. Nama gelaran dia kat kampung adalah 'Cincang'. Janganlah tanya aku kenapa dipanggil Cincang sebab aku pun tak tahu. mungkin agaknya sewaktu membersihkantali air tu, dia mencincang atau menebas rumput-rumput di tepi tali air tu. Wallahhualam!!! Sarang burung tempua dah berpuluh tahun aku tak nampak lagi kat kampung aku tu. Kalau nak cari ikan laga tak usah haraplah ada lagi. Beli je lah kat kedai-kedai yang menjual ikan-ikan perhiasan tu kat pekan!

    Anak-anak aku sekarang tidak dapat lagi melalui zaman-zaman aku itu. Mereka mungkin tak kenal pokok padi, bagaimana rupa setangkai buah padi, tak tahu apa dia serunai batang padi dan cara membuatnya. Proses penanaman padi pun mereka tak tahu agaknya dan kalau tahu pun melalui cerita di dalam buku! Dan mungkin mereka juga tak tahu nak buat perangkap untuk menangkap burung macam yang aku ceritakan tadi.

    Aku dan adik beradik aku, lahir di kampung, dibesarkan di kampung, awal persekolahan, sekolah kampung. Kami adalah orang-orang kampung yang hidup miskin. Keluarga kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Namun ianya tetap suatu pengalaman yang amat indah untuk dikenangkan!

    Sekian. Tamattul al Kalam. Assalammualaikum.
  • SEMUA PIC GOOGLE N TIMELINE UNTUK HIASAN...

22 comments:

  1. Sya tak mrsa kehidupan di kmpung.sbb mak trus pindh ke bndar masa sya umur 3 thn.tp sya suka bca tntng kmpung2 ni...terutama dr buku2..seperti buku seorg tua dikaki gunung..dan sya sukakn sawah padi yg hijau... :D

    ReplyDelete
  2. nostalgia Pak Engku ni kisah kampungnya di NS yg sudah hilang keasliannya kerana kemajuan n gaya hidup baru yg tinggal kini hanya imbau kenangan tapi masih banyak kampung2 tradisi yg kekal spt dulu2...tq addriana syaz.

    ReplyDelete
  3. saya merasa hidup di kampung tapi tidaklah merasa seperti pak engku lalui.. seronok membacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye pengalaman kita berbeza-beza mengikut tempat n masa...tq Aku Penghibur sudi ke laman kak...

      Delete
  4. Terlalu rindu rasanya untuk berlari di batas bendang....melihat beburung pipit yg mencuri padi padi yang menguning...menangkap ikan dikala padi sedang dituai......tak tergapai dah rasa nya nostalgia silam itu

    ReplyDelete
  5. nostalgia masa lalu hanya imbauan kenangan indah yg menggamit memori ...tq ANAK KUALA selalu beri kak sokongan n menikuti laman kak....

    ReplyDelete
  6. seronok bila teringat zaman kanak2...saya pun pernah mengalami suasana macam ni..walaupun kami tak ada sawah padi..tapi arwah ayah pernah pajak dan tanam padi...

    ReplyDelete
  7. yeke...kenangan yg jadi hak milik kita abadi n tidak menyesali melauinya....tq Sarah Talib.

    ReplyDelete
  8. membaca artikel diatas sungguh membuat saya ingin segera pulang kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PULANGLAH...Ramai yang merinduimu di kampung tu....tq Abd Kholiq Hassan.

      Delete
  9. tq KA...sdg seronok brcuti pun ingat nk singgah...moga KA sekeluarga sht semuanya menikmati percutian yg mnggmbirakan...

    ReplyDelete
  10. sungguh menarik pengalaman pak engku.. aiza lahir dan membesar di kampung.. ketika aiza lahir mak tidak lagi mengusahakan sawah padi, jadi tidak berpeluanglah untuk merasai pengalaman itu.. cuma mak aiza membesarkan aiza dengan menoreh getah iaitu selepas kematian arwah ayah ketika aiza berusia 12 tahun, selalu juga aiza mengikut mak ke kebun getah ketika cuti sekolah sambil membaca buku di sana.. ketika itulah banyak nyamuk datang menyerang.. bila dikenangkan balik terasa teringin untuk kembali ke zaman itu.. sungguh indah walaupun susah.. :D

    ReplyDelete
  11. Merasa juga era kesusahan dulu yer aiza....hidup berpada dgn apa yg ada, yg miskin tetap gembira dlm kemiskinannya, bermain-main dgn ikan n burung2 di sawah kadang bertepuk tampar nyamuk2 yg mnghurung badan sambil mengintai lotong r monyet yg brgayutan di pohon getah...itulah pengalaman kak dulu2...tq Mizz A

    ReplyDelete
  12. Burung Goreng Cili Api??? ermmm.. menarik nie... tak pernah lagi idah rasa...

    Ermm... mungkin sebahagian besar pengalaman pak engku tu tak pernah dapat idah rasai... tapi membacanya pun dah membuatkan idah seperti berada di situasi itu... :D

    ReplyDelete
  13. Salam.. Lady ade persamaan pglmn sikit.. Sb lady ank kg.. Depan umh lady ade swh.. Taliair.. Pernah cabut semai.. Tangkap ikan.. Sb keluarga ldy org sush dlu dlu.. Tp pglkn itu sgt sgt menyeronokkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...samalah pengalaman kita...walau susah kehidupan dulu2 kita tetap gembira mengenangkannya sbg pengalaman indah...tq Ladybird.

      Delete
  14. daging burung goreng cili api memanglh enak idah...bukan senang nk merasanya...pengalaman org dulu di situasi dulu2 digambarkan bak realiti itulh kelebihan cara org lama menulis idah....tq acik idah.

    ReplyDelete
  15. sy merindui sawah padi yg pernah terbentang luas di belakang rumah sy dulu waaaa

    ReplyDelete
  16. kenapa annies sudah hilangkah sawah tu? sawah tu masih ada tapi kegunaannya berbeza kot...jgn nangis syg luas lg sawah yg trbentang di Kedah, Selangor, Pahang, Perak, boleh lontar pandang ke sana...tq Khairin annies.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...