بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

                                 PIC WALL FB NOORLAILA GHAFAR...


SURATAN...SEBUAH NOVEL ISTIMEWA GARAPAN PENULIS HEBAT. NOVEL INI SEBELUM DITERBITKAN DBP TELAH MEMENANGI HADIAH PENULISAN ANJURAN PELITA. PELITA ADALAH BADAN PENULISAN YANG AKTIF DI TERENGGANU.

NOVEL INI BUKAN SEBARANGAN KARYA PENULISAN KERNA DIHASILKAN DENGAN PENUH PENGAMATAN, PENELITIAN BERDASARKAN KEBENARAN.

TATA BAHASANYA KEMAS DAN MENGIKUT TATACARA PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG BETUL. SESUAI SEKALI BUAT PELAJAR-PELAJAR PERINGKAT MENENGAH DAN TINGGI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN KESUSASTERAAN. PENULIS JUGA MERUPAKAN BEKAS GURU TINGKATAN ENAM SMK NEREK TERENGGANU PENGKHUSUSAN PENGAJIAN KESUSASTERAAN SEBELUM BERSARA PILIHAN TAHUN LEPAS.

BUAT PEMINAT-PEMINAT NOVEL..SURATAN PASTI TIDAK MENGECEWAKAN JUSTERU KISAH DERITA PERASAAN SEORANG ISTERI YANG DIMADUKAN SUAMINYA SEDANGKAN BELIAU BERGANTUNG HARAPAN SEPENUHNYA SETELAH MENINGGALKAN IBU/BAPANYA DAN TANAH KELAHIRANNYA YANG JAUH DEMI CINTANYA TERHADAP ISLAM DAN SUAMINYA DIPAPARKAN SEBAIKNYA AMAT MENYENTUH RASA.

DAPATKANLAH NOVEL INI SEBAGAI KOLEKSI BERMAKNA LAGI SANGAT BERHARGA DAN BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN KEPADA MEREKA YANG BERMINAT DALAM BIDANG PENULISAN NOVEL.

PENULIS INI KEBETULAN BARU PULANG DARIPADA MENUNAIKAN IBADAH HAJI BERSAMA SUAMINYA PENYAIR NAWAWEE MOHAMAD SEOLAH MENDAPAT HADIAH ISTIMEWA YANG TIDAK DIJANGKA DENGAN KEJUTAN DIBERI DBP TENTANG PENERBITAN NOVELNYA YANG TERPERAM SEKIAN LAMA.

MUNGKIN ITULAH TANDA ALLAH SWT MEMBALAS PENGORBANAN DAN MEMULANGKAN KEPADANYA GANJARAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH.
TAHNIAH NOORLAILA GHAFAR...SEBUAH NAMA YANG SEMAKIN MENYINARI ALAM PENULISAN NEGARA. BELIAU BUKAN PENULIS BARU TETAPI TELAH LAMA MENULIS SAJAK DAN CERPEN DI MEDIA ARUS PERDANA ERA 80AN HINGGA KINI.

ishh...malu pula nk mengaku penulis hebat ini sahabat baikku...PI bukan sesiapapun tapi suratan menemukan mereka dan terjalenlah ikatan persahabatan yang erat...


10 ulasan - "SURATAN ...NOVEL TERBARU TERBITAN DBP DI PASARAN..."

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 17 November 2013 10:25 PTG

nampak menarik review untuk novel ini.. kini aiza sudah lama tidak membaca novel akibat kekangan masa.. selalunya aiza hanya membaca cerpen saja..

nohas delete icon 18 November 2013 1:35 PG

susah sikit nak menghabiskan satu novel..selalunya baca langkau2 muka surat..hehe..

paridah delete icon 18 November 2013 10:09 PG

bukan senang nk jadi pengulas novel ni aiza...hentam sajalah....tq Mizz Aiza...

paridah delete icon 18 November 2013 10:17 PG

nk cepat habis baca langkau2 saja yer tp kalau novel tu sgt menarik gaya penceritaannya rugi pula kalau tidak dihayati sepenuhnya....tq nohas.

Kesuma Angsana delete icon 18 November 2013 11:24 PG

mcm menarik ni, kena dicari juga ni !

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 18 November 2013 12:15 PTG

bagus apabila mengulas mengikut pemahaman kita..

paridah delete icon 18 November 2013 1:58 PTG

kak dh baca KA memang menarik sgt...bahasa Melayu standard tinggi....tq KA

paridah delete icon 18 November 2013 1:59 PTG

tulis setakat yg tahu je aiza...

Irfa delete icon 15 Januari 2014 10:17 PG

sy dah khatam novel tu semalam
rasa macam berada di sebelah May Ling dalam kisah tu
tq kak

Sweetie delete icon 16 Januari 2014 2:30 PTG

Saya gemar juga membaca novel... tapi saya ada penulis faveret saya... tapi kalau ada masa ingin cari novel ni di kedai... nak tengok gaya penyampaian dan garapannya.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”