Thursday 7 November 2013

AMBIL IKTIBAR DARIPADA SEJARAH PERADABAN MANUSIA DULU KALA...

Dato' Idris Buang added 8 photos from November 6, 2013 to his timeline.

KETAKSUBAN TERHADAP DUNIA DAN KEANGKUHAN MANUSIA dahulu kala yang dapat diterjemahkan dari pameran artifak-artifak purba dan awal termadun manusia di British Museum, London, sungguh menggerunkan .

Saya sempat berkunjung ke situ sebelum pulang ke Tanahair semalam. Apa yang telah terjadi dalam sejarah di merata dunia dari zaman ke zaman sepatutnya sudah cukup memberi keinsafan kepada manusia yang dunia ini semata-mata fana, dan waimma bagaimana seseorang rasa dirinya teramat berkuasa,terkaya dan gagah dia pasti akur kepada tuntutan Ilahi. Dia kan musnah dibawah timbunan kengkuhannya sendiri. Ada yang minta di sembah oleh manusia2 lain. Astaghafirullah. Ada yang 'obsessed' dengan harta emas dan permata.

 Pameran2 meliputi laluan ketemadunan manusia di zaman purba jutaan tahun yang lalu hingga ke zaman zaman kaum Ur Mesopotamia di rantau apa yang kini di kenali sebagai Empayar Parsi dan setelah itu Iraq & Iran , zaman Firaun atau Raja kaum Nabamun Mesir ,zaman Empayar Rum,Empayar Jenghiz Khan, dan lain2 lagi termasuk ketamadunan, kristianiti,Hinduisma,Budhisma dan kegemilangan Islam turut di pamerkan. 

Terlalu banyak peristiwa nak di ceritakan dari pameran2 tersebut. Yang sangat menarik hati saya ialah duit syilling atau 'coin' yang di gunakan oleh Raja Heraclius dari negara Byzantine pada zaman Nabi Mohammad Rasullullah. S.A.W., Juga ialah patung2 berhala yang di sembah pada pelbagai zaman firaun di Mesir,termasuk bagaimana mereka pada zaman itu cuba menggambarkan "alam abadi" menerusi pembungkusan mummia manusia dan budaya pengkembumian mereka.

 Kesimpulannya ialah, manusia tidak dapat lari dari maut dan semua kuasa harta dan keluarga akan tinggal buat selama-lamanya. ALLAH SWT jua yang bertahta dan kepada Dvia harus kita sembah buat satu penghidupan yang benar2 abadi nanti . Saya ingin berkongsi beberapa foto dalam museum tersebut yang sempat saya ambil dalam lawatan yang singkat itu buat renungan kita bersama. Salam bahagia !
 — at British Museum.


4 comments:

  1. kerana adanya sejarah, maka terdirilah tamadun manusia hari ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah perlu diketahui dan dipelajari kenapa, mengapa terjadi...tq Khairin anies.

      Delete
  2. Info menarik tq share yer kak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 KA...info menarik mmg elok dikongsi bersama tq...

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist