بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN TELAH BERMULA. ADA YANG PLAN NAK BAWA ANAK-ANAK  DAN KELUARGA TERSAYANG BERCUTI DI MANA SAJA SAMAADA DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA. BANYAK TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH MENJADI PILIHAN.

JIKALAU SELAMA INI TINGGAL BERDEKATAN LAUT DAN TERBIASA DENGAN OMBAK, PASIR, PANTAI DAN SEMUA YANG BERSANGKUTAN DENGAN LAUT TENTU INGIN MELIHAT KEINDAHAN PANORAMA TANAH TINGGI PULA. BEGITU JUGA SEBALIKNYA. SELALUNYA KITA INGIN MENCARI KELAINAN DARIPADA KEBIASAAN KEHIDUPAN KITA.

DAN MENDAKI TANAH TINGGI CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND ATAU MANA-MANA TEMPAT PELANCONGAN TANAH TINGGI MEMANG MENGUJAKAN PENGALAMANNYA. TETAPI PERLU BERWASPADA DAN BERHATI-HATI SENTIASA.

PIC GOOGLE

MEMANDU DENGAN CERMAT UNTUK MENGELAK SEBARANG KEMALANGAN YANG TIDAK DIINGINI MEMANG SUDAH SEMESTINYA. JALAN YANG TERBENTANG NAMPAK LURUS RATA DAN TIADA SEBARANG MASALAH DILALUI PACUAN BERODA TAPI KITA HARUS INGAT BAHAWA KITA TIDAK PERNAH ATAU JARANG MELALUINYA JADI KITA TIDAK ARIF DENGAN SELOK BELOK LIKU KONERNYA, JADI ELOK BERJAGA-JAGA.

DALAM PERJALANAN KE SUATU DESTINASI KADANG KITA TEMUI AIR TERJUN DAN PEMANDANGAN INDAH HUTAN YANG DITUMBUHI BUNGA-BUNGA ORKID LIAR YANG MENGHIASI NAMUN SITUASINYA TENANG, SUNYI SEPI, KALAU BERSAMA KITA ANAK-ANAK KECIL DAN ADA YANG BAYI ELOKLAH TERUSKAN PERJALANAN TANPA BERHENTI DENGAN ALASAN MENIKMATI KEINDAHAN ALAM.

BIMBANG JUGA KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA DI PINGGIR HUTAN BEGITU, MANA TAHU KALAU TANPA DISEDARI MUNCUL PENJENAYAH YANG MENGANIAYA KITA DARIPADA CELAH HUTAN ITU. MAKHLUK YANG NYATA MUNGKIN DAPAT DIATASI TAPI BAGAIMANA DENGAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS YANG TIDAK KETARA TAPI MAMPU MEMUSIBAHKAN KITA. KITA HARUS MAKLUM HUTAN BELANTARA, GUNUNG GANANG, AIR TERJUN, TASEK, LAUTAN ADALAH KEDIAMAN MAKHLUK ALAM INI.

BEGITU JUGA KALA MEMBAWA ANAK-ANAK BERCUTI KE TEPI LAUT, PULAU-PULAU PERANGINAN WAIMA KE TENGAH BANDARAYA LANGKAH YANG SERIUS PERLU DIAMBIL ADALAH BERHATI-HATI DENGAN KESELAMATAN DIRI DAN ANAK-ANAK.

JANGAN DISEBABKAN BERSANTAI LEKA KITA DIKEJUTKAN DENGAN KEDUKAAN DAN TANGISAN AKIBAT KEHILANGAN YANG TERSAYANG KERNA KELALAIAN KITA MEMANTAU KESELAMATAN MEREKA SEPATUTNYA.

6 comments - "BERSANTAI JANGAN SAMPAI MENANGIS..."

nohas delete icon 20 November 2013 at 01:12

berhati-hati di dlm setiap tindakan..minta perlindungan dari Allah semoga selamat dari marabahaya..

paridah delete icon 20 November 2013 at 10:16

betul tu nohas...berhati-hati dlm segenap perkara sambil memohon perlindungan Allah...tq nohas

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 20 November 2013 at 12:24

peringatan yang baik untuk ibu bapa dan sesiapa saja yang keluar bercuti di pantai atau hutan.. walaupun cantik dipandang mata, namun perlu berwaspada dengan keselamatan.. malang tidak berbau..

Kesuma Angsana delete icon 20 November 2013 at 13:37

ingatan utk semua, BTW cantik2 pic ni kak!

paridah delete icon 20 November 2013 at 13:44

perlu diingatkan juga mizz aiza agar xtrleka sbb terlalu gembira. kegembiraan yg berlebihan akan mengundang kedukaan...tq Mizz aiza.

paridah delete icon 20 November 2013 at 13:46

saling mengingatkan tanda prihatin....tq KA

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”