Thursday 14 November 2013

KELEBIHAN MUHARRAM...

BUBUR Asyura sinonim dengan bulan Muharam. - Gambar hiasan
BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT. Antara peristiwa itu ialah Allah SWT menerima taubat Nabi Adam, menyelamatkan Nabi Musa daripada tenggelam di laut apabila dikejar Firaun dan tenteranya serta menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.

Nabi Adam bertaubat kepada Allah SWT.

Nabi Idris diangkat oleh Allah SWT ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah SWT keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah SWT daripada pembakaran Raja Namrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Allah SWT memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.

Nabi Isa diangkat ke langit.

Nabi Ayub dipulihkan Allah SWT daripada penyakit kulitnya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.

Allah SWT mengampunkan kesalahan Nabi Daud.


Nabi Sulaiman dikurniakan Allah SWT kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah SWT menciptakan alam.

Hari Pertama Allah SWT menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah SWT menurunkan hujan.

Allah SWT menjadikan Arasy.

Allah SWT menjadikan Luh Mahfuz.

Allah SWT menjadikan alam.

Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.

AMALAN puasa sunat 10 Muharam mengambil iktibar daripada puasa dilakukan Nabi Musa sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya dan juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar.
Berpuasa sunat pada 10 Muharam lebih elok jika dibuat sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan ia menyamai puasa orang Yahudi.

Ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?
Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada hari itu.

Maka Rasulullah SAW berkata: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.”
Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu.
Kebetulan pada 10 Muharam tahun ini jatuh pada Khamis, jadi sebaiknya kita berpuasa Rabu dan Khamis atau Khamis dan Jumaat. Ini bagi mengelakkan kita meniru puasa orang Yahudi. Namun sekiranya, kita hanya mahu berpuasa pada hari Khamis, maka itu juga dibolehkan kerana niat kita lain daripada mereka.

Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu).
Selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.

Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: “Allah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan” atau dengan membaca doa yang dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah SWT menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.
Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seelok-eloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga.

Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin. Masyarakat hari ini perlu peka dan meraikan Hari Asyura dengan amalan meningkatkan iman mereka.
BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT. Antara peristiwa itu ialah Allah SWT menerima taubat Nabi Adam, menyelamatkan Nabi Musa daripada tenggelam di laut apabila dikejar Firaun dan tenteranya serta menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.

Pada tarikh itu juga Allah SWT menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya daripada ombak besar yang melanda bumi dan menyelamatkan Nabi Yunus yang tidak berhenti-henti berzikir selama 40 hari dalam perut ikan nun.
Justeru, hari yang dinamakan Hari Asyura itu sewajarnya dijadikan permulaan yang baik untuk menempuh tahun baharu 1435 Hijrah dengan memperbanyakkan amalan sunat yang dianjurkan seperti berpuasa dan bersedekah.
Amalan baik yang dianjurkan pada 10 Muharam tidak terhad kepada puasa sunat dan menyediakan juadah bubur Asyura.

Apa juga amalan yang baik boleh dilakukan pada hari itu dan juga hari seterusnya pada Muharam kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan tersebut.
Masyarakat perlu faham keperluan atau apakah yang diharapkan daripada mereka apabila disaran melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti yang dianjurkan Islam.
Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. Setakat mempunyai badan, tayar, enjin dan stereng, kereta tetap mampu bergerak di atas jalan raya. Namun apabila ditambah dengan perhiasan seperti sarung kusyen kulit, rim tayar, maka kenderaan tersebut akan nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu.

Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukannya tidak elok tetapi kurang cantik. Maka untuk mencantikkannya digalakkan untuk memperbanyakkan dengan amalan sunat.
Walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharam, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam.
l


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131113/ba_06/Kelebihan-Muharam#ixzz2kZhuaIrm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist