بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM




LIM KOK WING: Memang rakyat tidak tahu sumbangan Malaysia terhadap usaha menghidupkan proses demokrasi di Afrika Selatan. Saya juga akui terdapat beberapa syarikat televisyen luar negara telah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara ini. Inilah sumbangan Malaysia kepada Afrika Selatan. Inilah sumbangan yang Malaysia berikan kepada Mandela sekalipun Dr. Mahathir tidak pernah menceritakannya, begitu juga dengan Daim.

 Sebab itu saya pun mendiamkan sahaja perkara ini. Cuma, pada Ogos lalu kita ada menganjurkan majlis penyampaian anugerah khas untuk Mandela atas sumbangannya tidak terhingga kepada keamanan dunia sejagat. Anugerah ini kita namakan sebagai Mahathir Award for Global Peace. Dr. Mahathir telah menyerahkannya kepada Zuma sebagai wakil kepada Mandela. Penyampaian anugerah tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi saya Mandela dan Afrika Selatan terlalu dekat di hati saya. Mungkin disebabkan pembabitan saya dalam kempen ANC selama enam bulan di sana, 20 tahun lalu.

Selepas kemenangan ANC, apa yang berlaku?

LIM KOK WING: Semua orang tahu siapakah Mandela. Apabila beliau menjadi Presiden semua orang menari dengan gembira. Tetapi satu perkara penting yang seharusnya diketahui terutama rakyat Malaysia adalah peranan Dr. Mahathir dan pasukan dari Malaysia yang menyokong tokoh ini di sebalik tabir sehinggalah beliau dan ANC menang.

Kita dari Malaysia berada di sana untuk menghulurkan bantuan selepas Mandela yang baru beberapa tahun dibebaskan daripada penjara telah meminta bantuan daripada Dr. Mahathir kerana kagum dengan keharmonian penduduk berbilang kaum di negara ini. Tugas kempen ini memang cukup berat kerana ANC bukan sahaja berhadapan parti kulit putih, malah perlu melawan sebuah parti kulit hitam lain yang mewakili kaum Zulu.

Apa perasaan Tan Sri apabila dimaklumkan Mandela meninggal dunia?

LIM KOK WING: Apabila mendengar berita ini, perkara pertama yang terfikir dalam fikiran saya ialah Dr. Mahathir kerana beliau yang memberi panduan kepada saya mengenai apa yang perlu saya lakukan bagi membantu Mandela. Beliau selalu mengingatkan saya supaya menyelesaikan tugas berkenaan dengan sebaik mungkin. Kerana kami adalah satu-satunya pasukan yang menjalankan kempen untuk ANC. Pemergian Mandela sudah dijangkakan kerana beliau sudah tua dan sakit dalam tempoh yang cukup lama. Kita telah kehilangan seorang sahabat baik kerana dalam banyak perkara, Afrika Selatan dan Malaysia mempunyai hubungan akrab.

Saya merasa sedih kerana sangat sukar untuk mencari tokoh lain seperti Mandela yang dapat menyatukan ramai orang. Meskipun berada selama 27 tahun dalam penjara, beliau tidak berasa marah dengan orang kulit putih. Beliau juga boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.

Apakah iktibar daripada pemergian Mandela?

LIM KOK WING: Kita mesti mengambil pengajaran bahawa apabila seseorang tokoh yang sukar dicari ganti ini pergi, beliau akan pergi selama-lamanya. Berbalik kepada Dr. Mahathir, bagi saya beliau ialah tokoh hebat peringkat global dan setaraf dengan Mandela. Ketika beliau masih lagi bersama kita, saya berharap semua orang mendengar nasihat dan menghargai beliau. Kabinet mesti memberikan perhatian terhadap segala pandangan yang beliau luahkan kerana beliau bercakap daripada lubuk hatinya.

Apa yang saya kesalkan, terdapat orang kita sendiri yang mengkritik beliau secara terbuka. Kalau nak juga mengkritik lakukanlah secara tertutup dan jangan melakukannya di hadapan khalayak ramai. Sekiranya kita pergi ke Afrika, kita akan sedar bahawa Dr. Mahathir ialah seorang hero di sana. Semua orang mengenali dan menyayangi beliau. Begitu juga di negara Arab dan Asia Tengah, semua kenal beliau.

Kalau kita pergi ke negara orang Buddha seperti Vietnam dan Myanmar, beliau juga dikenali sebagai seorang hero yang hebat. Malangnya di negara sendiri, orang tidak menghargai nasihat beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131215/re_02/Mandela-hargai-jasa-Malaysia#ixzz2nWXHIlxp
© Utusan Melayu (M) Bhd 



8 ulasan - "MAHATHIR...LIM KOK WING...MANDELA.."

ANAK KUALA delete icon 15 Disember 2013 11:34 PTG

Kak ..itulah realitinya.... setelah tiada barulah mulut mulut kita mula membicarakan tentang kehebatan,ketokohan...mengapa tidak semasa nadinya masih berdenyut..sedangkan kita tahu dan sememangnya tahu akan KEHEBATANnya...itulah Dr M yg saya kagum..

paridah delete icon 16 Disember 2013 7:57 PG

Kita berada dlm era Mahathir n merasa tenang aman selesa, kita tahu kehebatan pemimpin ini walau xsecara dekat spt LKW yg tahu betapa besarnya peranan Mahathir dlm arena politik negara dunia yg perlukan sumbangan fikiran, tindakannya. Mandela adalh pemimpin sejati yg berjuang demi bangsanya walau terperosok lama dlm penjara. Sebak membaca komen LKW tentang kedua-dua pemimpin dunia yg sgt dikagumi ini...tq Anak Kuala.

Sylarius Yusof delete icon 16 Disember 2013 11:11 PG

Saya nak cari entri akak berkenaan IMEJ ELIT MELAYU DALAM DRAMA tu, tapi macam dah hilang la pulak.

paridah delete icon 16 Disember 2013 11:23 PG

yeke...nanti kak post semula...baru dok edit tadi tp belum siap dh terpost pulak itu yg revertdraft dulu...tq Sylarius Yusuf.

Liza Licha delete icon 16 Disember 2013 4:52 PTG

selama ni byk jgk perubahan dn ideologi yg dibawa Mandela.

paridah delete icon 16 Disember 2013 5:27 PTG

ye ideologi mandela terbaik utk bangsa n negaranya...tq Liza Licha.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 16 Disember 2013 11:56 PTG

aiza salah seorang peminat tun mahathir.. :D

paridah delete icon 17 Disember 2013 12:16 PG

yeke...bagus anak muda urban yg tahu jati diri n kenal pemimpin bangsanya yg hebat...tq Mizz Aiza

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”