بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


ASSALAMUALAIKUM...

Dato' Idris Buang
"HIDUP INI perlu aman bahagia bersama keluarga yang tersayang.Walaupun kita hanya mempunyai lauk ikan masin saja untuk makan tengahari siapa akan tahu jika semua sepakat kita diam bersyukur.Tau2 jiran sebelah akan tanya..."wah sedap betul bau ikan goreng tu".." Itulah yang selalu arwah ayah saya katakan sambil bergurau dan menyuntik semangat untuk kami anak2nya terus mengharungi liku2 kehidupan.

Alhamdulillah..sekarang, tiada keluarga dalam Negara kita yang saya tahu hanya bergantung dengan "kais pagi makan pagi" lagi atau mati kebuluran sebab bermacam-macam cara masyarakat dapat memperluaskan sumber rezekinya asalkan rajin.Sekarang sayur2 hutan,paku pakis, sayur lemidin,rebung,pucuk singkel,daun ubi dll menjadi "delicacies" di restoran besar2 dan hotel2 mewah! Di Eropah , dua potongan kecil serai kering dalam botol kecil di jual dengan harga £3/- ( RM17) ,5 helai daun Limau purut £2 (RM11)...banyak herba2 dan produk2 lain yang sangat laris dengan harga yang bagus..Semua ini keluaran Thailand.

Paku kemidin....semua pic google.
limau purut


kunyit, daun kunyit, bunga kunyit.

bunga kantan
serai
rebung


Saya harap anak2 kita akan menggalas tanggung jawab memertabatkan Negara kita dengan ilmu pengetahuan yang sesuai & innovatif untuk membuka peluang di pasaran dunia bagi produk2 kita dengan jenama kita sendiri seperti yang saya sebutkan tadi. Kita sebenarnya kaya dengan tanaman2 ini semua...di kawasan2 luar bandar khususnya.Tetapi penting sekali ialah sokongan Kerajaan kita ...Kerajaan harus memberi secukup-cukup bimbingan dan bantuan kearah ini agar ekonomi Negara kita akan menjadi saingan hebat di pesada dunia dan membawa pulangan yang lumayan serta memertabatkan rakyat kita, khususnya diluar bandar.

 Harap posting ikhlas dari saya ini sampai ke matlamatnya dengan baik dengan minda terbuka! [foto petang semalam bersama cucu2 dan sepupu2 mereka] Salam Hari Minggu !


2 comments - "BERSYUKURLAH...."

Sarah Talib delete icon 25 November 2013 at 08:11

betul tu...bersyukur apa yang ada...Allamdulillah tinggal kat kampung semua benda x payah beli..

paridah delete icon 25 November 2013 at 08:21

ya dgn bersyukur Allah akan tambah lagi rezki n hidup lbh nikmat...tq sarah Talib...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”