بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...          

MEMANCING DI LAUT, DI SUNGAI, DI TASEK, DI KOLAM,  DI PAYA, DI LOMBONG, DI BENDANG, DI TALI AIR MEMANG MENGASYIKAN JIKALAU HASILNYA TIDAK MENGECEWAKAN. KALAU NIAT KITA MEMANCING IKAN, TENTULAH IKAN YANG KITA HAJATKAN.


DUDUK-DUDUK DI JETI DI MUKA LAUT KALAU MEMANCING IKAN YANG MUNGKIN DIDAPATI ADALAH SEMBILANG, SIAKAP DLL. KALAU KE TENGAH LAUT LAGI BANYAKLAH IKAN YANG BOLEH DIPANCING. PERNAHKU LIHAT SEBUAH BOT YANG DIPENUHI IKAN TENGGIRI YANG DIPANCING NELAYAN. TENGGIRI SEGAR BARU NAIK DARI LAUT MEMANG ENAK DIGULAI ATAU DIMASAK JERUK.

PIC ZUL AMIR
 MEMANCING DI TASEK, PAYA, SUNGAI BANYAKLAH JENIS IKAN AIR TAWAR YANG BOLEH DIPANCING SEPERTI KELI, HARUAN, TOMAN, SEBARAU, TILAN, TAPAH, PATIN, BAUNG DLL. IKAN PATIN MEMANG TERKENAL DIMASAK TEMPOYAK DI SEBELAH PAHANG, TERUTAMA DI TEMERLOH DAN JERANTUT.

PIC GOOGLE
TIKA KECIL DULU MEMANG GEMAR MEMANCING IKAN PUYU DI BENDANG SETIAP PETANG BERSAMA RAKAN SEBAYA MEMBAWA BOK BULUH YANG RUNCING PANJANG DISANGKUTKAN TALI TANGSI DAN MATA KAIL DI HUJUNGNYA. BATANG PANCING MUDAH LAGI SENANG DIDAPATI DI SEKELILING RUMAH SAJA. IKAN PUYU MAKAN PETANG....JADI DAPATLAH SERAGA KECIL. RAGA IKAN COMEL YANG DIANYAM DARIPADA BULUH BUAT KEGUNAAN PEMANCING MENGISI IKAN PUYU. IKAN PUYU SIRIPNYA TAJAM, PERLU HATI-HATI MENYIANGNYA. SEDAP DIGORENG ATAU DIMASAK SAMBAL TUMIS.
MEMANCING UDANG GALAH JUGA MENYERONOKAN. SUKAR MENDAPATKAN UDANG GALAH DENGAN JUMLAH YANG BANYAK JIKALAU TIDAK BERTEMU LUBUKNYA. TAPI KALAU SUDAH REZEKI MEMANG ENAK MENIKMATI HASILNYA.


                                             
SEDAPKAN ....KALAU UDANG GALAH DIMASAK GULAI BEGINI.....

10 comments - "JOM MEMANCING...."

nohas delete icon 28 November 2013 at 01:52

pancing di pasar saja..masak lemak udang galah..sedapnya..

Sarah Talib delete icon 28 November 2013 at 08:24

sedapnya gulai udang galah tu...meleleh air liur..Nohas, kak sarah pun pancing dkt pasar jugak..hehehe

Kesuma Angsana delete icon 28 November 2013 at 09:00

KA jenis x sabar so mmg x leh g memancing ni, EN hubby yes, minat sgt memancing sampai masuk pertandingan bagai & byk juga menang, Skang ni dah slow sikit hobby dier sebab KA bising adiah bersusun byk x tau nak letak mana dah hehehehe!

paridah delete icon 28 November 2013 at 11:49

yes pancing di pasar saja xpenat n ambil masa.....tq nohas.

notie delete icon 28 November 2013 at 11:49

Saya bukan jenis sabar dok menunggu ikan makan umpan... sonang jo nak cepat, pancing kat pasar hehehe

paridah delete icon 28 November 2013 at 11:51

udang galah digulai begini wow mmg terangkat sarah...sedap sangat....tq Sarah Talib.

paridah delete icon 28 November 2013 at 11:59

hubby KA minat mancing yer msti pemancing pro sbb banyk dpt hadiah...KA jgn komplen. sorang doktor prnah citer rmhtangga kwnnya hncur gara2 isteri xbrkenan dgn hobi suaminya...biarlh en hubby cuma mancing ikan jer...

paridah delete icon 28 November 2013 at 12:02

memancing suka-suka sesekali tentu seronok...mengajar bersabar menunggu ikan memakan umpan....tq notie

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 29 November 2013 at 16:06

arwah ayah aiza dulu suka memancing ikan di sungai dan tasik.. tapi yang peliknya aiza kurang suka makan ikan air tawar segar yang terus dimasak.. kecuali aiza akan makan yang telah dibuat ikan kering ataupun pekasam..

paridah delete icon 30 November 2013 at 16:24

org tua kita mmg rajin mencari rezeki aiza, ikan yg segar kalau banyak boleh dibuat pekasam atau dikeringkan. ikan kering n pekasam mmg sedap n membuka selera....tq Mizz Aiza.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”